"Naz setuju dengan permintaan umi dan abah," kataku dengan tenang.
Ayat aku itu telah memberi kegembiraan kepada umi dan abah. Abang-abang aku pulak sudah seperti kanak-kanak ribena. Mereka berpelukan sambil lompat. Aku sekadar mengelengkan kepalaku sebelum tubuhku dipeluk oleh umi.
"Terima kasih Naz.. Terima kasih kerana bagi umi dan abah berpeluang untuk bermenantukan Isyraf dan berbesan dengan Ustaz Khairul dan isterinya," kata umi dengan senyuman.
Aku balas senyuman umi sebelum naik ke atas bilikku untuk menunaikan solat dan merehatkan badanku. Tiba-tiba telefonku berbunyi menanda ada mesej dari seseorang. Sudah tentu dari orang, takkan dari hantu kan?
Laila
Laila: Camner ngan permintaan mak bapa kau ngan mak bapa Isyraf tu? Korang setuju ke?Aku: Kita orang setuju tapi aku masih tengah hairan. Asal dia pilih aku?
Laila: Kau ada tanya dia tak? Bincang ngan dia ke? Aku rasa baik kau pergi bincang ngan dia.
Aku: Aku cuba tanya dia kalau boleh jumpa aku esok. Thanks tau.💘
Laila: Welcome.. ❤
Aku segera mesej Isyraf jika boleh jumpa aku lepas waktu sekolah. Aku melihat jam di dinding bilikku dan mengeluarkan beberapa buku rujukan dan buku latihan untuk mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu bilikku. Aku memandang pintu tersebut dan terdapat kedua-dua abangku di hadapan bilikku kerana pintu bilikku tidak tutup rapat.
"Awat along dan angah datang ke mai? Tak pernah-pernah pun datang kecuali nak usik Naz," perliku.
"Amboi, perli nampak. Nak kena komplen ngan umi abah lah," usik along.
"Sudah.. Angah dan along datang nak ajak adik keluar lepas asar," kata angah.
"Umi dan abah?" soalku.
"Mereka nak keluar dengan ibu bapa Isyraf untuk uruskan majlis perkahwinan kamu, yang akan berlangsung sebulan lebih lagi. Ibu bapa Isyraf sudah memberi cincin pertunangan adik hari itu, bukan? Isyraf kena jaga Isya sebab Isya demam panas," balas along pula.
Aku mengangguk. Jam di dinding menandakan pukul 4 petang. Aku menyuruh abang-abangku untuk bersiap sedia dan menunggu untuk solat asar. Aku tukar pakaian aku ke baju berlengen pendek berwarna biru laut, sarung tangan hitam, seluar denim legging berwarna biru gelap dan shawl hitam. Aku juga tidak lupa mengambil wudhuk sebelum memakai shawl hitam itu.
Azan asar sudah berkumandang dan destinasi aku adalah ke ruang tamu di mana ada ruang untuk solat berjemaah. Aku nampak abang-abang aku sedang mengaji sementara aku bersiap. Aku mengambil kesempatan itu untuk mengikut abang-abangku mengaji. Setelah tiga puluh minit mengaji, aku dan abang-abangku menunaikan solat Asar dan terus ke pusat membeli-belah.
Siapa kata kampung aku takder pusat membeli-belah? Kampung aku di kawasan bandar Kuala Lumpur. Aku dan abang-abang aku menghabiskan masa sejam di sana. Kami sempat bermain tag memanah, boling dan juga makan di sana. Aku sempat mengambil gambar bersama abang-abangku dan siarkan di Instagram dengan hashtag, '#siblingsgoal'.
Tidak aku sangka bahawa aku akan terjumpa dengan sepupuku, Farah. Kedua abang-abangku tahu akan masalah tentang aku dan Farah kecuali umi dan abah. Aku tidak tahu kenapa tapi aku seperti dapat mengagak kenapa aku sering berjumpa dengannya walaupun dia kata dia benci aku dan sebagainya.
-----------------------------------------------------------
Keesokkan hari
Selepas sekolahAku pergi ke belakang sekolah bersama Laila untuk berjumpa dengan Isyraf. Isyraf setuju untuk berbincang dengan aku tentang kami berdua.
"Assalamualaikum," tegurku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Imam Mudaku!
RomanceCOMPLETED Aku, Nazirah Atikah, seorang gadis yang selalu menjaga auratnya dan aku mempunyai seorang sepupu yang pergi ke sekolah sekolah sama denganku. Aku juga mempunyai musuh di sekolahku. Sekolah aku merupakan sekolah agama, jadi tidak hairanlah...