Sehari sebelum keputusan SPM keluar, aku dan kawan-kawanku memilih untuk ke pusat membeli belah, yang berdekatan dengan kampung mereka. Isyraf dan kawan-kawannya juga ikut bersama dengan alasan ingin menemani kami di pusat membeli belah itu. Suzy dan Laila telah berlalu untuk melihat barang berharga, seperti beg dan barang solek, di kedai Coach manakala Iskandar dan Rizal mengikut mereka berdua.
Fahim, Lily, Farah dan Amir pergi ke sebuah kedai baju, Denim & Supply Ralph Lauren. Aku dan Isyraf pula sekadar pusing-pusing mall itu sehingga aku terfikir akan sesuatu yang inginku beli. Aku memandang Isyraf yang berada di sebelahku.
"Awak.. Boleh saya pergi ke Popular Bookstore atau ke Times Bookstore?" soalku.
Isyraf memandangku dan mengangguk. Mungkin kerana tengah bosan ditinggalkan kawan-kawan yang seperti sengaja ingin tinggalkan kami berdua. Kami berjalan ke Times Bookstore dan aku segera ke tempat yang diletak buku-buku novel. Isyraf pula ke tempat buku-buku berkaitan dengan agama. Setelah memilih dua buah buku novel, aku pergi ke arah Isyraf kerana ingin mengambil satu buku agama tetapi aku ternampak Isyraf sedang berbual dengan seorang gadis yang aku tidak kenal. Aku perasan gadis itu seakan-akan menggedik dengan Isyraf. Dadaku seakan-akan sakit tetapi aku tidak bertindak melulu dan berjalan ke arah mereka. Aku mencari buku yang diinginku sebelum ke Isyraf.
"Awak," panggilku kepada Isyraf.
Isyraf dan gadis itu memandangku apabila aku memanggil Isyraf. Gadis itu seperti marah akan kehadiran manakala Isyraf terkejut tetapi dapat dikawal. Tiba-tiba, Isyraf tersenyum manis tetapi bagi aku, senyumannya agak misteri. Seperti dia sedang merancang sesuatu licik.
"Nat. Aku nak kenalkan ini isteri saya, Nazirah Atikah. Naz.. Ini kawan abang, Natasha," kata Isyraf dengan senyuman sinis dilemparkan untuk gadis yang bernama Natasha dan meletakkan tangannya ke pinggangku.
Aku seakan tahu apa yang dirancang Isyraf dan hanya mengikut dengan membuat muka selamba. Natasha terkejut akan berita itu. Dia lempar sebuah senyuman manis dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dan membalas senyumannya. Dia sempat membawaku ke dalam pelukannya dan berbisik sesuatu kepadaku.
"Aku takkan biarkan kau dan Isyraf bahagia. Dia milik aku," bisik Natasha.
Aku terkejut dengan bisikannya dan segera melepaskan pelukannya. Isyraf perasan akan tindakan aku tetapi dihiraukan kerana dia pasti aku akan beritahu apabila dia akan bertanya. Aku sempat memandang Isyraf dan Natasha meminta diri untuk berlalu. Isyraf menolongku membeli tiga buah buku-bukuku dan dua buku untuknya.
"Apa yang dia bisikan sehingga awak tolak pelukannya? Kalau awak tak nak bagitau sekarang, takper," soal Isyraf dengan tenang.
Aku mendiamkan diri dan aku tahu bahawa aku tetap perlu memberitahu Isyraf. Aku membawa Isyraf ke Baskin Robbins dan sempat memberitahu kawan-kawan kami yang lain. Di sana, aku memberi pesanan makanan untuk aku dan Isyraf sebelum memberitahu Isyraf tentang apa yang dibisik oleh Natasha.
"Awak serius ke dengan apa yang dibisik oleh Natasha tu?" soal Isyraf dengan sedikit risau.
Aku mengangguk.
"Saya nak pesan kat awak untuk berhati-hati selepas ini. Dia tu gila sikit. Dia tergila-gilakan saya sejak dulu lagi sehingga mengaku kepada ibu dan ayah yang dia tu teman istimewa saya padahal tak. Selepas ini, awak kalau nak pergi mana-mana, pergi dengan kawan-kawan kita, saya ataupun dengan along dan angah," terang Isyraf dan dia sempat memberi pesanan kepadaku.
Aku hanya mengikut arahannya. Lily, Fahim, Suzy dan Amir sudah sampai ke tempat kami berdua berada. Aku dan Isyraf tidak mahu memberitahu mereka tentang ini. Mereka tunggu untuk Laila, Iskandar, Suzy dan Rizal setengah jam.
--------------------------
Keesokkan hari
YOU ARE READING
Dia Imam Mudaku!
RomanceCOMPLETED Aku, Nazirah Atikah, seorang gadis yang selalu menjaga auratnya dan aku mempunyai seorang sepupu yang pergi ke sekolah sekolah sama denganku. Aku juga mempunyai musuh di sekolahku. Sekolah aku merupakan sekolah agama, jadi tidak hairanlah...