The Killer Clown-(05+PJM)

Tak...tak mungkin.. pisau tu terus aku cabut dan aku baling kebelakang.

V dah rebah kelantai. Tak mungkin..aku tikam badut tu tadi bukannya V.

"V!.." aku pergi kearah V dan aku angkat kepala dia dan letakkan diatas riba aku.

"Ji...jimin..a..a..aku mintak maaf..kalau..a..aku..sakitkan kau..." kata V. Darah keluar dari mulutnya. Aku cemas. Mata aku mula berpeluh.

"V.. no..no..aku tahu kau kuat. Aku tahu kau kuat.. tolonglah bertahan.. please..aku perlukan kau"

"Ji..jimin..ambil beg..a...aku.. dalam tu..a..ada alat un..untuk kau lawan badut tu.. guna fon aku.. se..sebab..aku------" V terus menutupkan matanya. Adakah aku dah bunuh V? Adakah V dah mati. Tak..tak..V tak boleh mati.

"V..bertahan..aku akan jaga kau" tubuh V ku dukung dibelakang (faham an).

Manakala beg galas ku galas dihadapan. Ini bukan kira berat atau tidak. Aku hanya perlu fikir tentang nyawa V. Nyawa kawan baru aku. V tolong bertahan.

Setiap langkah dan setiap belok aku dapat dengar bunyi gelak tawa yang sangat mengerikan. Syukur sepanjang perjalanan aku tadi tiada langsung badut yang datang menyerang.

Dalam 2 jam aku berjalan barulah aku dapat jumpa jalan keluar. Pintu itu terbuka luas. Aku berasa gembira apabila ada cahaya masuk kedalam tempat ni.

"Ji..jimin"

"V?..kau dah sedar?"

"Terima kasih"

Aku hanya tersenyum. Kasihan V. Kerana badut durjana tu aku tertikam V. Badut ni memang perlu diajar!.

"Taehyung hyung!!"

"Taehyung!!!"

Dari dalam aku dapat dengar suara orang memanggil V. Aku mempercepatkan langkah dan akhirnya aku keluar dari tempat kotor tu.

Aku lihat ada 5 orang lelaki. Mereka tergamam memandang kearah aku.

"Kau.. kau siapa?"

Soal seorang lelaki yang wajahnya sangat comel. Semestinya dia ialah Jungkook. Kenapa dia ada dekat sini.

"Ko...korang"

"Taehyung."

Diorang terus membantu aku meletakkan V kebawah. V aku lihat semakin lemah kerana kehilangan banyak darah.

"Ni semua salah badut durjana tu. Biar aku masuk dan bunuh badut tu!" Kata aku dengan geram. Muka badut sudah terbayang-bayang di fikiran. Geram betul aku dengan benda hodoh tu

Tapi perbuatan aku dihalang. "Jangan. Badut tu bahaya. Diorang hilang bagaikan kilat. Dalam sekelip mata sahaja kau akan dibunuh.. contoh seperti Taehyung..."

Kata Rapmonster atau namanya Kim Namjoon.

Aku tunduk. Disebabkan akulah V ditikam. Bodohnya aku kerana sanggup menikam kawan aku sendiri.

Diorang aku lihat sedang membantu Seok Jin mendukung V sebelum mereka berjalan pergi. Manakala aku? Masih berdiri di sini. Rasa bersalah pula.

V..maafkan aku.. aku tak ada niat untuk tikam kau.

Tetapi yang peliknya.. mereka semua sama macam kawan aku yang ada didunia sebenar.

"Bukan salah kau pun kan?"

Aku terus menoleh kebelakang.

"Suga" kata aku perlahan. Aku lihat Suga berjalan datang kearah aku. Bahu aku ditepuknya lembut.

"Nama aku yoongi.. min yoongi..." katanya. Aku hanya tersenyum kecil.

"Dah jom..ikut kami...aku tahu kau orang baru..nanti aku kenalkan tentang semua ni"

"Tapi Taehyung dah bagitahu"

"Itu tidak cukup Jimin...itu tidak cukup"

Dia..dia tahu nama aku?..

Ni no 5 ni terpaksa di terbitkan balik..huargg..pakcik wattpad buat hal

The Clown Killer-(BTS+PJM)Where stories live. Discover now