WARNING !
First, aku nak pesan kat korang, ff ni ada part2 yang tak sesuai untuk readers yang berumur tidak lebih daripada 18 tahun. Tapi kalau otak korang tu dah kotor macam aku ni (lel), suka hati korang lah.
Read at your own risk.
If you have anything to ask, just send me your message on my message board or just dm me ;)
(2020)- Aku tukar nama MC ff ni from Junjye to Miyoung sbb nama 'Junjye' tu just- too ugly for me? Yea. And Miyoung means everlasting beauty.
☟☕☟
..........
miyoung.
"Mwo!?" aku menggenggam kuat tanganku lalu menghentak meja kaca yang terletak di hadapanku. Aku tidak kesahlah jika meja itu pecah sekalipun, yang aku kesah sekarang ni, aku amat terkejut.
Appa memandang aku dengan wajahnya yang berkerut tahan marah. Tangannya yang berketar seperti ingin menampar pipiku itu aku pandang, aku meneguk air liurku. "Appa nak tampar Miyoung, tampar lah! Miyoung tidak kisah! Tapi jebal, Miyoung tak nak kahwin lagi! I'm not ready yet!"
"Miyoung... Please dengar penjelasan kami dulu ye." pujuk perempuan disebelahku, tak lain tak bukan, dia lah omma tiri ku.
Aku memandangnya menyampah. "Kau diam lah! Kau jangan nak tunjuk baik sangat depan appa."
"Miyoung!" mujur sahaja dia berdiri dari duduknya tidak menuju ke arahku dan menamparku. Dia hanya memandangku dengan pandangan geram.
Aku terduduk semula ke atas sofa. "Andwae... Miyoung tak nak!"
"Miyoung sayang..."
"Kau jangan nak panggil aku sayang! Jijik aku dengar tau!" jeritku pada perempuan itu. Aku dengan geramnya menghentak kakiku lalu menuju ke arah tangga dan berlari naik ke atas.
Tak guna betul, aku baru 20 tahun kot, bukannya 40 tahun, rileks lah. Awal kot. Pandai-pandai lah aku cari lelaki untuk jadikan pasangan hidup aku.
Ni dorang tak pandai sabar-sabar sampai nak kahwinkan aku dengan lelaki gila sex. Jijiklah!
Flashback ↩️↩️↩️
"Hai sayang."
"Ye sayang, malam nanti jumpa kat rumah."
"Aigoo... Dah matang sayang oppa sorang ni."
"Apa kata 5 orang anak?"
"Hahahaha!"
"Tak sabar oppa nak buat senaman tu dengan sayang."
"Ok, tunggu oppa tau!"
Aku menekup mulutku dan membuat muka meluat. Rasa nak muntah pun ada lepas mendengar perbualan lelaki itu dengan entah siapa tu, maybe girlfriend dia. Or isteri dia?
Aku sempat membaca tag yang di pin di kemeja nya.
Kim Taehyung.
Mesti namja ni namja gila sex. 5 orang anak? Naya perempuan tu.
..........
"Macam mana ni Seolli?" aku mengetap bibirku. Cawan didepanku aku genggam lembut. Aku pandang minuman di dalam cawan itu dengan pandangan kosong.
"Kau minum dulu kopi tu, nanti sejuk tak sedap." kata Seolli lalu menghirup ice americano nya.
Aku mencebik. Orang tanya dia, dia arah aku benda lain pula.
"Ok macam ni lah, cara tersenang. Kau kan kaya, baik kau blah je dari Korea ni. Boleh juga kau merasa melancong ke negara orang lain. Taklah kau stress memanjang." cadang Seolli lalu tersenyum bangga. Dia ingat cadangan dia menarik sangat ke sampai dia boleh tersenyum macam tu?
"Tch. Taknak aku. Seorang diri melancong? Taik kucing makcik jiran sebelah kau lah. Kalau kau ikut, mungkin aku boleh pertimbangkan lagi cadangan kau tu." kataku lalu menghirup kopi ku yang sudah berkurang suhunya itu.
"Makcik jiran sebelah aku pelihara anjing je, bukan kucing." dia tersengih lalu menyambung ayatnya. "Aku tak boleh lah babe, suami aku sibuk, kalau aku melancong, mesti dia marah. Why? Yelah, dia sibuk, and then balik rumah je, minta peluk lah, minta teman dia makan lah, minta itu lah, ini lah, stress tau! Kalau aku takde kat rumah, habis dia kerjakan aku. Dan omma aku pun, dia takkan benarkan aku melancong kecuali kalau suami aku ikut sekali." panjang lebar Seolli memberi alasannya.
Aku mengeluh perlahan. "Kau dah besar pun, omma kau masih risaukan kau."
"Yelah, omma mana tak risaukan anak nya?" kata Seolli lalu tersenyum nipis. Bahuku diusap nya perlahan. "Sabar eh... Bukan salah kau omma kau pergi."
"Ni salah perempuan yang rampas appa tu lah!" suaraku tinggi menuduh perempuan yang merupakan omma tiru aku menyebabkan pelanggan yang datang bersarapan di kafe pada pagi itu memandang ke arah meja kami. "Si sial tu! Dia buat appa curang, bila omma dapat tau, omma terus hilangkan diri. Tak balik rumah! Dan satu hari, kami dapat berita yang dia accident. Perempuan tu memang sial!"
"Shh... Miyoung sudahlah. Mungkin ni cuma satu kebetulan. Benda dah nak jadi." dia memujukku. Bahuku dipeluknya. Belakang badanku diusap lembut.
Aku menepis tangannya kasar. "Kau tak tau apa-apa lah Seolli! Ni memang salah perempuan tu! Bukannya satu kebetulan!" aku pantas berdiri dan berlalu dari kafe itu.
Semua orang tak faham aku. Aku dilahirkan untuk tidak difahami.
Omma, bogoshipeo...
|t |b |c |
Vomment tau :)
YOU ARE READING
Ⓒ lelaki gila sex ↬ taehyung bts
Fanfiction一Lelaki gila sex tu akan jadi suami aku, hah? That's insane! Kahwin paksa ni dah lama lah, dah lapuk. Kenapa masih wujud? Appa, kenapa appa bagi Junjye kawhwin dengan lelaki macam tu? Sebenarnya, Junjye tak kesah appa nak kahwinkan Junjye dengan sia...