Wan atau nama panjangnya Khairul Ikhwan sedang sibuk membelek sesuatu buku tebal yg diperolehinya dari rak lama berdekatannya. Dia kelihatan tertarik dgn sesuatu yg diceritakan oleh buku tentang sejarah itu. Sekarang dia berada di dalam sebuah perpustakaan awam yang menempatkan pelbagai jenis buku yang menarik."Wei Wan, apa yg ko tengok tu? Khusyuk benar gaya" Bell yg entah dari mana terus menyapa Wan yg khusyuk membelek buku tersebut.
Wan memang sekilas Bell yg berada di sebelahnya dan tnpa menjawab soalan Bell, dia terus berlalu ke sebuah meja yg menempatkan beberapa manusia yg masing-masing kelihatan kebosanan.
"Wei korang, aq rasa mungkin yg ini menarik" Wan menunjukkan helaian kertas yg diselaknya kepada mereka yg bilangannya seramai 4 org tidak termasuk Bell. Lnts masing2 berebutlah untuk melihatnya.
Kelihatan sebuah gambar istana yg berupa sebuah bangunan lama yg terletak di cenuran bukit menjadi perhatian mereka. Strukturnya yg unik dan statik itu kelihatan usang dn menarik perhatian. Dindingnya pula kehitaman bersalut lumut menjadikan ia kelihatan seram apabila direnung. Suram. Gelap. Dan menakutkan.
Mengikut ceritanya, istana ini terbakar pada tahun 1956. Pada malam tersebut, sebuah majlis tari-menari diadakan, malang sekali ketika majlis tersebut berlangsung, berlaku satu penganiayaan dan rancangan untuk memusnahkan majlis tersebut. Seseorang telah memanah ke arah lampu kalimantan yang besar dan cantik terletak di tengah-tengah ruang syiling tinggi istana tersebut. Lampu yang hanya menggunakan lilin sebagai penerang itu jatuh dan api merebak dengan cepat. Tetamu yang hadir tidak ramai yang terkorban kerana mereka sudah diarah pulang awal ketika majlis yang sedang berlangsung itu terganggu dengan kehadiran orang yang tidak diundang. Istana itu musnah dijilat api. Dan kini hanya meninggalkan sejarah yg masih belum terungkai sepenuhnya...
Masing-masing tersenyum senget. Tiba-tiba Faris datang menerjah mereka semua. Masing-masing terkejut. Faris tergelak sakan.
"Hah, macam mana? Korang ada jumpa apa-apa yang menarik?"soal Faris dengan wajah berseri-seri.
Keenam-enam mereka tersenyum penuh makna.
Mission start..
****
"Wei berhenti!!"Jerit Hazriq secara tiba-tiba. Dan bagaikan mengikut arahan, masing-masing terkaku. Setelah beberapa ketika apabila sedari tiada apa yang berlaku, semua memandang Hazriq yang berada di belakang sekali. Dia tergelak besar.
"Kau ni kan, kalau tak buat orang marah tak sah kan!! Kita sekarang ni berada dalam hutan, jadi janganlah bawak perangai teruk kau tu kesini... " marah Aleen tidak berpuas hati. Geram dengan usikan Hazriq.
"Dah dah, biarkan je dia. Dia memang macam tu. Elok tinggal je budakni. Tah macam mana boleh ikut" Hannah berkata sambil menjeling tajam Hazriq yang masih lagi tergelak besar.
Mereka sekumpulan mempunyai tugasan merungkai sejarah lama sendiri bagi ujian kelayakan untuk memasuki kru paranormal dan sejarah. Sebelum ini, mereka pernah pergi ke suatu tempat itu tetapi terbatal apabila mendapati tempat tersebut sudah pernah dijajah dan dirungkai segalanya oleh orang terdekat. Mereka lambat.
Kawasan hutan yang semakin gelap meresahkan mereka. Mereka yang mempunyai 7 orang ahli keseluruhannya masih belum menjumpai port untuk berkemah. Mereka keresahan. Jarak mereka dengan istana masih jauh.
Apa yang peliknya tentang hutan ini, ia suram. Seperti menangis. Persekitarannya yang basah menjadikan lumut senang dilihat dimana-mana. Serangga kecil yang berterbangan serta hutan yang sempit dan sedikit curam menyukarkan perjalanan mereka.
Prakk
Azizul terpijak sesuatu. Dia memandang ke bawah. Tulang.
'Erkk.... Apakah.. ' Baru sahaja ingin memberitahu kawan-kawannya yang lain, mereka sudah jauh ke hadapan. Tidak ingin ketinggalan, dia terus melangkah mendekati mereka tetapi tiba-tiba dirasakan seperti kakinya digenggam sesuatu... Dia terkaku.."Ahhhhhhh" Azizul terkejut apabila mendapati jari-jemari tulang melekat di kakinya... Jeritannya pula tidak didengari mereka. Lantas dia terus berlari dengan lintang-pukangnya mendekati mereka. Apabila dilihat balik, tulang itu sudah tiada. Mungkin tercabut ketika dia berlari. Mereka langsung tidak menyedari apa yang berlaku. Tiba-tiba... Hari semakin gelap..
Tik..
Setitis air hujan jatuh diatas tapak tangan Faris yang sedang menadah tangan. Hujan..."Alamakk!!! Dah hujan!!"lintang-pukang mereka semua berlari mencari tempat teduh. Dalam beg mereka ada barang yang tidak boleh kena air. Jadi mereka perlu menyelamatkannya dari basah dan rosak.
Ketika sedang berlari, Hannah terpandang sebuah perigi lama yang terletak cantik ditengah-tengah laluan hutan itu. Kedudukannya yang statistik dan memberi sedikit ruang di tepi menjadikan ia kelihatan seperti 'roudaboard' di jalan raya. Cantik dan kelihatan menarik. Tanpa disedari, kakinya melangkah menghampiri perigi tersebut.
"Woii Hannah!! Ko nak pergi mana??" Nasib Aleen perasan yang Hannah seperti tidak perasan kearah mana mereka pergi. Tangan Hannah ditarik supaya mengikuti mereka.
Makin jauh kedalam hutan, hujan terasa seperti semakin lebat dan memaksa mereka mencari tempat untuk berteduh atau sekurang-kurangnya sesuatu kawasan yang sedikit luas untuk memasang khemah. Mereka kerisauan. Kaki diatur semakin laju. Angin yang kuat entah dari mana seolah-olah menyuruh mereka terus melangkah dan mengikut arahnya.
Tiba-tiba langkah mereka terhenti. Serentak itu, hujan mulai renyai. Mereka tergamam apabila mendapati di hadapan mereka adalah sebuah bangunan.. Usang. Suram. Dan gelap
Sebuah vila lama...
![](https://img.wattpad.com/cover/118626996-288-k258987.jpg)
YOU ARE READING
Dendam Akira (completed)🎉
УжасыKenangan lalu yang dilalui oleh seorang budak perempuan telah menjanjikan satu peristiwa yang bakal tercipta. Sesebutnya nama keramat itu, ia menghidupkan kembali roh yang sudah tiada... Apakah yang akan berlaku? Pastikah mampu mereka meneruska...