2

255 15 18
                                    


Hujan diluar masih tidak berhenti. Sekalipun sekadar renyai-renyai,namun kesejukannya sungguh terasa. Pintu kayu yang cantik terukir corak organik itu disentuh lembut oleh Faris. Dia mengamatinya... Unik.

Krikk...
Tiba-tiba pintu itu terbuka sendiri. Mereka terkejut. Bunyi ngilu yang dihasilkannya membuatkan pintu itu seperti sudah begitu lama tidak dibuka.

Groughhhh..
Bunyi guruh di langit bagaikan menyuruh mereka masuk. Hazriq yang tidak sukakan hujan terus melangkah masuk tanpa rasa apa-apa. Ia diikuti Azizul, teman rapatnya. Sementara yang lain masih ragu-ragu.

"Woii, masuk ahh. Tadi nak sangat cari tempat tidur. Ni dah jumpa, taknak pula masuk "dengan lantangnya dia bersuara. Suaranya bergema di segenap rumah tersebut.

"Kita cari tempat untuk berteduh, bukan untuk tidur. Tah rumah siapa kau masuk ni, dengan tak bagi salamnya... Biadap betul"Aleen sudah mula mengeluarkan aura menggerunkannya.

"Alah, bukan ada apa-apa pun. Kalau ada hantu, halau jelah. Apa guna kita belajar agama selama ni"Hazriq tidak mahu mengalah.

"Kau ni kannn... "

"Eh dah dah lah tu. Jom kita masuk"Faris akhirnya menghentikan mereka dari terus bawa perangai tak betul mereka. Bell memegang erat tangan Aleen. Dia ketakutan. Aleen hanya bertindak menenangkannya sahaja. Hannah yang sedari tadi mendiamkan diri perlahan-lahan melangkah. Mulutnya membaca basmallah sebelum memasuki rumah tinggalan itu. Dia dapat merasakan yang rumah ini sungguh tidak kena. Namun dia hanya berserah.

Faris selaku ketua berada di hadapan sekali. Dia mengalisis rumah ini. Keadaan yang gelap membuatkannya hanya bergantung pada torchlight yang digunakannya sekarang. Dia memandang ke belakang.

"Wan, ko ada maklumat pasal vila ni?" tanya Faris sambil memandang Wan yang diam mengamati konsep rumah ini. Dia menggeleng. Mereka mula memasuki ruang tengah rumah tersebut.

Vila yang terdapat tangga dibahagian ruang tengah ini sungguh menarik. Ia seperti boleh menjadi laluan untuk para puteri turun ke bawah kerana terdapat karpet merah mengalasnya. Lampu kalimantang yang ternyala berwarna oren itu memberi aura suram. Terdapat pembakar kayu seperti rumah inggeris untuk memanaskan badan dikala musim sejuk berada di sebelah kiri tangga tersebut. Sementara di dinding pula cantik tersusun pelbagai potret besar yang terlukis figura seseorang.

Langkah mereka terhenti apabila melihat potret-potret tersebut. Ada gambar seorang gadis yang cantik dengan rambut ikat tocang satu yang dibawa kehadapan. Ia memakai baju gaun putih salju dan tersenyum manis.

Tiba-tiba suasana menerang. Semua lampu terbuka dan mereka terkejut. Sekali lagi Hazriq tergelak besar. Rupa-rupanya lampu-lampu itu terbuka kerana Hazriq menekan suis lampu.

"Boleh kau berhenti gelak tak?? Asik buat orang marah je"Aleen menegur Hazriq. Hazriq hanya menjelirkan lidahnya sahaja dan sengaja membuat Aleen bertambah marah.

"Huaaaa... Penatnyaaa... Apa kata kita berehat nak? Jom tidur. Aku penat sangat dah ni" Wan berkata sambil menguap besar. Dia menggosok-gosok matanya yang kepenatan. Disini terdapat banyak bilik yang berada di tingkat atas dan tanpa membantah mereka semua setuju.

*****

Faris membelek-belek buku yang terdapat di bilik perpustakaan mini itu. Ia menempatkan beberapa rak buku lama.

Dan yang berada di tangannya ini merupakan sebuah diari. Yang tidak diketahui milik siapa... Muka surat diselak...

Petang
Aku dipaksa menggoreng ikan bersudipkan tangan ku... Ia gila. Namun apa aku mampu buat? Sekiranya aku tidak mengikut arahan, seluruh badanku akan dilibas dengan cemetinya. Seksa.

Pagi
'Abang ku datang menyelamatkan aku dan meredakan kemarahan ibuku. Dia melepaskan aku dari ikatan ditiang itu. Dia membalut luka di kakiku serta kepalaku... Badan ku berbirat akibat ikatan yang terlalu kuat.

Malam
Segalanya akan berakhir. Istana. Majlis. Dan aku lari... Aku lari dari rumah neraka ini...

Berkerut-kerut dahi Faris memahaminya... Adakah ia milik seorang perempuan yang pernah diseksa di sini suatu ketika dahulu.

Namun aku kegelisahan.. Mengapa aku rasa bagaikan ada sesuatu perkara buruk akan berlaku.

Tiba2 sehelai kertas lusuh jatuh dari celahan muka surat buku tersebut. Perlahan-lahan Faris mengambilnya. Sepegangnya kertas tersebut, sederuan angin sejuk menyapa mukanya. Ia bagaikan seperti sengaja menarik perhatian Faris. Faris mulai membacanya. Dengan suara perlahan. Menghayati setiap bait yang tertulis.

Suatu malam
Kau terjaga
Dari lena yang bagaikan neraka
Basah. Gelap. Sepi. Berdindingkan batu yang dingin salji. Putih.
Mencari dan menemui
Membalas dan kepuasan
Bangkitlah wahai roh yang terkurung.
Keluarlah dari telaga tujuh nan burung.
Ku seru nama si puteri
Akira hiroshi

Iris matanya mengecil. Mukanya memucat serentak jantungnya berhenti... Sejenis cairan merah pekat keluar mengalir dari hidungnya. Dan sesuatu benda yang terasa seperti mempunyai jisim merempuh tubuhnya.

Bukk
Faris jatuh tidak sedarkan diri.




Aku kembali...

Dendam Akira (completed)🎉Where stories live. Discover now