Bab 4

2.7K 137 3
                                    

Pada hari kedua, selepas bersarapan, murid-murid telah disuruh untuk berkumpul di tempat berkumpul.

"Murid-murid sekalian, saya ingin mengatakan bahawa setiap kumpulan akan mengadakan aktiviti-aktiviti masing-masing. Kemungkinan ada di antara kumpulan-kumpulan akan mempunyai aktiviti yang sama. Sekarang, setiap kumpulan ikut fasil-fasil kamu ke tempat ditetapkan," kata ketua fasil, Linda.

Aktiviti pertama untuk kumpulan aku pada hari ini adalah untuk membina sebuah bot yang diperbuat daripada kayu dan ranting. Kumpulan aku diharus untuk bertanding dengan kumpulan sepupu aku. Yelah, siapa lagi kalau bukan si Farah tu.

Setelah membina bot tersebut, dua orang harus mencuba untuk kayuh bot itu untuk mendapatkan hasil. Bot kumpulan Farah tidak berjaya manakala kumpulan aku berjaya. Bot diorang ni macam tak ketat langsung.

Aktiviti itu memakan masa sejam dua jugak. Nasib baik kita mula aktiviti itu pada jam tujuh setengah pagi, kalau lambat, memang nayalah.. Mana tak, kalau mula aktiviti itu pukul sembilan, nanti pula tak sempat makan tengahhari.

Aktiviti seterusnya adalah perjalanan bukit. Aktiviti ini mencabar setiap murid secara fizikal dan mental untuk mendakit bukit tersebut bersama kumpulan dan di atas bukit itu akan lihat pemandangan yang setiap orang inginkan.

Murid-murid perempuan merungut macam-macam. Katanya, nanti kulit menjadi hitam lah tu lah ni lah. Gedik aku tengok. Hahaha. Aktiviti demi aktiviti diteruskan dan hari ni dah hari ketiga kami berkhemah, berjauhan dari keluarga masing-masing.

Malam itu merupakan malam berjalan kaki bersama kumpulan dan malam api bersama tingkatan masing-masing. Kumpulan aku merupakan kumpulan kedua untuk berjalan kaki di dalam hutan. Seram pulak aku tengok sekeliling aku. Kumpulan aku pulak berjalan secara berpasangan.

-----↓↓----
Suzy dengan Fahim
Laila dengan Rizal
Aku dengan Isyraf
----↑↑----

Bunyi belalang dan burung-burung kedengaran. Tiada perbualan di antara kita sekumpulan. Aku jangkal jika mahu memulakan perbualan dan memilih untuk melihat seekeliling aku. Laila, yang berada di hadapanku, memandangku sekilas sebelum menanyaku, "Naz.. Kau okay tak?"

"Aku okay.. Takyah risau," jawabku sambil menunduk apabila tersedar bahawa ahli kumpulan aku yang lain memandangku.

"Betul ni?" soalnya lagi.. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan untuk soalannya.

"Laila.. Asal awak tanya Nazirah cam tu?" soal Suzy. Tak pelik ke bila tetiba ada yang menanya jika seseorang tu okay ke tidak? Macam ada tidak kena.

"Aku bukan apa.. Aku kenal Nazirah ngan sepupu dia, Farah, sejak kita orang dalam umur tujuh tahun cam tu.. Jadi aku kenal dia dalam dan luaran.. Dia ni jenis yang geli ngan binatang cam ular. Aku tanya dia pun pasal aku takut jikalau dia tetiba rasa kurang sihat ke pe," kata Laila.

Semua meng'oh'kan kecuali Laila, aku ngan Isyraf. Nak kawal macho lah tu. Gurau gurau.. Kita orang meneruskan perjalanan kita orang. Tetiba aku terasa ada sakit pada kaki kiriku dan secara tidak sengaja, aku terjerit kecil dan terpegang lengan Isyraf yang berlapikkan baju.

"Nazirah, awak/kau okay tak?" soal ahli kumpulanku yang lain.

"Ka...kaki....ki...kiri....a..aku....sa...sakit," kataku dengan bergetar-getar. Fahim secara terus mengunakan lampu suluh yang berada dalam pegangannya dan menghala ke kaki kiriku. Isyraf menunduk bawah untuk melihat dari ternampak kesan-kesan merah di kaki.

"Awak boleh jalan tak?" soal Isyraf. Aku mencuba berjalan tetapi terenjit-enjit (?). Secara tetiba, Isyraf menghalangku untuk berjalan dan membawahkan badannya dan berkata, "naik cepat.. Nanti kalau awak jalan, lagi lambat lah kita sampai perkhemahan."

Aku hanya turutkan saja kerana tidak terdaya manakala kawan-kawan yang lain tersengih penuh makna.
-----------------------------------------------------------
Di perkhemahan

"Eh Isyraf, awat dukung anak dara orang sampai mai? Apa terjadi?" soal Ustaz Nazri, ayah Isyraf.

"Sabaq ayah.. Kaki kiri Nazirah terkena sesuatu semasa perjalanan mai sini.. Ni pun Isyraf nak bawaq dia ke tempat rawatan.. Rasanya dia perlukan rawatan dengan segera. Isyraf minta diri dulu ya," jelas Isyraf dengan tenang manakala Ustaz Nazri hanya mengangguk.

Aku diletakkan di atas alas beg tidur yang sengaja diletakkan di tempat rawatan dan Isyraf segera merawatnya sambil membalut sedikit kakinya. Manakala, aku hanya diamkan diri sambil memerhatikan gerak geri Isyraf.

"Kalau ada apa-apa nak cakap atau tanya, cakap sekarang," tegurnya. Aku terkejut sambil menunduk ke bawah.

"Ermm.. Terima kasih," kataku.

"Untuk?" soal Isyraf dengan tanda tanya.

"Menolong saya.. Dahlah dukung saya sampai ke sini, lepas tu siap rawatkan saya lagi.. Saya tak tau camner nak balas jasa awak," jawabku.

"Takyah pun.. Saya ikhlas menolong.. Ada apa-apa lagi yang awak perlukan?" soalnya lagi. Aku memandangnya sekilas dan mengangguk.
-----------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua.. Maaf jika bab ini sedikit pendek dan maaf jika ada kesilapan kata-kata.. Tolong vote di bawah ye.. Terima kasih..

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now