zwei

11.2K 500 6
                                    

Aku melempar sebiji batu yang ada di tepi ku terus ke dalam tasik di hadapan. Aku mengeluh buat kali ke lima sejak aku duduk di sini. Entah kenapa, aku setuju sangat dengan cadangan Seolli. Aku nak lari dari Korea ni. Aku taknak jumpa sesiapa di Korea ni lagi-lagi perempuan yang appa sayangkan sangat tu. Aku tau, dia lebih sayang perempuan tu dari dia sayang aku dan arwah omma.

Apasal appa ni? Apa yang istimewa sangat dengan perempuan tu? Nak katakan dia kaya, langsung tak. Apa? Appa kahwin dia sebab nafsu? Heh. Macam lah aku tak kenal appa tu.

"Yahh oppa! Kalau nak buat tu jangan lah kat sini, nanti orang nampak macam mana?" suara itu membuatkan aku tersentak, aku pun serta merta berlari ke arah pokok yang berdekatan lalu mengintai mereka dari belakang pokok yang besar itu.

"Alah oppa tak sabar lah! Lagipun mana ada orang." lelaki itu mendekati leher si perempuan. Mataku membuntang besar. Rasa nak muntah, yuck!

Perempuan itu mula memandang sekeliling. Dengan pantas, aku menyorokkan diri di belakang pokok. Selepas beberapa minit, senyap. Aku mula mengintip mereka.

"Yelah oppa, tiada orang. Tapi macam mana kalau ada orang nanti!" kata perempuan itu lalu tersenyum gatal. Baju bahagian leher lelaki itu ditarik untuk mendekatkan jarak wajah mereka lalu dicium bibir lelaki itu.

Aku mula berlari dari kawasan tasik itu. Serius aku rasa nak pengsan je tengok adegan haram tu, huh.

..........

"Byun Miyoung!" appa bercekak pinggang sambil memandangku tajam. Aku ketawa sinis lalu memandangnya. "Wae? Appa masih tak nak mengalah?"

"Appa tetap dengan keputusan appa, kamu kena juga kahwin dengan anak Tuan Kim!" suaranya semakin meninggi membuatkan aku merengus, menyampah.

"Ok fine kalau itu keputusan appa." kataku lalu memukul kedua belah lengan sofa dan berlalu ke bilikku yang bertempat di tingkat atas.

Aku akan kemas semua barang aku dan akan blah dari Korea ni.

Tok tok tok~

"Tch." aku berdecit lalu menggulingkan bebola mataku. Mesti perempuan tak guna tu.

Krekk...

"Miyoung, asal kau kemas-kemas ni? Nak ke mana?" soal seseorang. Suara lelaki, bukan perempuan. Aku mendongak. "Oppa..."

Dia menaikkan kening kirinya lalu memandangku pelik. Ditunjuknya bagasiku. "Kamu nak lari rumah eh?"

Aku mencebik lalu menggeleng lemah. "A-ani... Kenapa pula Miyoung nak lari rumah kan?" aku ketawa kecil namun terserlah kepalsuan tawaku. Aku mengeluh. "Wae oppa? Oppa nak apa?"

Dia menggeleng lalu memegang kepalanya. "Sesibuk-sibuk oppa pun, oppa tetap tau apa yang terjadi dengan keluarga kita. Miyoung kena kahwin kan?"

Aku terdiam seketika. Teringat-ingat wajah lelaki yang akan dijodohkan dengan aku nanti. Aku mesti cepat kemas and then blah. Mesti!

Lelaki gila sex, dia dah ada bini kot, kenapa nak kahwinkan aku dengan dia lagi?

"Apa kata 5 orang anak? "

Naik meremang bulu badanku teringatkan ayat yang keluar dari mulut lelaki gila sex itu. Aku menggeleng lalu menampar-nampar pipiku. Apa aku fikir ni?

"Yahh Byun Miyoung!" terus terbangun aku dari lamunanku. Aku memandang Baekhyun lalu tersenyum awkward. "Nae, oppa?"

"Dengar tak apa yang oppa cakap tadi?" soalnya membuatkan aku terdiam. Aku menunduk memandang lantai lalu menggeleng perlahan.

"Baik ikutkan je apa yang appa nak. Jangan kecohkan lagi benda ni. Kalau tak, huru-hara keluarga kita. Bukan keluarga kita, mungkin keluarga Tuan Kim tu pun akan huru-hara." kata Baekhyun lalu menuju ke arah pintu bilikku.

"Ingat eh." dia memulas tombol pintu bilikku dan berlalu.

Masuk bilik aku cuma nak bebel je rupanya. Apa yang dikatakan oleh Baekhyun oppa tadi bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Mianhae, oppa.

|t |b |c |

Vomment.

Ⓒ lelaki gila sex ↬ taehyung btsWhere stories live. Discover now