#5.3 Kejutan Budaya

106 8 2
                                    

Jadual mingguan kelas tertera jelas pada papan kenyataan di belakang bilik darjah. Mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam diajar setiap hari sementara Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani serta Matematik cuma ada pada hari-hari tertentu. Merujuk jadual, bolehlah merancang buku-buku yang patut dibawa ke sekolah. Meskipun begitu, sekali-sekala timbul perubahan jadual secara mengejut.

Yang sedia maklum mengenai pertukaran pula hanya segelintir. Entah bila pengumuman dibuat pun aku tak tahu. Sering kali aku termasuk dalam kelompok tidak menerima maklumat. Gara-gara tidak membawa buku yang sepatutnya, sudah tentulah dihukum. Bergantung pada guru yang berkenaan, terpaksalah bersedia untuk menerima cubitan, penampar, rotan mahupun kena lempar dengan pemadam papan hitam. Ikut tuah badan.

Murid lelaki yang tertinggal pakaian Pendidikan Jasmani lebih malang. Dipaksa bersukan tanpa baju. Orang Johor bilang, berlenggeng. Situasi yang memalukan buat budak montel seperti aku dan memualkan buat mereka yang terpaksa melihat. Setelah beberapa kali terkena batang hidung sendiri (angkara perubahan mengejut jadual), aku sudah serik. Serik tahap gaban.

Jadual kelas aku abaikan terus. Malah, kad jadual yang diperolehi secara percuma sewaktu membeli kasut sekolah aku malas hendak isi. Tiada maknanya. Setiap hari aku akan mengusung kesemua buku teks, baju sukan, cat air, serta recorder. Selang beberapa bulan sahaja, beg sekolah rabak dan perlu dijahit. Silap-silap, tumbesaran diri pun terbantut.    

(TEASER) Budak Meja Belakang - Shah IbrahimWhere stories live. Discover now