Suasana di sebuah istana begitu meriah dan kehadiran rakyat jelatanya. Majlis tari-menari akan dimulakan tidak lama lagi. Semua para hadirin yg cntik berseri berpakaian gaun tari bersama pasangan masing2 yg kemas berkot mula memasuki ruang tengah istana.
Seorang gadis berambut lepas bersama gaun putih paras bahu menyelit2 di antara org ramai. Dia mencari seseorang. Seseorang yg selalu melindunginya dan selalu bersamanya. Akhirnya, ketemu juga gerangan orang tersebut. Lantas terus meluru ke arah orang itu.
"Faris, jumpa pun awak"gadis itu berkata lega. Sebenarnya dia.... melarikan diri. Dari seseorang.
"Eh, Akira? Bukan ke awak sepatutnya tak boleh datang ke sini" Seorang remaja yg kemas berpakaian toksedo menegurnya atau lebih dikenali sebagai Faris.
"Ye, saya tahu. Tapi saya tak sanggup duduk di rumah neraka tu lagi" kelopak matanya mula brgenang. Dia lari dari rumahnya dan datang ke sini.
Faris mengangguk faham. Selama mereka membesar, tidak pernah sekalipun 'ibu' Akira melayan Akira dengan baik. Faris sudah dianggap seperti abangnya sendiri kerana hanya dia sahaja yang membela Akira. Melindunginya dan menjaganya dari kekejaman ibu Akira. Farislah tempatnya mengadu segala masalahnya.
Majlis tari-menari pun berlangsung dengan baiknya. Mereka menari bersama. Masing2 terus menghayati irama yang dibawa sehingga tidak perasan mereka menjadi tumpuan.
Setamatnya lagu tersebut, mereka terkejut apabila menerima tepukan gemuruh dari para tetamu yg lain. Mereka berpandangan dan tergelak kecil. Tiba2 rasa bahagia menerjah masuk dalam hati Akira. Seumur hidupnya, tidak pernah ada org memberi tumpuan padanya selain Faris. Dia rasa dihargai.
"Woii" jerit seseorang dengan lantangnya dari celahan org ramaidan terus menghampiri mereka. Farus serta Akira tersentak. Melihatkan gerangan orangnya,serta-merta kebahagiaan yang baru bertapak dihati Akira lesap. Dengan drastik, tangan Akira direntapnya kasar dan menarik Akira pergi. Faris yang terkejut dengan perbuatan lelaki tersebut terus memberikan satu tumbukan padu ke pipi lelaki itu sehingga mengakibatkan ia tersungkur.
Orang ramai mula panik melihat apa yang berlaku. Suasana bertambah genting apabila lelaki tersebut tidak keseorangan. Baju Faris direntap dari belakang yang memaksanya untuk berdiri mengejut dan dengan padu satu sepakan diterimanya dari belakang. Akira ketakutan apabila melihat Faris bergelut dengan kedua-dua abang angkatnya. Umur Faris dengan mereka tidak jauh beza.
Namun pergelutan itu terhenti apabila mereka didatangi pengawal diraja. Pengawal-pengawal tersebut baru hendak mengheret mereka pergi namun ia dihalang oleh 'Tuanku' Yang Ditaati dan Dihormati, Tuanku Faizal. Mukanya serius. Faris terkejut akan kehadiran 'ayahanda'nya.
Di kesempatan ini, kedua-dua abang angkat Akira melarikan diri. Akira diheret bersama meninggalkan pekarangan istana. Faris cuba mengejar namun lengannya ditahan Tuanku dari pergi menyelamatkan Akira. Dia terkejut dengan perbuatan ayahandanya dan terus menoleh memandang gerangan orang yang menghalangnya dari menyelamatkan Akira.
"Ergghh... Lepaslahh"Faris mendengus. Dia meronta-ronta sambil cuba melepaskan diri. Para tetamu yang masih terkejut dengan apa yang berlaku diminta pulang oleh para pengawal yang bertugas. Tanpa disangka, satu tamparan kasar menyinggah di pipi Faris. Faris terkedu.
"Baru malam ni ayahanda nak mengaku kamu anak ayahanda, dan malam ni juga kamu malukan ayahanda! Dasar anak tak guna!!" Suara Tuanku Faizal melantun tinggi menggegarkan istana. Jelas kelihatan dia menahan amarah.
"Baru malam ni nak mengaku?Heh.. Tiada gunalah. Selamani, saya membesar pun bukan di sini. Dekat rumah buruk tu juga saya membesar. Dan saya membesar pun bersama Akira. Dan sekarang saya nak selamatkan dia. Lepaskn saya" Faris merentap kuat tangannya kembali dan berjalan pergi.
YOU ARE READING
Dendam Akira (completed)🎉
HorrorKenangan lalu yang dilalui oleh seorang budak perempuan telah menjanjikan satu peristiwa yang bakal tercipta. Sesebutnya nama keramat itu, ia menghidupkan kembali roh yang sudah tiada... Apakah yang akan berlaku? Pastikah mampu mereka meneruska...