Ding,dong!
Bunyi loceng pintu rumah yang kedengaran bertalu-talu mengejutkan suasana tatkala itu. Adriana yang sedang membasuh pinggan terhenti seketika.
"Siapa pulak yang datang petang-petang ni,"omel Adriana.
'Takkan parents si badang tua tu pulak'desisnya dalam hati.
"Ana pergilah buka pintu tu!,"jerit Mak Itah dari tingkat atas.
Adriana membasuh tangannya dan terus bergerak ke arah pintu dengan laju. Pintu dibuka luas. Kelihatan ramai yang berdiri di luar membawa peralatan dan kotak.
"Ada apa ya?,"soal Adriana.
"Ni...pembantu peribadi Encik Azri suruh pekerja-pekerja ni maghi buat decoration,"balas Pakcik Bahar selaku security guard yang diupah oleh badang tua untuk menjaga pintu gate utama.
"Huh?Decoration,"soal Adriana lagi.
"Lagi tiga hari lagi Encik Azri nok nikoh doh...,"balas Pakcik Bahar.
Dia terkejut mendengar berita itu. Sedaya upaya dia mengawal reaksi terkejut.
"Oooh...masuklah buat apa yang patut,"Adriana menjemput mereka masuk. Adriana terus menuju ke dapur untuk menyambung tugasnya.
"Ana...Ana,"sapa seseorang dari belakang.
"Siapa yang datang tu?,"soal Mak Itah.
"Wedding planner,"kata Adriana.
Mak Itah hairan dengan dua perkataan yang keluar dari bibir gadis itu.
"Mak Itah pun tak tahu jugak pasal benda ni?,".
"Benda apa?,"soal Mak Itah.
"Lagi tiga hari Encik Azri dah nak kahwin,".
"Huh...Alhamdulilah,berjumpa jugak jodoh yang baru untuk Encik Azri ,".
Adriana hanya melakar senyuman melihat gelagat Mak Itah.
"Mak Itah...Ana nak tanya something ni,".
Mak Itah memandang Adriana.
"Mana parents Encik Azri?takkan mereka tak datang jenguk anak sendiri,".
"Datin dan Datuk busy dengan perniagaan masing-masing lagipun Encik Azri tu nak hidup berdikari,".
"Ohh...patutlah saya tak pernah nampak,"
"Ana...Mak Itah nak sambung buat kerja dekat atas,".
"Okay...,".
Mak Itah melangkah pergi meninggalkan Adriana.
'Siapalah perempuan yang malang nak dekat dia'desis Adriana.
"Dahlah garang,tak sopan,tak sweet,talam dua muka pulak tu,"kutuk Adriana dengan nada perlahan.
YOU ARE READING
EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDA
RomansaAdriana Maria seorang anak kepada usahawan yang kaya raya sukar untuk jatuh cinta dengan lelaki kerana suatu incident yang hampir berlaku keatas dirinya.Namun selepas berjumpa dengan seorang duda aka "badang tua " yang merupakan businessman yang be...