The Killer Clown-(03-PJM)
Aku masih lagi tergamam dengan sikap V ni. Garang nak mampus. Kalau tidak dia ni baik je. Pijak semut pun tak mati. Tapi V yang ni..masuk kandang harimau..harimau lari.
"V ak---"
"Siapa V?..aku Taehyung..bukan V" kata V lalu mencapai sebilah pisau yang ada dalam satu sarung yang tergantung kemas di seluarnya. Nak bunuh aku ke?.
"Oh..Taehyung..tapi kau yang suruh aku panggil V kan?" Aku ketawa besar bila teringatkan tentang V..lawak betul muka dia. Hahaha..
"Oii!" V terus menolak aku kebelakang dan lengannya menekan sikit leher aku menyebabkan aku tidak boleh bernafas sedikit.
"Siapa kau..aku nak suruh panggil V hah!?. Kau siapa!?"
Bodoh sakit la.. dia ni dah kenapa?. Aku pegang lengan V. Sakit weh leher aku.
V terus melepaskan leher aku apabila kami terdengar bunyi tapak kaki ditambahkan pula dengan bunyi rantai.
Ting!..ting!..ting!..
Ting!..ting!..ting!..
Telefon aku berbunyi. Bergitu juga dengan V. Aku tengok dia tergamam sambil mata dia difokuskan pada telefon. Aku hanya buat bodoh walaupun Ada satu titik berwarna merah datang kearah kami.
"Bodoh..ni semua sebab kau" kata V.
Eh! Aku jugak kena..dia yang tinggikan suara..
pintu bilik yang ada disebelah kanan terus dibuka oleh V dan tangan aku ditarik oleh dia. Aku hanya ikut langkah dia. Dengan cepat V tutup pintu tu.
"Weh..as--"
V terus tutup mulut aku.
"Shhh!!.diam la budak baru..kalau kau nak hidup atau sayangkan kau punya daging baik kau diam".
Aku blur...ok apa yang berlaku sekarang.
Bunyi tapak kaki dan rantai itu digabungkan membuatkan aku kecut perut. Bunyi tu semakin dekat dan semakin kuat.
Dari bawah pintu aku dapat tengok ada satu bayang sedang melintasi bilik yang aku dan V menyorok. Dalam beberapa minit menunggu barulah bunyi tu semakin jauh dan hilang. V terus lepaskan tangannya dari mulut aku. Puih..masin..
"Benda apa tadi tu?" Soal aku kepada V. Cahaya lampu yang samar-samar ni boleh mambantu aku sedikit untuk melihat wajah V.
"Clown..The Old Clown"
Aku blur lagi.
"Kau ni lembab"
Weh..weh..jangan melebih..aku tomoi jugak budak ni kang.
V berjalan pergi kearah sebuah kerusi dan duduk. Aku juga berbuat bergitu cuma aku duduk diatas lantai lalu badan ini kusandarkan pada dinding. V duduk tidak jauh dari aku.
"Dalam dunia ni.. hanya ada badut..badut yang jahat..kejam..jijik..dan tak berhati perut...makanan diorang adalah daging manusia. Contohnya macam tadi. Tu The Old Clown. Dalam tempat ni ada satu keluarga Clown. Yang akan merayau-rayau disini sebab diorang tahu akan kedatangan manusia"
"Jadi..macam mana aku boleh ada dekat sini. Dan kenapa aku tak tahu apa-apa"
"Aku pun macam kau dulu.. lembab dan tak tahu apa-apa. Tapi kau bernasib baik kerana aku jumpa kau. Tapi aku..."
V menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum menyambung kata-katanya.
"Tak ada siapa yang selamatkan. Aku keluar dari tempat ni dengan ketakutan. Dulu aku pun tak tahu apa tu The Clown. Sehingga aku terjumpa Hoseok. Dia yang bagitahu aku semua. Kau termasuk dalam ni sebab sebuah Game yang bertajuk The Clown 2"
Terkejut aku. What!?. Tu kan game yang aku baru je download. Tapi macam mana?.
"Kau nak tahu macam mana?" Soal V. Aku hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
The Clown Killer-(BTS+PJM)
Mystery / Thrillergame..benda yang paling best dalam dunia ni. tipu la siapa yang kata tak best tu. aku hidup dengan game..game..game.. game yang paling aku suka main adalah THE CLOWN. sehinggalah aku fobia dengan mana-mana badut yang ada atas muka bumi ni. THE CLOW...