The Killer Clown-(04+PJM)

(19/7/2017)

Pintu hadapan rumah Jimin diketuk berkali-kali oleh 6 orang manusia yang segak bergaya.

"Oii!!..jimin!!..kau ada ke tak oi.kitorang datang nak beraya ni!" Jerit jungkook. Lalu kepalanya terus dicepuk oleh seseorang.

"Kau kenapa budak..raya dah lepas weh"

Jungkook mengusap-usap kepalanya yang ditampar oleh Seok Jin. Ikutkan hati nak je budak tu buat balik. Tapi apakan daya. Dia kena hormat orang yang lebih tua daripada dia. Kesian kau jungkook.

V dengan selambe rocknya terus memulas tombol pintu rumah Jimin. Semua orang terkejut dengan tindakan V yang telah pun masuk kedalam rumah tersebut.

"Oi..V. kau buat apa?" Tanya Jhope. V menoleh. Dia hanya mengabaikan kawan-kawannya dan melangkah menuju ketingkat atas.

Semua orang ikut langkah V. Jhope dan Jungkook sudah berpelukan sambil melangkah masuk.

"A..anyeonghaseyo..ji...jimin"

Suga melihat mereka berdua. Sempat lagi dia memflipkan rambutnya. "Swag"

"Jimin!!!!"

Mereka berlima terkejut apabila terdengar suara orang menjerit. "Laju betul budak V ni naik atas" kata Rapmonster.

"Dah jom naik!" Seok Jin berlari naik keatas. Bergitu juga dengan kawan-kawannya yang lain.

"Kau kenapa V?" Soal mereka serentak.

"Jimin tak sedarkan diri!"

"Apa?!!"

"Jom bawak dia pergi hospital.. biar diorang bedah siasat. Mesti ada pencuri masuk" kata Rapmonster. Yang lain menganggukkan kepala mereka dan membantu V mengangkat Jimin yang tidak sedarkan diri itu.

Agak-agak berat tak? 😐

(23/7/2017)

Aku mengekori langkah V dari belakang. Kami berjalan dengan penuh berhati-hati. Manalah tahu belok-belok je datang badut serang kitorang. Boleh melayang nyawa aku sebab terkejut.

"Kau dah tahukan sebab dia?" Soal V. Aku hanya menganggukkan kepala.

Semakin lama kami berjalan semakin gelap keadaan disini menyebabkan kami terpaksa berpegangan tangan.

Muehehe...aku yang pegang tangan V..bukan V.

"Aku nak kau diam. Matikan cahaya telefon kau" kata V.

Baru aku sedar yang telefon aku ni masih bercahaya..aku terus tutup telefon aku.

Sekali lagi kami terdengar bunyi tapak kaki dan rantai yang diseretkan dilantai. Tapi kali ni bunyi tu sangat laju seperti sedang berlari menuju kearah kami.

"Jimin!!!!"

Secara tiba-tiba V melepaskan pegangan tangannya.

"Jimin!!.. to..tolong aku...shit!!..sakit la bodoh!!"

"V!!. Mana kau!?"

Macam mana aku nak tolong dia dalam keadaan yang macam ni. Dah la gelap.

"Guna fon kau la!!..cepat sikit!!"

Gu..guna fon..guna fon??. Aduh..macam mana..

Tetiba aku teringatkan sesuatu..

"Guna telefon kau untuk bunuh badut-badut tu. Ingat...ni semua game. Tekan senjata yang ada pada game tu. Dan secara automatik senjata tu akan ada ditangan kau".

"Yes..aku dah tahu"

Dengan kalut aku membuka kembali telefon aku. Aku dapat tahu kedudukan kami sekarang. Memang masih jauh perjalanan kami untuk keluar dari sini.

"Jimin...pa...palli...a..aku dah..tak..tahan"

Dengar sahaja suara V. Aku dah dapat tahu yang V semakin lemah. Aku cari dimana tempatnya untuk aku dapatkan senjata. Aku tengok kiri. Ada satu kotak yang tertulis all.

Apa lagi terus aku tekan butang tu. Dan wow.. bermacam jenis senjata yang ada. Gila..wehhh..

"Ji..jimin..."

"Sabar V.. aku datang"

Aku pilih senjata. Tak guna semua berkunci. Yang ada hanya pisau. Aduh mak.

Grrrrrrr!!..

Dapat aku rasa ada satu hembusan ditepi telinga aku. Glup..adakah itu badut yang durjana tu. Oh tidak

Aku terus tekan budak yang ada corak pisau tu. Memang betul kata V. Pisau ni automatik ada dalam genggaman tangan aku.

"Ji----"

Gedebuk bunyi seperti jatuh. Aku tergamam. Adakah itu V. Tak..tak mungkin..

Sekali lagi hembusan itu menyapa telinga aku.

"Kau badut!!!!!!!!!"..

Sekali hayun sahaja pisau ini sudah menusuk masuk kedalam perut benda itu.

Secara tiba-tiba lampu terbuka.

Aku terkejut.. apakah?..

The Clown Killer-(BTS+PJM)Where stories live. Discover now