Bab 5

2.7K 104 13
                                    

"Tolong ambikkan air," kataku. Isyraf mengangguk dan pergi mengambil sebotol air yang disediakan.

Setelah itu, dia meminta diri untuk menolong apa yang patut di luar. Aku termenung seketika sebelum kedengaran jeritan di sana sini.

"NAZIRAH!!!!" jerit seseorang sambil berlari ke arah aku macam tak cukup tanah.

"Farah.. Kau dah kenapa terjerit sana sini cam orang utan? Lari pun cam tak cukup tanah?" Marahku.

"Sowee.. Aku risaukan kau jer.. Kau okey?" Balas Farah.

"Hmmm.. Aku okey jer.. Kaki aku rasanya ada serangga buat sampai ada kesan merah," kataku.

"Camner lah kau boleh terkena serangga.. Lain kali hati-hati lah jalan kat dalam hutan," bebel Farah sambil melabuhkan pinggangnya di sebelahku.

"Hmm yelah nenek Farah.. Dah selesai sesi membebel itu?" soalku.

"Bukan membebel tapi menasihatkan," protes Farah dan menyambung kata-katanya, "Dahlah.. Aku pergi khemah.. Mesti kau nak rehat kan? Esok kau jangan nak mengada-ada nak join kita semasa melakukan aktiviti."

"Ala.. Nak jak join," kataku.

"Tak boleh Nazirah.. Kaki kamu tu masih belum sembuh," sampuk Ustaz Khairul tiba-tiba.

Farah mengangguk tanda setuju dan meminta diri untuk ke khemahnya. Aku sekadar menundukkan kepalaku. Ustaz Khairul dan Ustazah Maznah, seorang guru yang pandai merawat, mendatang ke arahku. Ustazah Maznah memeriksa kaki aku.

"Boleh tahan gak kaki kamu kena serangga bagai," kata Ustazah Maznah.

Ustaz Khairul melabuhkan pinggangnya di tempat berdekatan denganku manakala Ustazah Maznah duduk di sebelahku.

"Nazirah.. Kamu esok duduk di sini sahaja.. Boleh lah kamu tolong para guru-guru untuk menyediakan makanan bagai," pujuk Ustazah Maznah.

"Lagipun kaki kamu tu belum tentu pulih esok.. Mungkin selewat-lewatnya malam esok baru sembuh," kata Ustaz Khairul.

Aku mengangguk tanda setuju kerana apa yang mereka katakan itu betul dan aku perlu rehat sepenuhnya. Ustaz Khairul dan Ustazah Maznah meminta diri untuk memberiku ruang untuk merehatkan badan dan melelapkan diri.
                          ***********
Para murid dan guru sedang menjamu sarapan pagi. Aku yang sedang duduk di sebelah Ustazah Maznah, memandang sekeliling sambil memakan.

"Nazirah.. Tengah cari siapa tu?" soal Ustazah Maznah.

"Hehe.. Cari Farah.. Entah pergi mana budak tu," balasku.

Ustazah Maznah mengangguk. Farah, yang sedang berborak dengan Lily, memandangku dan melambai. Aku sekadar balas dengan senyuman. Ada yang masih tengah makan dan ada yang sedang berborak dengan kawan.

Cikgu Zul dan Cikgu Aina telah menyuruh murid-murid untuk berkumpul. Setiap kumpulan telah berkumpul secara barisan kecuali aku. Yelah, kaki aku kan belum sembuh lagi. Aktiviti seterusnya adalah Amazing Race.

"Hari ini akan ada aktiviti Amazing Race. Setiap kumpulan akan ada peta dan di peta yang kalian ada ini, akan ada beberapa lokasi yang perlu kamu pergi dan melaksanakan tugas yang diberikan," terang Cikgu Zul.

Ketua kumpulan mengambil peta dari Cikgu Aina dan memulakan perjalanan ke lokasi pertama mereka bersama kumpulan masing-masing. Kumpulan aku nampak bersemangat walaupun aku tak dapat menolong. Aku sekadar melihat dan termenung.

"Nazirah," tegur seseorang dari belakang.

"Ye Ustaz Khairul."

"Kenapa duduk kat sini? Kenapa tak duduk dengan Ustazah Maznah ke kat dalam?" Soal Ustaz Khairul.

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now