Pintu dikunci rapat. Suasana seram sejuk menyerang Adriana. Tangannya masih digenggam oleh Azri.
"Lepaslah,". Adriana meronta-ronta minta tangannya dilepaskan. Azri yang tersedar dengan keadaan itu,cepat-cepat dia melepaskan tangannya.
"Saya nak penjelasan daripada awak,". Adriana mula menyoal. Azri memandang sekilas ke arah Adriana, kemudian dia berjalan ke arah bagasi yang berwarna coklat miliknya. Dia mengambil kain tuala dan berlalu ke bilik air.
'Dia ingat aku tunggul ke!sabar Adriana...'desisnya dalam hati.
Selang beberapa minit,Azri keluar dari bilik air.
"Saya nak penjelasan daripada awak!,". Sengaja dia menguatkan volum suaranya supaya Azri menoleh kearahnya.
"Penjelasan apa?,"soal Azri.
"Kenapa awak yang jadi suami saya?,".
"Patutnya aku yang tanya kau kenapa kau yang jadi isteri aku,".
"Kau ingat aku nak sangat jadi suami kau,"sambungnya lagi.
"So, kalau awak tak suka...kenapa awak setuju kahwin dengan saya?,"soal Adriana.
"Kau tak payah tahu ,"balas Azri.
"Kenapa kau setuju dengan perkahwinan ni?,"soal Azri pula.
"Awak tak perlu tahu kot,"balas Adriana. Azri merenung tajam ke arah Adriana. Namun renungannya tidaklah tajam menikam. Secara tiba-tiba Adriana kaku dihadapan lelaki itu. Masing -masing tidak bersuara.
Azri menarik nafas panjang.
"Dah habis ke sesi discussion?kalau dah habis aku nak pakai baju,". Azri mula bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Adriana yang baru perasan yang Azri tidak memakai baju. Hanya tuala sahaja yang dipakai sampai ke paras lutut.
"Hish! tak malu ke tak pakai baju!,". Adriana mengalihkan pandangannya ke tempat yang lain. Tanpa menghiraukan reaksi yang ditunjukkan oleh Adriana, Azri menapak ke arah bagasinya dan mengambil sepasang baju tidur. Belum sempat Azri menanggalkan tuala, Adriana bertempik.
"Awak nak pakai baju tu dekat sini!awak tahukan saya masih lagi ada dekat sini!,".
"So? Apa masalahnya?kau kan isteri aku,".
Azri mula membuka tualanya.
"Wait!?,"jerit Adriana sambil tergesa-gesa masuk ke dalam bilik air. Azri tergelak kecil mendengar Adriana terkumat-kumit menyumpah seranah. Hati Adriana bertambah panas mendengar ketawa kecil Azri. Beberapa minit telah berlalu.
'Lamanya pakai baju!Dia buat baju ke dekat luar tu'getusnya dalam hati.
"Awak dah pakai baju ke?,"soal Adriana.
Tidak ada sebarang respons yang diterima dari Azri. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air. Matanya automatik tertancap pada Azri yang sedang lena tidur diatas katil. Dengkuran halus didengari oleh Adriana.
'Tidur rupanya!kurang asam betul'getus Adriana.
"Kalau dia tidur situ...aku nak tidur mana?Takkan nak share katil,"keluh Adriana perlahan.
YOU ARE READING
EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDA
RomanceAdriana Maria seorang anak kepada usahawan yang kaya raya sukar untuk jatuh cinta dengan lelaki kerana suatu incident yang hampir berlaku keatas dirinya.Namun selepas berjumpa dengan seorang duda aka "badang tua " yang merupakan businessman yang be...