Bab 3

2.8K 127 1
                                    

Sebelum tu author ada beberapa perkara nak bagitahu.. Pertama, author nak minta maaf pasal tak dapat publish bab 6 ni lebih awal iaitu semasa Hari Raya kerana author busy.. Kedua, author akan bahasakan diri sebagai aku.. Ketiga, yg dialog tu aku selalu gunakan symbol ' bukan? Aku akan tukar symbol tu kepada symbol ".. Itu saja.. Enjoy the cerita!!
-----------------------------------------------------------

"Nazirah. Nazirah.. Bangun. Kita dah sampai tapak perkemahan," kejut seseorang. Aku, yang baru tersedar dari tidurku, memandang orang yang mengejutku dengan penuh tanda soal.

"Camner awak yang kejut saya? Mana Farah?" soalku kepada Isyraf. Ya, Isyraf adalah orang yang mengejutku. Soalan-soalan lain akan aku tepiskan akan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah atau buruk sangka.

"Hmm.. Semua dah turun dan sedang memasang khemah secara berpasangan. Farah dah turun dulu. Mungkin merajuk kot," jawab Isyraf.

"Merajuk? Asal eh?" soalku lagi sambil mengikutnya menurun dari bas itu.

"Mungkin pasal saya asyik menegurnya untuk berhenti merenung muka saya.. Dah, dah.. Awak pergi cari pasangan khemah awak dan pasang khemah bersama," kata Isyraf.

Aku hanya mengakui dan mula mencari sepupu aku yang satu itu.. 'Dahlah tak kejutkan aku, habis tu tinggalkan aku sendiri.. Agak-agaklah.. Nasib mamat tu kejutkan aku,' bisik hati kecilku.

Sedangku cari Farah, ada seseorang memanggilku, "Nazirah.. Kat sini.. Kau lambat lah."

"Maaf lah.. Salah kau jugak per.. Tak kejutkan aku.. Meh aku tolong kau pasang khemah," kataku.

"Aku dah nak habis ni.. Kau pergi ambikkan tali kecik untuk ikat ni," arah Farah.. Aku akur dan mencari tali kecik.. Sesudah jumpa tali kecik, aku bagi dekat dia..

"Jom," kata Farah.

"Jom pergi mana?" soalku.

"Jom pergi jumpa buah hati aku.. Entah dah ke tidak dia dah siapkan khemah dia tu," balas Farah..

Part ni lah aku tak suka.. Asyik-asyik Isyraf.. Aish.. Apalah nasib aku ada sepupu camni.. Kami ke tempat di mana Isyraf masih tengah memasang khemah.

"Hai Isyraf.. Awak blom siapkan khemah lagi? Setahu saya, awak dah siapkan bukan?" soal Farah dengan ayu sementara aku pulak rasa loya di tekak aku.

"Oh hai.. Ye saya dah siapkan.. Saya tengah tolong pasangkan khemah Zahra," kata Isyraf sambil memasang khemah.

"Asal lak awak tolong dia? Dia ada kaki dan tangan.. Suruhlah dia buat sendiri," bebel Farah dengan geram.

"Asal ngan kau lak? Suka hati aku lah nak suruh siapa pasangkan khemah aku.. Lagipun aku cuma minta tolong dia bukan kau jer kan," balas Zahra yang kebetulan sedang lalu di situ.

"Isy budak ni.. Aku sekehkan kepala dia."

"Meh lah.. Sekeh kepala aku."

Diorang sedang gaduh sementara aku dah pening kepala tengok mereka..

"Eh eh.. Dah dah lah tu gaduh.. Tak malu ke gaduh kat depan lelaki? Korang gaduh pun sampai tahun depan pun tak habis.. Farah, jom pergi kumpul kat depan tu," kataku sambil menarik Farah bersamaku.

"Nazirah," panggil Isyraf.

Aku pandang belakang.

"Terima kasih," kata Isyraf.

Aku dah keliru.. Apa yang aku buat sampai dia nak kena terima kasih kat aku? Tapi aku cuma senyum.
-----------------------------------------------------------
"Semua dah ada di sini? Sekarang cikgu sudah senaraikan setiap murid dalam kumpulan.. Setiap kumpulan ada dalam 6 ahli kumpulan.. Selepas itu, pilih satu ketua kumpulan dan satu pembantu kumpulan dalam kumpulan masing-masing.. Saya akan serahkan kepada Cikgu Aina untuk memberitahu kumpulan masing-masing. Cikgu Aina, silakan," kata Cikgu Zul aka cikgu paling garang dalam sekolah kerana memegang jawatan guru disiplin.

"Terima kasih Cikgu Zul.. Baik, setiap 6 orang yang saya panggil sila ke hadapan dan membuat bulatan antar kumpulan masing-masing.. Faham?" kata Cikgu Aina. Kesemua murid-murid Menengah 2 mengangguk.

"Kumpulan satu: Naila (2A), Amir (2B), Halizah (2A), Haikal (2C), Amsyar (2B), Nurin (2C).
Kumpulan dua: ......
Kumpulan tiga: ......
Kumpulan empat: ......
Kumpulan lima: Laila (2B), Fahim (2C), Isyraf (2A), Suzy (2C) , Nazirah (2B), Rizal (2A).
Kumpulan enam: Zahra (2A), Farah (2B), Lily (2C), Faiz (2C), Iskandar (2B), Mikail (2A).

Cikgu bagi 15 minit untuk berbincang dan memilih ketua kumpulan dan pembantu kumpulan," sebut Cikgu Aina..

Zahra dan Farah pandang aku semacam bila dengar aku sama kumpulan dengan Isyraf.. Bulu roma aku naik semacam.. Nasib baik dalam kumpulan aku ada Laila, yang sama kelas ngan aku dan Suzy, yang sama kelas bahasa melayu ngan aku.

Apabila dengan kumpulan masing-masing, Fahim bertanya, "Siapa nak jadi ketua kumpulan? Atau dalam kata lain, lebih sesuai untuk jadi ketua kumpulan? Satu lelaki, satu perempuan.. Sekurang-kurangnya adil.."

"Aku rasa Isyraf lebih sesuai," kata Rizal.

"Asal kau kata camtu?" soal Suzy. Semua mengangguk termasuk Isyraf kerana mahukan penjelasannya.

"Selama aku berkenalan ngan Isyraf, aku nampak yang Isyraf ni jenis yang bertanggungjawab, penyabar, amanah, bertimbang rasa, rajin dan adil.. Aku tak rasa yang dia ni jenis yang pentingkan diri sendiri, penipu, tidak bertimbang rasa dan egoistik. Tu asal aku rasa Isyraf lebih sesuai untuk jadi ketua kumpulan," jelas Rizal kepada ahli kumpulannya yang lain dan sambung kata-katanya, "semua setuju ngan apa aku cakap dan pilihan aku? Sesiapa yang tak setuju boleh beri pandangan mereka."

Semua hanya setuju dengan pilihan Rizal.. Suzy pulak tanya, "abis tu siapa nak jadi pembantu kumpulan?."

"Aku rasa Nazirah layak kerana dia suka bantu orang walaupun dia nakal, prihatin terhadap kawan-kawan dia, dia suka beri pandangan dia terhadap sesuatu yang dia kurang setuju atau terhadap sesuatu," kata Laila..

Semua mengangguk kecuali aku yang masih terkejut dengan penjelasan Laila.. Laila pandang aku dan bertanya, "kau setuju?"

Aku balas, "aku setuju jika semua setuju."

Seharian itu, kita mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua ahli kumpulan.
-----------------------------------------------------------

Dia Imam Mudaku!Where stories live. Discover now