#8.1 Kisah Guli Bergolek

64 5 0
                                    

Rumah sewa kami di Taman Dato Penggawa Barat jenis berkembar. Dua tingkat dengan reka bentuk pelik. Masuk pintu utama, terus berada di aras dua. Untuk ke tingkat pertama, perlu menuruni tangga berlingkar. Sepanjang tinggal di situ, aku dan Nana langsung tidak berani turun ke bawah. Gelap. Seram. Pasti banyak lipas. Berkemungkinan besar ada hantu. Lagipun, bilik-bilik di tingkat bawah penuh terisi dengan kotak-kotak barangan yang dibawa pulang dari Scotland. Sebahagian besar masih belum dipunggah sebab kata ayah, kami mungkin perlu berpindah lagi. Jiran sebelah rumah kami sepasang suami isteri berbangsa Cina yang boleh tahan peramah. Aku difahamkan mereka ada seorang anak angkat lelaki. Cuma aku tak pernah nampak.

Orang tua-tua kata kalau terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah, itu alamatnya ada jin. Sepanjang tinggal di rumah sewa, kerap kali juga kami sekeluarga terdengar bunyi seakan guli bergolek. Cuma bunyi itu selalunya datang dari depan rumah (parkir berbumbung) sekitar waktu asar sebelum ayah pulang dari kerja. Biasanya, kami yang lain abaikan sahaja. Suatu hari, aku terpanggil untuk menyiasat. Memandangkan diri ini penakut dalam hal-hal mistik, aku mengajak adik sebagai peneman. Malah aku turut menyuruhnya berjalan dahulu di hadapan. Keji sungguh. Ternyata, kami menjumpai beberapa biji guli. Esok lusa, perkara yang sama berulang.

(TEASER) Budak Meja Belakang - Shah IbrahimWhere stories live. Discover now