Bab 9

7.2K 156 0
                                    

"Sara...you balik dulu...nanti I settlekan maid ni,"balas Azri dengan tenang. Dia cukup tidak senang dengan kehadiran wanita muda itu kerana wajahnya iras-iras dengan wajah arwah isterinya.Melihat wajah sara yang iras benar dengan Aisyah Natasya, dia teringat kembali peristiwa yang lalu. Kasih sayang yang dipupuk tidak pernah pudar,setianya tetap ada untuk arwah isterinya yang telah lama tiada.

"Tapi I baru...,"

"You jangan risau...lepas I settlekan maid ni...I akan jumpa you petang ni,"pintas Azri sebelum Sara menghabiskan kata-katanya.Azri mengukir senyuman yang kelat.

"Okay...jangan lupa jumpa I petang ni,"balas Sara sambil berjalan menuju ke pintu utama.Dalam pada itu sempat juga sara memandang ke arah Adriana.Dia mengukir senyuman sinis ke arah Adriana sebelum berlalu pergi.

"Siapa beri kebenaran dekat kau untuk buat. sesuka hati dalam rumah aku!,"bentak Azri.

"s..sa..ya..saya tak bersalah pun...perempuan tuh yang mula dulu,"balas Adriana.

"Aku tak pedulilah siapa mula dulu! sekarang aku nak kau ambil baju aku yang berlambak dalam bakul tu... kau cuci pakai tangan!!,"bentak Azri lagi.Dia terus berlalu pergi meninggalkan Adriana.

'garang gila badang tua kerepot tu...kecut perut aku'desis Adriana.

"Lebih baik aku cuci sekarang...nanti tak sempat pulak nak jumpa abang aku,".
Dia terus menuju ke bakul yang berlambak dengan baju.

"Banyaknya baju kotor...busuk pulak tu...daripada aku cuci tangan baik aku guna mesin,".
Dia segera menghumban kesemua baju kotor ke dalam mesin basuh.Ligat tangannya menekan punat-punat yang ada pada mesin basuh itu.Tidak sampai 40 minit kemudian,mesin basuh itu berbunyi.

"Yes..dah siap,".Dia mengambil kesemua pakaian tadi untuk dijemur di luar.

"Kenapalah garang sangat si badang tua kerepot tu..tak habis-habis cari salah aku,".

"Memang malanglah siapa jadi isteri dia,".

"Amboi seronok nampak mengumpat pasal aku,"tegur satu suara dari belakang.

'Alamak...macam mana dia boleh ada dekat sini'desis Adriana.Adriana memandang lelaki itu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Hah..yang pandang aku macam tu kenapa?betullah kan kau mengumpat aku,"balas Azri sambil mula melipat kedua-dua belah lengan bajunya.

"Eleh perasan betulah awak ni...saya bukan mengumpat awak tapi saya mengumpat jiran sebelah,"bohong Adriana.

"Sekali lagi aku dengar kau mengumpat pasal aku..siap kau,"ugut Azri.

"Hish kan saya dah kata saya tak mengumpat pasal awal...tadi bukan awak dah pergi office ke?,".Adriana menukar topik.

"Aku terlupa bawa dokumen penting,"balas Azri.Matanya tidak lepas memandang Adriana.

"Bukan tadi aku suruh kau cuci dengan...,"belum sempat dia menghabiskan kata - katanya, telefonnya berbunyi.Sekali lagi dia meninggalkan Adriana.

"Apahal si badang tu kerepot tu pandang aku macam aku buat salah,"soal Adriana sendirian.
Dia memandang baju yang dijemurnya tadi.Adriana menepuk dahinya perlahan atas kesilapannya sendiri.

EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDAWhere stories live. Discover now