The Killer Clown-(08+PJM)
Seok Jin mundar mandir dihadapan pintu bilik wad dimana Jimin berada.
"Sabar la hyung..Jimin hyung ok...mungkin dia terlalu penat kot" kata Jungkook. Sambil-sambil itu sebungkus besar biskut chipmore yang ada didalam beg V dicapai olehnya. Tanpa V sedari biskut chipmore yang dibelinya tadi sudah diambil.
"Penat apa?. Penat main game?..aku rasa ada benda yang tak kena" kata Jin. Yang lain berpandangan antara satu sama manakala Jungkook. Sedang sibuk menikmati biskut Chipmore V sehingga kembung pipinya.
"Weh..biskut Chipmore aku...hyung tengok Jungkook ni" rengek V. Tapi Jin hanya mengeluh manakala Jungkook hanya tersengeh dan sambung makan.
"Jungkook..time-time macam ni kau ingat nak makan je. Cuba fikir pasal Jimin yang ada dalam bilik tu. Aduh.." kata Rapmonster. Yang lain hanya mendiamkan diri.
"Weh..cakap pasal game. Korang tahu tak aku berjaya selamatkan orang" kata V dengan terujanya.
"The Clown2 tu?"
"Yela..game mana lagi.. kitakan satu team so..aku bawak orang tu masuk team kita sebab dia selamatkan aku..time tu aku kena serang dengan The Old Clown"
"Oh..patutla ada budak baru yang masuk team kita" kata Jhope.
"V..kau gila ke?. Mana tahu dia pembunuh. The Clown boleh menyamar la. Kau tak baca arahan ke?" Kata Jin. Sejujurnya dia tidak terima akan budak baru itu. Baginya budak baru itu adalah perangkap yang direka oleh The Leader Clown untuk musnahkan. Mereka.
"Ala..biarlah..ni game je kot..bukannya betul-betul" kata Rapmonster.
"Tapi..muka yang ada dalam game tu macam muka Jimin" kata Jungkook setelah biskut Chipmore yang dimakannya sudah habis.
Yang lain. Terus ketawa terbahak-bahak.
"Jimin?. Ya tuhan..Jungkook..kau ni terlalu rindukan Jimin ke apa? Tu Jimin ada dalam bilik tu.. hahahaha..kau ni buat lawak Negara Korea la" kata Suga.
"Betul la.. muka avatar tu macam Jimin. Cuba korang tengok betul-betul. Masa aku mula download dulu tak ada. Lepas je si V ni invite dia masuk team kita terus aku nampak muka Jimin".
"Dah jungkook oi...aku rasa otak kau dah kena kawal dengan biskut chipmore ni. Jimin dalam game? Hahaha..lawak"
"Ish..korang ingat aku tengah buat lawak ke. Aku rasa Jimin dah termasuk dalam game tu" kata Jungkook lagi.
"Tak pernah dengar lagilah manusia masuk dalam game. Kau ni pun nak cakap tu biar logik. Kalau Jimin masuk dalam game..mesti kita takkan jumpa dia"
Dalam beberapa minit pintu bilik itu dibuka. Menyebabkan mereka semua diam.
Seorang lelako berpakaian segak berdiri dihadapan pintu itu. "Jimin..dalam kritikal. Kami tak nampak kesan dipukul atau apa-apa. Mungkin dia pengsan semasa tidur kerana degupan jantungnya tidak stabil. Nadinya pula lemah.." terang doktor itu.
"Aku rasa jimin masuk dalam game..mungkin roh dia je yang masuk....tapi jasad dia ada dekat sini"
Doktor itu memandang Jungkook seperti berkata 'asal budak ni'
"Oh kalau macam tu..kami balik dululah..biar jimin berehat dulu..sebelum tu..doktor jangan bimbang..budak Jungkook ni memang macam ni..terlebih makan biskut" kata Seok Jin. Terus mereka mengheret Jungkook keluar dari hospital tu.
YOU ARE READING
The Clown Killer-(BTS+PJM)
Mystery / Thrillergame..benda yang paling best dalam dunia ni. tipu la siapa yang kata tak best tu. aku hidup dengan game..game..game.. game yang paling aku suka main adalah THE CLOWN. sehinggalah aku fobia dengan mana-mana badut yang ada atas muka bumi ni. THE CLOW...