"Awak pilih yang mana ewahhh....perawan atau janda...".Adriana bernyanyi riang di dapur mewah.
"Amboi gembira nampak!",sapa Mak Itah sebaik sahaja melihat Adriana.Tangannya ligat mengacau milo panas di cawan,tapi matanya pula terarah tepat kepada Adriana.
"Mestilah saya gembira...sebab abang saya nak balik hari ini,"balas Adriana.Dia terus duduk di kerusi meja makan yang sudah siap terhidang dengan sarapan pagi.Kecur air liur Mak Itah melihat nasi goreng kampung yang masih berasap itu.
"Kamu masak ke Ana?,"soal Mak Itah.Dia bergerak menuju ke arah meja makan dan terus duduk disebelah Adriana.
"Yup,".Tangannya mula merayap ingin menyudu nasi goreng kampung ke dalam pinggan Mak Itah.Mak Itah mula menjamah makanan yang dimasak oleh Adriana.
"Wah,sedapnya kamu masak nasi goreng kampung nih...untung siapa jadi suami kamu,"kata Mak Itah.Adriana hanya mengukir senyuman yang manis.
"Kamu kata...abang kamu balik hari ni?tak sangka pulak kamu ada abang...,"sambung Mak Itah lagi sambil menambah nasi goreng kampung ke dalam pinggannya.
'Amboi..macam tak makan setahun...agaknya si badang tua kerepot tu tak bagi makan kot'desis Adriana.
"Yup..abang saya baru habis belajar dekat luar negara..hari ni dia balik nak bantu uruskan syarikat dekat sini,"balas Adriana.
"Luar negara?syarikat?? kamu ni anak orang kaya ke?,"soal Mak Itah kehairanan.
"Hish...Mak Itah ni..saya bukan anak orang kaya pun...abang saya tu dapat biasiswa dekat sana,so bila habis belajar dia balik sini untuk uruskan syarikat kawan dia,"bohong Adriana.
"Hmm..takpalah Mak Itah saya nak sapu sampah dekat depan tuh...,"sambung Adriana lagi sambil meninggalkan Mak Itah sendirian.Mak Itah sekadar mengangguk tetapi matanya tidak lepas memandang Adriana.
'Fuh nasib baik dia percaya..kalau tidak jatuh lah saham aku kalau ada yang tahu aku anak Dato Azam kerja dekat sini jadi maid badang tua kerepot tu'desis Adriana.Dalam kekalutan menuju ke tempat stor untuk mengambil penyapu,tanpa sengaja Adriana telah terlanggar seseorang.Adriana memandang ke arah orang yang melanggarnya.Berdiri dihadapannya,seorang perempuan kurus,berkulit putih dan berpakaian seksi yang sedang memandangnya dengan muka merona kemerahan.Mata perempuan itu memandang tajam ke arah Adriana dengan wajah yang bengis.
"Err..err sorry saya tak sengaja..err..,"tergagap-gagap Adriana memohon maaf.
"Sorry?!!Girl!! are you out of your mind?!!,"jerkah perempuan itu.
"Hey!! jalan tu pandang depan...you ingat rumah ni you punya ke hah!!!apa you buat dekat rumah ni?!!,"jerit perempuan itu sambil menunjal-nunjal kepala Adriana.Adriana pantas menolak kasar tubuh perempuan itu sehingga perempuan itu jatuh ke atas lantai.
'padan muka...belum pernah lagi yang berani menunjal kepala aku'desis Adriana.
Adriana mengukir senyuman sinis kepada perempuan itu."Apa bising-bising ni? Aku nak buat kerja pun tak boleh," tegur satu suara yang datang dari belakang.
"Az!!tengok maid you ni...dia tolak I,"jerit perempuan itu sambil bangun dari tempat dia jatuh dan menuju ke arah Azri yang hendak menuruni tangga.Azri memandang Adriana dengan renungan tajam.
'Alamak..matilah aku...badang tua kerepot tu mesti bunuh aku...menyesal aku tolak minah tak cukup kain tuh!!!'desis Adriana sendirian.
YOU ARE READING
EH BIAR BETUL?SUAMIKU DUDA
RomanceAdriana Maria seorang anak kepada usahawan yang kaya raya sukar untuk jatuh cinta dengan lelaki kerana suatu incident yang hampir berlaku keatas dirinya.Namun selepas berjumpa dengan seorang duda aka "badang tua " yang merupakan businessman yang be...