Sampai sahaja di rumah, aku dan Isyraf melangkah ke bilik Isyraf dan mengambil giliran untuk ke tandas. Aku, yang sudah pergi ke tandas, segera menyediakan dua sejadah untuk solat asar bersama. Waktu asar hampir pergi dan aku mengambil telekungku yang digantung di tepi. Pintu bilik dibuka dan kelibat Isyraf, yang memakai baju lengan panjang dipadankan dengan seluar track.
Aku dan Isyraf mengambil saf masing-masing dan menunaikan kewajipan yang satu itu. Selepas mengaminkan doa-doa Isyraf, aku menyalam tangannya dan ingin melepaskan tangan tetapi tidak berjaya. Aku memandang Isyraf dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba, Isyraf menarik kepalaku ke arahnya dan dia mengucup dahiku buat seketika. Mukaku sudah membahang apabila dia membuat sedemikian. Aku segera meminta diri untuk ke dapur dan mengambil makanan.
"Tolong sediakan untuk saya juga.. Kejap lagi saya turun, tolong awak," kata Isyraf.
"Saya ingat nak buat roti telur.. Awak boleh makan kan?" Soalku tiba-tiba.
"Boleh jer," balas Isyraf.
Aku mengangguk sebelum ke dapur. Setiba di dapur, aku menegur Isya dan Puan Zalikha, yang sedang membuat kuih lapis, aku rasa.
"Ibu dan Isya nak buat apa tu?" soalku.
"Eh Nazirah. Ibu dan Isya tengah buat kuih lapis untuk kita makan jap lagi," balas Puan Zalikha dengan senyuman manisnya.
Aku meng'o'kan dan menyiapkan makanan ringkas untuk aku dan Isyraf kerana tidak kesempatan untuk mengisi perut sewaktu berlatih untuk hari sukan.
"Akak nak buat apa tu?" Soal Isya.
"Akak tengah gosok baju.. Takkan tak nampak?" Aku bergurau dengan Isya.
"Ish akak ni.. Maksud Isya, akak nak buat apa dengan roti kat tangan akak tu?" Balas Isya dengan geram.
"Nak buat roti telur.. Tadi akak dengan abang Isya tu tak sempat nak makan waktu berehat semasa berlatih tadi.. Tu yang nak buat makanan simple sekarang," kata aku sambil memecah telur.
"Kalau Naz nak tahu, roti telur adalah makanan kegemaran Isyraf dan Isya.. Kalau ibu nak buat, ibu akan buat banyak.. Ibu kena taruk dalam tiga pinggan.. Sepinggan untuk ibu dan ayah.. Sepinggan untuk Isya dan lagi satu pinggan untuk Isyraf. Nanti dia orang berdua yang bedal," terang Puan Zalikha.
Isyraf, yang baru sampai di dapur, dan Isya tersengih-sengih apabila ibunya berkata sebegitu kepadaku. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku apabila mendengar kata-kata ibu mertuaku itu. Isyraf datang ke arahku untuk menolong apa yang patut. Puan Zalikha dan Isya memandangku yang lincah membuat roti telur. Aku, yang perasan akan pandangan mereka, tidak mengendahkan pandangan mereka dan terus membuat kerjaku.
"Naz dah biasa ke membuat kerja rumah?" soal Puan Zalikha.
"A'ah.. Naz selalu menolong umi kat dapur," balasku sambil mengambil satu pinggan bersih untuk roti telur.
*******************
Hari Isnin, selepas sekolahAku, Laila, Lily dan Suzy sedang berjalan kaki ke kedai umi bersama Isyraf, Rizal, Faiz dan Amir. Aku menolak basikal aku sementara Isyraf menolak basikalnya. Kami ingin ke kedai umi untuk belajar kerana peperiksaan akhir tahun akan tiba tidak lama lagi.
"Naz.. Umi kau ada kat kedai ke? Dia tahu ke kita nak datang?" soal Suzy.
"A'ah.. Jangan risau.. Umi aku tahu," balasku dengan muka bosan.
Sesudah sampai di kedai umi, kami memberi salam.
"Assalamualaikum umi," kataku.
"Waalaikumussalam.. Pergi ke dalam, solat zohor dulu," arah umi setelah para perempuan menyalamnya.
YOU ARE READING
Dia Imam Mudaku!
RomanceCOMPLETED Aku, Nazirah Atikah, seorang gadis yang selalu menjaga auratnya dan aku mempunyai seorang sepupu yang pergi ke sekolah sekolah sama denganku. Aku juga mempunyai musuh di sekolahku. Sekolah aku merupakan sekolah agama, jadi tidak hairanlah...