"Koranggg!!! Hah!! Hah!! Korang dekat mana?"Bell menjerit kuat. Mereka terpisah ketika mereka dikejar tadi. Masa tu gelap... Cahaya datang hanya dari bulan penuh yang masuk melalui tingkap luas di ruang tamu. Kini Bell berada di dalam sebuah bilik yang penuh dengan barang-barang. Di atasnya terdapat loceng gergasi.Tiba-tiba lantai kayu bilik itu berbunyi. Seperti ada orang sedang berjalan mendekatinya. Bell cuak.
"Siapa tu?" Soal Bell perlahan. Dia ketakutan. Lembaga tersebut berjalan keluar dari kegelapan bilik tersebut.
"Bell ni sayalah, Aleen"Aleen mendekati Bell. Bell mengangkat mukanya dan memandang Aleen. Kelopak matanya berair. Dia terharu. Terharu sangat sangat. Tanpa diduga, Bell terus memeluk Aleen. Dia rasa selamat. Aleen terkedu.... Perlahan-lahan bibirnya tersenyum kecil.
"Jangan risau. Saya sentiasa akan jaga awak" Aleen berkata sambil mengusap lembut kepala Bell. Tiba-tiba telefon pintar Aleen berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Hello"Aleen berkata sepatah selepas Ouhh ngangkatnya.
"Hello Aleen! Kau dekat mana?" kedengaran suara Hannah dihujung talian.
"Hannah! Aku dekat..... Ermmm... Entah. Aku pun tak tau" Aleen memandang sekeliling cuba mengenal pasti bilik tersebut. Namun dia buntu apabila tidak tahu kedudukan mereka. Hati Aleen sedikit lega menerima panggilan dari Hannah. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa Hannah selamat.
"Kau dengan siapa?"Hannah menyoal kembali.
"Aku dengan Bell. Dia selamat dengan aku"Aleen memandang sekilas ke belakang. Bell hanya menunduk. Tangannya erat menggenggam hujung baju Aleen.
"Syukur Alhamdulillah.. Korang selamat"Hannah menghela nafas lega. Dia yang ketika itu berada di dalam perpustakaan duduk menghela nafas lega. Wan datang menghampirinya. Hannah mematikan panggilan. Dia bangun dan berdiri berhadapan dengan Wan. Mereka turut disertai Hazriq. Mereka memikirkan bagaimana sekarang mereka ingin keluar dari vila berhantu ini.
Hazriq terpandang sebuah buku yang dihadapannya terdapat tajuk yang tertulis nama seseorang.. Aki...
"Jangan sebut!"Hannah pantas menghalang. Ini kerana sekiranya disebut nama tersebut, Akira akan muncul dihadapan mereka. Ia ibarat menyeru puteri, serta merta ia menjelmakan diri dihadapan orang yang memanggilnya. Hazriq kepelikan..
"Kenapa tidak boleh sebut?"Hazriq seakan tidak puas hati dengannya. Yup, dia seorang yang tidak serik dan tidak memirkirkan keselamatan diri apatah lagi orang lain.
"Kalau kau sebut, kau hanya akan memanggil si empunya nama" balas Wan.
"Ceh, kau ingat ni permainan ke? Macam Spirit Of The Coint tu... Hahahahhaha lek lah, ia sekadar nama"Hazriq tergelak. Dia merasakan benda ini lawak.
"Jangan main-main lah!! Kalau dia muncul macam mana??? Masalahnya dia ni membunuh!!! Kau kena ingat!!"Hannah geram. Hazriq langsung tidak matang malah menganggapnya sesuatu yang lawak. Langsung tidak serius!
"Ouhhh kau pastilah ye dia akan muncul. Siapa dia ni? Jahat sangat ke sampai nak membunuh?"Hazriq masih tidak sedar.
"Baik kau jaga mulut kau sebelum sesuatu benda buruk akan berlaku"Hannah memberi amaran keras.
"Percaya sangatlah kau ni... Kau ingat ni permainan Charlie tu ke? Apa? Macam mana permainan tu? Charlie... Charlie.. Are you here? Hahahahahah eh eh kejap. Kalau dalam situasi sekarang, ia akan jadi... Akira... Hiroshi... Are you here?" Hazriq galak ketawa. Sementara Hannah serta Wan terbuntang. Terkaku dengan kelancangan mulut Hazriq. Ia bahaya. Mereka hanya mampu beristighfar dan memohon perlindungan dari Yang Maha Melindungi dan Maha Mengasihi...
Tiba-tiba.... Satu demi satu rak buku jatuh. Dari yang paling belakang dan ia diikuti rak yang lain hingga hampir ke tempat mereka berada. Mata mereka hanya memerhatikan kejatuhan rak buku tersebut. Dari satu ke satu yang lain. Semua buku bertaburan.
Baru Hannah tersedar bahawa rak buku tersebut menghampiri mereka. Hannah terkejut. Manakala Wan bergerak ketepi mengelak dari rak tersebut menghempapnya. Namun Hazriq masih terkaku. Dia terkelu melihat rak yang besar dan tinggi sedang perlahan-lahan jatuh ingin menghempapnya...
"HAZRIQ!!!" Wan menarik Hazriq ketepi.
BUMPHHHH
Rak besar tersebut padu menghentak lantai kayu disitu. Mereka bertiga terkejut. Rekahan terjadi akibat kejatuhan rak tersebut. Ia mula merekah dan garisannya bergerak ke tempat Hazriq. Hazriq hanya memandang kayu yang hampir patah itu. Ia rapuh.
Prakkkkk
"Hazriq!!!! Lompatttt!!!"Hannah menjerit kuat menyuruh Hazriq mengelak dari rekahan tersebut. Ia bergerak seperti retakan lantai ais yang bersedia untuk pecah. Tiba-tiba lantai kayu tersebut pecah. Drastik Wan berlari ke arah Hazriq dan menolaknya ketepi.....
"WANNNNN!!!!!!!" Hannah menjerit. Wan jatuh kebawah... Yang di bawahnya terdapat kapak besar yang sengaja ditegakkan.
Pakkk
Badan Wan terbelah dua. Hannah tergamam. Hazriq membuntang. Terkejut. Segalanya seakan berlaku dengan pantas...
Ap.... Apakah....
Tiba-tiba telefon Hannah berdering. Namun sedikitpun Hannah tidak bergerak. Mukanya memucat. Air mata mengalir namun tiada sebarang bunyi. Hazriq kerisauan.
"Err... Ha.. Hannah... Kau ok?"Hazriq menyentuh bahu Hannah.
"TAKK!!! INI SEMUA SALAH KAU!! KALAU TIDAK DISEBABKAN MULUT KAU TU, WAN TIDAK AKAN MATI!!"Hannah menjerit kuat. Dia bangun dan menolak kuat bahu Hazriq. Dia menangis teresak-esak. Hazriq terkelu. Ye, ini semua salahnya... Hazriq mengeluh kesal.
Telefon pintar milik Hazriq berdering. Perlahan-lahan tangannya mengangkat panggilan tersebut.
"Helo Hazriq, kau ok?"suara Faris dihujung talian menyinggah pendengaran Hazriq. Hazriq yang ketika itu masih terkejut tidak mampu menjawab soalan Faris. Lidahnya kelu. Dia memerhatikan Hannah yang sedang menangis.
"Hazriq? Kau ok tak? Suara siapa yang menangis tu?"Faris masih menyoal di hujung talian.
"Fa... Faris..... Wan... Dia.... "Suara Hazriq tersekat sekat.
"Kenapa dengan Wan? Dia mana? Dia ok tak?" Faris sudah tidak sedap hati.
"Dia dah mati"
YOU ARE READING
Dendam Akira (completed)🎉
HorreurKenangan lalu yang dilalui oleh seorang budak perempuan telah menjanjikan satu peristiwa yang bakal tercipta. Sesebutnya nama keramat itu, ia menghidupkan kembali roh yang sudah tiada... Apakah yang akan berlaku? Pastikah mampu mereka meneruska...