3

228 10 22
                                    

Hannah tersentak. Hatinya seperti disuntik sesuatu...
Faris...
Firasatnya mengagak seperti akan berlaku sesuatu... Tragedi. Dua berasa tidak senang hati. Seperti sesuatu yang buruk akan berlaku... Setelah puas berfikir mengenainya, Hannah mengalah. Dia melangkah meninggalkan ruang rehat itu. Kelihatan kelibat Azizul sedang berdiri merenung sesuatu.

Hannah tanpa berfikir panjang terus mendekati Azizul. Pandangan Azizul tidak beralih dan masih ralit merenung sesuatu pada dinding putih di hadapnnya. Hannah tanpa disuruh turut memandang ke arah tersebut. Dahinya berkerut. Cuba memahami contengan berdakwat merah didinding itu. Ia kurang jelas. Hannah membongkokkan sedikit badannya supaya ketinggiannya menyamai kedudukan tulisan itu.

Kau akan bangkit
Sekiranya aku menyerumu
Kau akan muncul
Sekiranya sesiapa memanggilmu
Lakukanlah apa yang kau mahu
Tetapi ingatlah, kau hanya iblis yang mengganggu...

Akira hiroshi...

"A.. Ki.. "

"Jangan sebut" pintas Azizul sebelum sempat Hannah menghabiskannya. Hannah tersentak... Dia tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh ayat itu. Ia seperti ditulis seseorang puluhan tahun dahulu. Tulisannya semakin menghilang. Di sekitar dinding tersebut, terdapat sehelai kain putih bertompok merah. Ia dilapikkan batu sungai yang dicat kuning. Terdapat juga alatan lain yang kini seakan hancur malah berhabuk tebal diselaputi sawang.

Hannah duduk. Memerhatikan barang-barang yang sudah tidak lengkap itu. Azizul hanya memerhati. Dia tau akan kebolehan Hannah. Sehelai kain putih yang seakan koyakan baju dicapinya perlahan. Tiba-tiba satu aliran elektrik menjalar ke tangannya. Mata hitamnya membesar sehingga tidak memperlihatkan mata putihnya.

Kelihatan seakan lelaki berpakaian jubah hitam yang mempunyai hood. Mukanya tidak kelihatan dek hood yang dipakainya. Corak serta logo yang terdapat dijubahnya seperti seorang ahli kasastria. Dia kelihatan terkejut selepas mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh seseorang. Tiba-tiba suasana bertukar. Sesuatu benda yang tidak mempunyai jisim seakan berlegar-legar di satu kawasan dia seakan terperangkap. Suasana bertukar semula, lelaki berjubah itu kelihatan seakan marah dan berlari ke sebuah rumah banglo. Kehadirannya amat mengejutkan.

Seakan dipercepatkan masa, kelihatan suasana sekeliling yang kotor. Terdapat mayat tergantung di tali. Darah menghiasi lantai. Seseorang sedang membaca sesuatu. Asap kemenyan memenuhi tempat tersebut. Sesuatu kelihatan seperti berjalan dan mendekati lelaki tersebut. Dia tergelak.

Suasana huru-hara dan bertukar tragedi ngeri. Lelaki tersebut mula memasang sesuatu dan akhirnya dia mengambil keputusan... Semuanya terhenti... Benda tersebut dikunci dan ia tidak lagi menjelma....

Hannah terjaga. Nafasnya tercungap-cungap. Mukanya basah dek peluh. Azizul memberikan sebotol mineral kepada Hannah. Dan Hannah menyambutnya .

"Seorang kasastria?" Hannah berkata perlahan.

"Hemm.. Dia seorang penghantar surat dan selalu menulis laporan serta perkembangan. Namun dia mempunyai ilmu pengetahuan dalam menyeru sesuatu" Azizul menerangkan perlahan.

"Ia kelihatan seperti dia dikunci... Tapi kenapa aku dapat merasakannya... Seolah-olah dia sudah bebas"Hannah berfikir kembali. Pelik. 'Macam mana Azizul tahu mengenainya?'

"Sekarang aku rasa better kita bagitau dia orang" Azizul memberi cadangan dan bergerak meninggalkan tempat itu.

Sementara di tempat lain, Wan sedang memerhatikan setiap gambar berbingkai kayu yang terletak cantik di dinding. Dari seorang ke seorang yang lain. Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu melintas di belakangnya.

Dendam Akira (completed)🎉Where stories live. Discover now