Keadaan di atas loteng itu sunyi. Hanya kedengaran helaan nafas Azizul. Dia mencari ruang untuk keluar dari tempat sempjt ini. Ia agak menyesakkan nafas ekoran tempat yang berhabuk serta gelap. Hanya cahaya bulan memberi sedikit sumber cahaya untuk melihat. Telifon pintarnya ditutup. Mana boleh telefon yang menggunakan satelit sebagai penghubung ini mampu berfungsi di tengah-tengah hutan begini. Dia mengeluh perlahan.Tiba-tiba dirasakannya bagai ada sesuatu berdiri di belakangnya kerana nampak sedikit bayang-bayang samar dari tepi. Azizul tidak segera menoleh. Dia tahu itu bukan orang yang sepatutnya ada. Lehernya mula berasa sejuk apabila helaan nafas lembaga tersebut terasa di tengkuknya. Lembaga tersebut berada terlalu dekat dengannya. Azizul cuba bertenang.
"Sampai bila awak nak berdiri?'' tiba-tiba 'dia' bersuara. Pertanyaannya begitu lembut menyapa pendengaran Azizul.
"Sampai bila kau nak ganggu orang?"Azizul bertanya kembali. Matanya melirik ke kiri memandang sisi kiri 'dia'
"Saya suka awak. Awak nak tak hidup dengan saya? Kehidupan saya sangat menyeronokkan. Tapi ia akan jadi bertambah seronok sekirannya awak menyertai saya"Akira 'berjalan' ke hadapan. Dia ingin memandang muka jejaka yang baru dikenalinya ini.
"Iblis! Baik kau jangan ganggu aku sebelum aku bakar kau! Lepaskan kawan-kawan aku!" Azizul memandang tepat anak mata Akira yang berwarna merah api. Matanya cantik dan kelihatan bersinar.
Kringgggg kringgggg kringgggg kringgggg...
Telefon pintar Azizul berbunyi. Azizul tersentak. Bagaimana telefon ini boleh berfungsi sedangkan kalau ikut secara logik, ia tidak akan berfungsi. Perlahan-lahan tangannya menekan butang jawab.
"Helo?"
"...."
"Ada sesiapa di talian?"Azizul berkata cuba memastikan bahawa talian tidak terputus.
"Ikut aku kalau nak hidup, lupakan aku, kawan kau akan mati" satu suara garau kedengaran perlahan di hujung talian.
Tzzzzzz
Talian dimatikan.."Tak guna! Apa yang kau nak buat?"Azizul memandang Akira dengan perasaan bercampur-baur. Dia marah, dia geram, dia risau. Dia risau akan keadaan kawan-kawannya.
"Bell... "akira berkata perlahan sambil tersenyum senget. Dirinya perlahan-lahan berubah. Menjadi... Hodoh..
Ringgg ringgg
Tiba-tiba telefon itu berdering kembali. Azizul geram. Dirasaknnya seperti ingin mencampakkan saja telefon tersebut namun tindakannya terhenti apabila melihat nama Faris tertera di skrin. Pantas dia menjawab panggilan.
"Faris! Bell dalam bahaya!!" Azizul terus berkata kuat. Situasi getir. Kejap... Pelik... Macam mana telfon ini boleh berfungsi?? Soalan yang ditanya untuk kali kedua...
"Ye aku tau, jangan risau. Aleen bersama Bell, dia akan cuba melindungi Bell"Faris memberi info pendek. Mendengarkannya, Azizul rasa sedikit lega.
"Aaaaaaaaahhhhhhhhhhh!!!!!!"
"Hah kenapa tu??"
"Bell!!" Faris segera berlari menaiki tangga. Namun baru sahaja kakinya menginjak ke anak tangga pertama. Beribu-ribu pisau jatuh entah dari mana menghalang Faris meneruskan langkahnya.
Azizul melihat sekeliling. Yang ada hanyalah cermin tingkap kecil yang membenarkan cahaya masuk ke dalam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di loteng ini. Sepatutnya di sini ada tangga kecil untuk menuruninya kebawah. Namun di mana???
"Bell!!! Kenapa??"Aleen pantas menghampiri Bell.
"Tu.. Tu.. Ada labah-labah" Bell berkata sambil menunjuk ke arah satu sudut bilik. Aleen yang mendengarkan saja jawapan Bell hanya mengeluh. Ye ye saja dia ingatkan sesuatu benda terjadi. Telefon Aleen berdering.
YOU ARE READING
Dendam Akira (completed)🎉
TerrorKenangan lalu yang dilalui oleh seorang budak perempuan telah menjanjikan satu peristiwa yang bakal tercipta. Sesebutnya nama keramat itu, ia menghidupkan kembali roh yang sudah tiada... Apakah yang akan berlaku? Pastikah mampu mereka meneruska...