Jenazah Zahra telah dikebumikan dan kami sekeluarga yang uruskan kerana keluarganya tidak mengambil peduli tentangnya.. Ini mengakibatkan Zahra inginkan perhatian dari orang yang dia cintai. Aku berasa kasihan akan perangai Zahra kerana berubah disebabkan kurang kasih sayang dari keluarga. Bahuku diusap oleh seseorang dan aku memandang orang itu.
"Okay tak?" soal Isyraf.
Aku mengangguk dan mengikut Isyraf ke rumah mertuaku. Dalam perjalanan pulang, aku termenung jauh dan Isyraf memerhatikanku walaupun dia tidak tegurku. Dia tahu bahawa aku masih mengigil tentang kejadian Zahra menghalakan pistol ke arah umi. Setiba di rumah mertuaku, Puan Zalikha tergesa-gesa mendapatkanku.
"Menantu ibu okay? Umi kamu okay ke tidak?" soal Puan Zalikha dengan risau.
"Okay ibu.. Kami semua okay," balasku sambil menenangkan Puan Zalikha yang sedang risau itu.
Tiba-tiba seseorang berdehem sambil berkata, "Dah dapat menantu, anak dilupakan.. Takper ah.. Ibu pergi kat menantu kesayangan ibu itu okay? Raf nak pergi kat ayah."
Isyraf terus berlari ke Ustaz Khairul yang berada di sofa sambil menonton televisyen. Puan Zalikha sedang membebel manakala aku sekadar menggelengkan kepalanya.
"Ibu.. Isya mana?" soalku kerana tidak mahu memanjangkan bebelannya.
"Isya ada dekat dalam bilik.. Ibu pergi ke dapur ye.. Kalau kamu mahu berehat, pergi masuk bilik," balas Puan Zalikha.
Aku mengangguk dan melangkah ke arah Ustaz Khairul untuk menyalamnya. Aku juga terdengar perbualan mereka.
"Apa jadi dengan mayatnya?" soal Ustaz Khairul.
"Telah dikebumikan selepas solat maghrib tadi, ayah.. Itu pasal kita balik lambat," balas Isyraf.
Aku mendiamkan diri dan melabuhkan pinggangku di sebelah Isyraf. Tanpaku sedar, ada satu tangan memeluk pinggangku. Nasib baik Ustaz Khairul tidak nampak akan perbuatan Isyraf itu. Isya keluar dari bilik dan menjerit nama Isyraf.
"Abang! Akak!"
"Ya allah Isya.. Apa menjerit macam itu?" marah Ustaz Khairul.
Aku menggelengkan kepala manakala Isyraf ketawa kecil. Isya pula duduk di antara aku dan Isyraf. Puan Zalikha datang ke ruang tamu bersama kuih lapis yang dibuatnya bersama Isya semalam. Kebanyakan masa, kami menghabiskan berbual dan bergurau senda. Adakalanya aku dan Isyraf mengusik Isya.
"Sudah bersedia untuk SPM?" soal Puan Zalikha.
Aku dan Isyraf saling berpandangan dan aku memandang Puan Zalikha sebelum berkata, "Nak cakap dah sedia, macam belum lagi.. Nak cakap belum sedia pun takleh ibu.."
"Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk mendapat keputusan yang bagus untuk SPM," kata Isyraf seakan-akan memberi semangat untuk aku dan dirinya sendiri.
Ustaz Khairul dan Puan Zalikha mengangguk. Ustaz Khairul suka akan semangat Isyraf yang suka berusaha dengan gigih dan tidak pernah mengalah untuk mengatasi cabaran. Isya sedang makan kuih lapis itu sambil menonton televisyen.
******************
Keesokkan hariAku dan Isyraf berjalan ke kelas sambil berbual tentang SPM. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas, seseorang halang laluan kami. Aku memandang orang itu tanpa sebarang perasaan. Laila dan Amir berdiri kerana ingin mendatang ke arah kami untuk memberi bantuan jika perlu tetapi dihalang olehku.
"Apa yang kau nak, Farah?" soalku dengan sedikit tegas.
Farah memandangku sebelum memansang Laila dan Amir.
"Aku nak bual ngan korang kat luar kejap," balas Farah dan keluar dari kelas kita.
Aku memandang Laila dan Amir dan mereka sekadar mengangguk. Kami bertiga keluar dari kelas dan nampak Farah bersama Isyraf di luar kelas sambil memandang kami. Kami mendiamkan diri dan membiarkan Farah memulakan perbualan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Imam Mudaku!
RomanceCOMPLETED Aku, Nazirah Atikah, seorang gadis yang selalu menjaga auratnya dan aku mempunyai seorang sepupu yang pergi ke sekolah sekolah sama denganku. Aku juga mempunyai musuh di sekolahku. Sekolah aku merupakan sekolah agama, jadi tidak hairanlah...