"Eh, jemputlah makan. Kamu semua mesti penatkan"Seorang gadis comel menegur mereka apabila perasan yang mereka hanya berdiri. Namun tegurannya hanya menambahkan rasa cuak mereka."Ouhhh maaf. Lupa perkenalkan diri. Kamu semua boleh panggil saya Akira. Jangan risau, saya merupakan pemilik rumah ini. Saya memang tinggal disini. Saya sendiripun terkejut dengan kehadiran kamu semua. Jadi saya fikir, kamu mesti laparkan. Tulah sebabnya saya masak. Jangan risau, ia free" Sambungnya. Mereka semua terkejut. Muka memucat. Bila masa perempuan ni ada?
Tiba-tiba Hazriq datang entah dari mana terus duduk di meja makan yang sudah terhidangnya lauk. Bersedia untuk makan. Sekali lagi mereka terkejut. Faris hanya diam memerhatikan keadaan. Mukanya serius.
"Ouhhh yeke.. Maaf. Kami masuk tanpa minta izin"Aleen cuba membuat situasi agar tidak janggal. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke meja.
"Hey apa kau orang tunggu lagi? Jomlah makan. Tak reti lapat ke?"Hazriq menjerkah mereka. Aleen menahan sabar agar tidak marah. Sedaya-upaya dia cuba menjaga adap di hadapan tuan rumah.
"Jaga sikit perangai kau"Wan berkata perlahan sambil mendekati Hazriq.
Bell turut mengikut Aleen dengan duduk di sebelahnya. Hannah memandang semacam pada makanan yang terhidang. 'Mana dia dapat ayam panggangni?'. Hati hannah berbisik perlahan. Faris masih kekal berdiri sambil memerhatikan tingkah laku 'Akira' yang sedang enak melayan kawan-kawannya.
"Faris, duduklah. Kenapa berdiri je?"Akira mempelawa Faris dan membuka kerusi di bahagian kepala meja. Meja panjang itu cukup-cukup untuk mereka bertujuh. Satu kerusi kosong iaitu kerusi kelapan yang berada di hujung sekali diduduki Akira setelah dipelawa mengikut sekali mereka menjamu selera. Akhirnya Faris akur. Dia duduk. Kedudukannya yang dikira secara berhadapan dengan Akira walaupun Agak jauh tetap membuatkannya rasa tidak selesa.
Akhirnya Faris menjamah sedikit makanan yang terhidang. Cukup untuk menjaga hati tuan rumah yang sudah masak untuk mereka.
"Faris tadi kenapa awak nak bunuh diri?" Bell yang duduk di barisan kiri Faris menyoal perlahan. Sungguhpun perlahan, namun suaranya mampu didengari oleh mereka yang lain dek kerana suasana yang terlalu sunyi. Mereka yang mendengarnya serta-merta fokus pada Faris. Faris terhenti suapannya. Dia memandang ahli kumpulannya.
"Errr..... Saya... "
"EH ayam ni mentahlah!" Tiba-tiba Haziq mencelah. Suaranya cuba dikawal. Mereka semua terhenti. Terkejut dengan ayat berupa Agak biadap dari mulutnya.
"Kau kan.... "Aleen menendang kaki Hazriq yang duduk berhadapan dengannya. Hazriq mendengus. Sakit akibat ditendang tak berlapik oleh Aleen.
"Aku rasa dia ni tak pandai masak. Sambal pun mentah"Hazriq masih membebel perlahan. Mungkin dia fikir, bebelan diatu tidak didengari orang lain. Air muka Akira berubah.
Tup tup tup
Tiba-tiba lampu berkelip-kelip. Bell memegang erat tangan Aleen. Hannah terasa seperti sesuatu merangkak di syiling. Dia mendongak. Serentak.... Lampu terus terpadam.
"Argghhhhhhhhhhh"
"Eh, BELL!!!"Aleen menjerit memanggil Bell. Ye, itu suara Bell.
Tap
Lampu kembali menyala. Faris memandang sekeliling."Eh mana Hazriq??"Faris bertanya risau.
"Korang, tengok ni!"Hannah berkata sambil menunjukkan sesuatu pada dinding
Mati...
Tulisan tersebut tiba-tiba ada. Ia ditulis menggunakan sesuatu berwarna merah. Masing-masing muka cuak.
"Bell??"Aleen terus menuju ke Bell apabila mendapati Bell terduduk sambil memeluk lutut. Dia menggeletar ketakutan. Aleen cuba menenangkannya.
"Sejarah akan berulang kembali... "Azizul berkata perlahan. Mereka semua yang berada disitu tersentak. Tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Azizul.
Faris mencari seseorang.... Akira... Dia tiada disini. Sejarah? Berulang? Apa semua ni????
"Erghhhh.. Ni semua salah aku!!! Kalau aku tidak baca benda tu... Ni semua tidak akan berlaku!!!" Faris menahan amarah. Dia geram dengan diri sendiri. Dia telah meletakkan kawan-kawannya dalam bahaya. Kini semua nyawa kawan-kawannya terancam.
"Faris, bertenang"Wan cuba meredakan Faris.
"Apa yang kamu maksudkan?''Hannah menyoal perlahan. Tak mungkin orang tersebut...
Kau akan bangkit...
Sekiranya aku menyerumu...FARIS!! Dia telah.... Tapi bagaimana? Macam mana ia boleh berlaku?
"Mana Hazriq?"Sekali lagi Faris melontar kan soalan yang sama. Mereka semua tersntak dan memandang sekeliling. Tiada Hazriq.
Tanpa disuruh, mereka mula berpecah mencari Hazriq.
Wan berjalan keluar rumah. Suasana malam yang dingin dan gelap menyukarkannya melihat. Dimana Hazriq? Tiba-tiba Wan terpandang sesuatu... HAZRIQ!!! Dia lantas menghampiri Hazriq yang kelihatan tercungap-cungap mencari nafas. Hazriq kelihatan seperti baru habis berlari jauh. Kemana budak ini pergi?
Wan menghampirinya lantas bahu Hazriq ditepuk...
"Eh Wan!! Huh huh huh... Tadikan... Aku nampak..."
"Macam mana kau boleh sampai kesini??"Wan memintas kata Hazriq. Kedudukan Hazriq agak jauh dari Vila. Ia gelap dan jauh kedalam hutan.
Sambil memapah Hazriq pulang kevila, Wan sempat menasihatinya agar menjaga perangai...
"Kau tau tak... Wan.... Tadi aku ada nampak Elizabeth kau tu!!"Akhirnya Hazriq cakap jua apa yang dilihatnya.. Wan terkejut.
"Elizabeth tu sudah matilah!! Mana ada"Wan berkata sambil memandang Hazriq. Cuba mencari kepastian dalam hati Hazriq. Hazriq suka kenakan orang, jadi dia hanya berwaspada.
Wan mendudukkan Hazriq ke sofa di ruang tamu. Selepas mendapat tahu Wan menjumpai Hazriq, mereka bergegas ke ruang tamu dan berjumpa dengannya. Mereka risau.
Sekalipun Hazriq gemar membuat orang marah, namun mereka tetap risau akan keadaannya. Bell menghampiri Hazriq dan membalut luka dilutut Hazriq. Mungkin ia terjadi kerana Hazriq terjatuh sewaktu mengekori bayang-bayang sesuatu benda hingga ke hutan. Bell sangat ambil berat akan rakan-rakannya.
Ketenangan mereka digannggu apabila kemunculan Akira secara tiba-tiba di ruang tamu itu. Suasana terus bertukar sunyi....
"Siapa sebenarnya kau ni?"Aleen menjerkah Akira. Dia geram kerana Akira tiba-tiba menghilang dan kini muncul entah dari mana.
Akira tidak menjawab. Mulutnya terukir senyuman jahat. Jerkahan Aleen mengejutkan mereka yang lain. Akira yang masih cantik memakai blaus putih itu kemudiannya menuding jari ke Hazriq. Mukanya tidak dapat ditafsirkan.
Tetapi pada pandangan Hannah, dia melihat Akira dengan pandangan penuh benci. Akira pada penglihatannya sangat hodoh, bajunya koyak dan kotor. Muka Akira pecah namun masih mampu mengukir 'senyuman'
Tiba-tiba Hazriq berjalan ke Akira. Mukanya bengis seperti menahan amarah.
"Pahal tunjuk-tunjuk aku?? Apa masalah kau?"Hazriq pantas menghampiri Akira yang masih berdiri tegak. Mukanya seperti tersirat sesuatu. Hannah terus menghalang Hazriq dari mendekati Akira. Yup, itu bukan manusia.
Tup...
Tiba-tiba lampu terpadam
"Hahahahahahahahaha"Akira gelak.
Dia rasa sangat sangat sangat gembira.... Sebab.....Gelap...
***
Sorry for forget to publish this part. 😅
YOU ARE READING
Dendam Akira (completed)🎉
TerrorKenangan lalu yang dilalui oleh seorang budak perempuan telah menjanjikan satu peristiwa yang bakal tercipta. Sesebutnya nama keramat itu, ia menghidupkan kembali roh yang sudah tiada... Apakah yang akan berlaku? Pastikah mampu mereka meneruska...