Bab 45

11.4K 224 50
                                    

Jam sudah berganjak ke 10.30 malam. Semua tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing. Saudara mara terdekat juga sudah pulang. Pinggan dan mangkuk sudah dicuci. Plastik sampah yang sudah penuh diikat simpul agar sampah tidak melimpah keluar. Baru sahaja dia mengeluarkan plastik sampah dari tong dia dicegah oleh Azman yang muncul entah dari mana.
"Kerja ni biar saya yang buat…cik Rania boleh rehat dulu,"ujar Azman seraya mencapai plastik sampah dan berlalu pergi. Selepas Azman tidak kelihatan lagi dihadapannya, dia membuat regangan bagi menghilangkan lenguh. Dari ruang tamu, bunyi suara kanak-kanak riang dapat didengari. Rania berjalan menghampiri ruang tamu. Dari jauh dia ternampak Aqil yang sedang sibuk membuka satu persatu hadiah yang berada diatas meja. Rania tersenyum lebar.
"Eh! Rania marilah duduk sini,"tegur puan Sri Aryna setelah melihat kelibat Rania yang sedang memasuki ruangtamu. Aqil yang tadinya sibuk membuka hadiah, berlari kearahnya. Tangan Rania dicapai dan ditarik ke sofa. Rania berlabuh disofa disebelah Mariam manakala disebelah kanannya pula Aqil.  Aqil tersenyum manja. Lengan Rania dipaut erat oleh Aqil.
"Amboi!manja betul cucu atuk ni…dengan atuk sombong,"kata Tan sri Mazlan sambil menjuihkan bibir.
"Aunty…Aqil nak hadiah…,"kata Aqil dengan manja.
Mulut Tan sri Mazlan sudah muncung setelah melihat Aqil tidak mengendahkannya. Kelakuan Tan sri Mazlan benar-benar mencuit hatinya. Wajah polos Aqil dipandangnya kembali.
"Aqil nak apa?,"soal Rania.
"Aqil nak panggil aunty…mama,"balas Aqil sambil tersenyum .
Rania terpana mendengar permintaan Aqil. Sungguh tidak terduga. Tan sri Mazlan, puan Sri Aryna dan Mariam tidak menunjukkan reaksi terkejut tetapi hanya senyuman sahaja yang terbit dibibir mereka.
"Err…aunty okay kalau Aqil nak panggil Aunty mama tapi kena tanya papa dulu,"kata sambil memandang Hafiz yang langsung tidak membuat sebarang reaksi. Langsung tiada senyuman diwajah itu. Tidak dinafikan bahawa lelaki itu memang kacak. Biarpun wajahnya sahaja boleh menggugat mata-mata yang melihatnya tetapi bukan mata Rania. Rania sudah menganggap lelaki itu tidak lebih daripada seorang kawan.
"Okay,"jawab Hafiz dengan ringkas.
"Yey! Aqil ada mama,"kata Aqil sambil memeluk tubuh Rania.
Rania juga membalas pelukan Aqil. Tersentuh hatinya mendengar Aqil memanggilnya mama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDAWhere stories live. Discover now