Bab 17

1.8K 78 0
                                    

Aku sedang duduk di meja solek sementara menyikat rambutku. Aku tidak sangka semua ini berlaku dengan cepat. Natasha dibawa masuk ke rumah sakit jiwa kerana disahkan gila oleh pakar doktor. Buat sementara ini, aku dan Isyraf menumpang di rumah keluargaku sementara menantikan sepuncuk surat untuk ke universiti manakala kedua-dua abangku sedang bercuti pada saat ini. Kehadiran Isyraf di bilikku tidak disedari aku.

"Amboii.. Tengok cermin macam nak masuk cermin tu, kenapa?" tegur Isyraf.

Aku terkejut apabila ditegur sebegitu dan bertindak untuk istighfar. Isyraf, yang sedang duduk di atas katil, dijelingku. Aku sambung menyikat rambutku sebelum melangkah ke pintu bilik. Langkahku terhenti apabila Isyraf memanggilku.

"Naz duduk sini sekejap," arah Isyraf.

Aku sekadar mengikut arahannya dan duduk di sebelahnya. Isyraf memandangku seperti ingin meluahkan sesuatu perkara yang berat. Aku mengangkat sebelah keningku.

"Umi, abah, ibu dan ayah sudah membuat keputusan. Mereka ingin kita pergi bulan madu dan mereka sudah membelikan dua tiket untuk kita. Along dan angah pula sudah membelikan sebuah rumah untuk kita duduk, tidak jauh dari sekolah," kata Isyraf.

Aku memandang Isyraf dengan wajah yang terkejut. Segala yang berada di dalam fikiranku telah dilupakanku.

Isyraf's POV

"Umi, abah, ibu dan ayah sudah sepakat ingin kita pergi bulan madu dan mereka ingin belikan tiket untuk kita. Along dan angah pula sudah membelikan sebuah rumah untuk kita duduk, tidak jauh dari sekolah," kataku walaupun sedikit takut akan reaksi isteriku.

Aku perasan akan reaksi isteriku yang terkejut itu. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan menunggu untuk dia berkata.

"Biar betul? Semakin kita menolak, semakin along dan angah nak buat juga. Kalau bulan madu tu, kat mana?" bebel Nazirah.

Aku tersenyum apabila melihat Nazirah membebel dan mengelengkan kepalaku. Bagiku, dia kelihatan comel apabila sedang membebel.

"Sudahlah tu membebel.. Mungkin rezeki kita. Pasal bulan madu tu, awak jer lah fikirkan ke mana awak nak pergi.. Saya ikutkan saja," kataku sambil memandangnya dengan tenang.

Dia meletakkan tangannya di dagunya. Aku membiarkannya berfikir dan menunggu akan keputusannya.

"How about Dubai?" soal Nazirah sambil mengangkat sebelah keningnya dan memandangku.

"Hmm nice. Saya pun terfikir jugak nak pergi sana.. Kebetulan, tempat idaman awak, bukan?" balasku sambil tersengih.

Nazirah terkejut apabila aku berkata sebegitu.

"Bagaimana...?"

"Yang tu, biar rahsia," kataku dan membaringkan badanku di katilnya.

Aku perasan dia memerhatiku tetapi aku tidak memperdulikan pandangannya. Pada saat itu, seseorang mengetuk pintu bilik kami. Tanpaku sempat pergi, Nazirah sudah berdiri dan melangkah ke pintu.

Nazirah's POV

Aku melangkah ke pintu dan membiarkan Isyraf berehat. Di saat aku membuka pintu, muncul seorang lelaki di hadapanku. Aku mengangkat sebelah keningku sekali lagi. Entah berapa banyak kali aku kena angkat kening aku ini.

"Naz.. Boleh tolong along?" soal lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan along.

"Tolong apa?" balasku dengan soalan.

"Tolong teman along pergi cari seutas rantai untuk someone," balas along.

Aku terkejut. 'Along nak cari rantai untuk siapa? Tak sangka ada juga orang nakkan along eh?' bisik hati kecilku sambil memberi senyuman sinis. Aku mendiamkan diri sekejap.

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now