Bab 31

6.7K 148 3
                                    

Matanya tidak berkelip memandang apa yang terbentang. Dia yakin matanya tidak salah melihat. Penampilan gadis yang berada dihadapannya jauh berbeza dari pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu. Gadis itu mengenakan blaus berwarna putih dengan skirt labuh berwarna hitam sampai ke buku lali. Gadis itu juga turut mengenakan solekan nipis. Dia akui, solekan diwajah gadis itu sungguh kelihatan simple berbanding solekan tebal yang dilihatnya sebelum ini. Jika gadis dihadapannya masih memakai solekan tebal seperti yang dilihat sebelumnya sudah pasti gadis itu dapat menarik perhatian para penerbit filem hantu, fikirnya.
'Bukan dia kot'monolognya dalam hati.
"Hai!,"sapa gadis itu.
"Hai?awak ni siapa ya?,"soal Adriana.
"Hish!you ni takkan lupa I kot!ni Sara lah!,"balas Sara.
Adriana terkejut apabila mendengar nama itu tiba-tiba keluar dari mulut gadis itu.
"Pasal hari tu, I minta maaflah ya sebab berkasar dengan you,"
Tak sempat dia menjawab, tiba-tiba muncul satu suara.
"Ana!buat apa dekat pintu tu!masuklah!,"
Tangan Adriana terus ditarik oleh Sara menuju ke ruang tamu. Dia berlabuh disebelah Puan Aziah manakala Sara pula menuju ke dapur.
"Macam mana dekat universiti?okay?,"soal Puan Aziah.
"Semua okay je nenek…,"balas Adriana.
"Baguslah kalau macam tu,kalau ada apa-apa masalah bagitahu je Azri,"kata Puan Aziah.
"Mana abang Azri nenek?,"soal Adriana.
"Dia tu kan hantu kerja, hari ni cuti pon dia nak jugak buat kerja hantu dia tu,"balas Puan Aziah.
Adriana hanya ketawa kecil apabila mendengar Puan Aziah menyamakan cucunya dengan hantu.
"Nah ni nasi goreng tomyam special yang I masak makanlah,"sapa Sara yang baru keluar dari dapur membawa sepinggan nasi goreng tomyam dan jus oren.
"Err…terima kasih?"
"Air ni pon special jugak tau,"kata Sara.
"Makanlah…nenek dah makan tadi,memang sedap betul,"puji Puan Aziah.
"Rasa tak elok pulak kalau saya makan tapi orang lain tak makan,"kata Adriana.
"Takpa…I dengan nenek dah makan dah tadi,"kata Sara.
"Betul cakap Sara tu…makanlah,kamu ingat nenek tak dengar ke perut kamu bunyi kriuk krak kriuk krak,"kata Puan Aziah.
"Agaknya kalau dibiarkan lebih lama, boleh buat lagu dah ni,"selorohnya lagi.
Adriana hanya tersenyum malu.
"Saya makan dulu lah ya…,"kata Adriana.

EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDAWhere stories live. Discover now