Bab 43

5.5K 118 1
                                    

Selesai sahaja meeting dengan Puan lisa, dia bergegas menuju ke bilik pejabatnya. Pintu bilik dipulas. Kakinya menapak menghampiri meja. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi seraya membuka komputer ribanya. Jam tangan dikerling sekilas sebelum matanya kembali pada skrin komputer ribanya. Jari jemari Rania pantas menekan papan kekunci komputer ribanya. Pandangannya langsung tidak terkalih dari skrin monitor. Fokusnya hanya tertumpu pada projek apartmen mewah yang akan dibentangkan esok.
"Cik Rania," panggil satu suara dari luar bilik pejabatnya. Pintu bilik pejabatnya diketuk bertalu-talu.
"Masuk,"arah Rania. Matanya masih terarah pada skrin laptopnya.
"Cik Rania…ini laporan kewangan projek kompleks membeli belah dekat Johor. Saya dah siapkan,"ujar Malik sambil menghulurkan sebuah dokumen kepada Rania. Jari jemarinya terhenti seketika. Dokumen yang dihulurkan oleh Malik dicapainya. Dia meneliti setiap lembaran laporan yang disediakan oleh Malik.
"Kenapa laporan awak ni tak lengkap? Mana laporan tahun 2016 ?,"soal Rania sambil memandang tajam ke arah Malik. Rania menunjukkan riaksi tidak berpuas hati. Suhu bilik itu tiba-tiba menjadi sejuk membeku. Malik sudah semakin cuak.
"Saya tak jumpa item perbelanjaan 2016 ,"balas Malik.
"Alasan! Kalau nak mengeluh baik tak payah datang kerja!,"Bidas Rania seraya mencampakkan laporan kewangan ke atas lantai.
Malik terdiam. Tidak mampu bertentang mata dengan Rania. Dia hanya menundukkan pandangannya.
"Keluar! Saya nak awak buat balik laporan kewangan ni! Dan saya nak awak cari item perbelanjaan 2016 sampai dapat!,"suara Rania meninggi.
Malik mengutip semula dokumen laporan kewangan yang jatuh betul-betul dihadapannya sebelum berlalu pergi.
Pandangannya tertumpu semula pada  komputer ribanya. Jari-jemarinya kembali menaip sesuatu. Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berdering namun dibiarkan saja. Matanya masih tertumpu pada skrin monitor. Selepas dia siap menaip laporan penuh projek apartmen mewah, barulah dia menyeluk telefon bimbitnya didalam beg tangannya. Dia melihat senarai panggilan yang tidak diangkat pada skrin telefonnya. Sudah berbelas kali telefonnya berbunyi. Semuanya dari nombor yang sama. Dia mendail semula nombor itu. Kedengaran suara Azman dihujung talian.
"Hello…cik Rania,"ujar Azman.
"Ada apa call saya?,"soal Rania.
"Tempahan kek hari jadi dah siap jadi cik Rania boleh ambil dekat kedai kek,"balas Azman.
"Okay…macam mana persiapan dekat sana?,"soal Rania.
"Hampir 85 peratus siap,"kata Azman.
"Hmm…nanti lepas saya ambil kek, saya pergi sana terus,"kata Rania sebelum mematikan telefonnya.

EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDAWhere stories live. Discover now