9

159 3 0
                                    


   Auuuuuuuuuwwwwwwwww

  Lolongan 'anjing liar' di tengah hutan belantara menjadi irama di malam hening. Hazriq melangkah sambil matanya melilau mengawasi sekeliling. Suasana di tingkat 2 rumah agam itu lebih mengerikan dari yang dia sangka. Aura serba hitam seakan menyelubungi diri.

Hihihi

Gelak seorang remaja perempuan sambil berlari melepasi Hazriq. Hazriq serentak berpaling ke belakang, arah datangnya suara itu.

  Hihihihi...

Sekali lagi tawa itu menerpa gegendang telinganya. Serentak jelmaan itu berlari masuk ke sebuah bilik berdekatan. Hazriq kembali memandang ke hadapan dan terkejut apabila mendapati dihadapannya terdapat mayat bergelimpangan. Darah kering menjadi pelapik lantai aras tersebut.

  Hihi hihiheh...

Jelmaan itu seakan memanggil Hazriq mengekorinya. Gelak yang sentiasa mengirigngi derap kakinya. Tanpa ragu Hazriq mengekori jelmaan itu. Semasuknya dia ke dalam ruangan baru tersebut, dedaun pintu tertutup rapat berjaya mengejutkan Hazriq untuk kali entah keberapa.

  "Jangan MAIN-MAINLAH!! Aku tahu kau angkara semua ini! Bagi tau aku, dimana kau sorokkan Aleen?" Hazriq malas bermain, tujuan utama perlu dilunas dengan segera.

  Perlahan 'Akira' muncul dibalik kegelapan malam. Senyuman di bibir seakan menyimpan muslihat. Namun...

  "ALLAHU AKHBAR!!!" Hazriq tersungkur ke lantai. Terkejut melihat rupa yang tak terupa orang. Mata yang berulat, kulit yang jelas mereput memperlihatkan isi daging hitam. Kuku jari runcing itu kehadapan dan menghampirinya.

Kranggggggggggg

Tanpa diduga, semua tingkap disitu pecah. Kaca bersepai dilantai sehingga ada yang mencederakan Hariq. Tak terkata terkejutnya dia saat itu.

  "KENAPA KAU DATANG? KALIAN YANG MENCARI MASALAH!"  Suara serak 'si dia' bergema membingitkan telinga. Hazriq menutup telinga.

  "MATI" Satu perkataan.

  "ALLAH" Satu kalimah

  Berselang antara mereka.

  Dushhhd PARKKK

Akibat baran, tubuh Hazriq dihempas ke dinding. Darah tersembur keluar dari mulutnya. Manakala lembaga itu terus merangkak di syiling sambil mulutnya terkumat-kamit sesuatu.

  Apabila ku seru nama mu,
  Muncul engkau membalas gaharu
  Buatlah dikau keinginanmu
  Pada siapa yang perlu

  Suara halus bagai putaran memori dahulu berbisik di telinga Hazriq. Hazriq lantas beristighfar. Tubuhnya yang terhempas ke lantai digagahi jua. Tekad.

  Lembaga itu tiba-tiba mengganas apabila Hazriq membaca beberapa potongan ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Dia tidak mampu melawan apabila lembaga itu sekali lagi menjerit diikuti gegaran yang kuat. Dia tertanya-tanya apakah yang akan berlaku selepas ini. Lembaga itu jatuh menghempas ke lantai dan lesap.

Dendam Akira (completed)🎉Where stories live. Discover now