Sudah hampir 20 minit dia berdiri di luar klinik. Kelibat kereta Anis langsung tidak kelihatan. Mulutnya bergerak-gerak seperti membebel sesuatu yang sukar difahami. Sesekali dia akan menggerakkan lehernya ke kiri dan kekanan untuk menghilangkan rasa lenguh. Pintu kaca klinik dipandang.
"Nak masuk balik ke?tapi aku tak suka bau ubat,"katanya sendirian.
Dia membuang pandang ke arah sekeliling. Dari jauh, dia terpandang sebuah Maruti Swift berwarna hitam yang berhenti tidak jauh darinya. Cermin kereta diturunkan. Kelihatan seorang wanita bertudung yang berusia hampir 40-an sedang memandangnya.
"Adik sini kejap!akak nak minta tolong,"ujar pemilik kereta itu.
"Saya?,"soal Adriana kehairanan selepas menoleh kekiri dan kekanan bagi mencari kepastian. Pada ketika itu memang tidak ramai yang lalu lalang dikaki lima dihadapan klinik itu.
"Ya,"balas pemandu itu.
Adriana mengorak langkah untuk menghampiri kereta itu.
"Ada apa…,"belum sempat dia meneruskan kata-katanya, mulutnya ditekup dengan sapu tangan dari belakang. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri. Namun rontaan semakin lemah. Bau kuat dari sapu tangan menyebabkan dia pening. Pandangannya mula kelam. Segala-galanya menjadi gelap-gelita.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Adriana membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya berpinar. Dia mahu menyentuh kepalanya namun kedua-dua tangannya diikat mati dengan tali. Kakinya juga turut diikat.
"To..tolong," Adriana meraung dengan harapan ada orang mendengar suaranya. Berkali -kali dia meraung tetapi hanya bunyi cengkerik dan unggas sahaja yang dapat didengari.
YOU ARE READING
EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDA
RomanceAdriana Maria seorang anak kepada usahawan yang kaya raya sukar untuk jatuh cinta dengan lelaki kerana suatu incident yang hampir berlaku keatas dirinya.Namun selepas berjumpa dengan seorang duda aka "badang tua " yang merupakan businessman yang be...