miyoung.
Wajahku yang aku basahkan dengan air aku lap menggunakan tuala kecil yang disangkut di tepi singki tandas bilikku.
Selepas itu, aku perlahan-lahan membuka pintu bilik airku dan memandang seluruh bilikku. Taehyung sedang melayan telefonnya di atas katilku.
Aku menolak pintu bilik air lalu melangkah ke arah katil. Aku memandang Taehyung yang masih memandang ke arah skrin telefonnya itu. Aku mencebik lalu mula mencari telefonku. Aku mengetap bibirku.
Mana pula telefon aku ni haish.
Mataku terhenti ke arah tepi Taehyung, telefon aku!
Perlahan-lahan aku mencapai telefon itu. "Slowly~" bisikku perlahan.
Tiba-tiba, tanganku ditangkap membuatkan aku menjerit akibat terkejut. "Ah omma ada hantu!"
Taehyung ketawa. Belakang tanganku dicium lembut lalu ditariknya tubuhku untuk mendekatinya. Aku meneguk air liurku. Jangan dia buat apa-apa dekat aku sudah.
Dahiku dicium lembut. Aku mengetap bibirku. "Awak, lepas kan saya boleh? Tak selesa."
"Tak boleh lah awak."
Sekali lagi, aku meneguk air liurku. Rasa seram semacam je.
"Awak, saya cuma nak fon saya je." kataku lalu menunjukkan telefonku yang kini berada di genggamanku sambil mencebik. Pipiku dicubit olehnya, aku merungut.
"Alah tak best lah macam tu. Tak nak saya ke?" soalnya sambil tersenyum seperti hendak sesuatu dariku. Eh otak aku fikir lain.
Aku menggeleng. "Buat apa nak awak? Saya langsung tak suka awak pun."
Kata-kataku membuatkan dia mencebik. Aku mula bergerak jauh darinya namun tidak jauh aku mula bergerak, dia menyambar pinggangku lalu bibirku menjadi sasaran pertamanya.
Aku mengeluh seketika sebelum membalas ciumannya. Biarlah, dia suami aku juga.
Aku menggigit bibirnya kuat membuatkan dia mengerang kesakitan. Ciuman kami akhirnya dileraikan. Dia memegang bibirnya yang berdarah akibat gigitanku itu. Aku tersenyum sinis. "Padan muka."
Dia menjelingku tajam. "Eleh nanti omma tanya bila nak dapat anak, baru kaku tak tau nak jawab apa." kini dia pula yang tersenyum sinis.
Aku menggulingkan bebola mataku lalu merengus. "Ok fine. Tapi jangan lebih-lebih. Just once."
Dia mencebik lalu menggeleng. Pinggangku dipeluknya. Dahiku diciumnya. Leherku digigitnya sekali lalu dicium dengan penuh kasih sayang. "Tak nak, kalau nak lima orang anak, kenalah lima kali, ye tak?"
Aku mengetuk kepalanya lalu menjerit geram. "Gila sex betul!"
Dia ketawa lalu melompat ke atasku. Mata kami bertembung. Dia tersenyum sinis lalu memuncungkan bibirnya. "Actually, I don't mind a feisty wife."
Aku menggulingkan bebola mataku lalu memukul kepalanya. "Shut up."
"Em, what about no?" katanya lalu mula menciumku rakus.
..........
baekhyun.
Aku memeluk omma dan appa sebelum menarik beg bagasiku keluar dari rumah. "Baek jalan dulu ye, omma, appa." aku tersenyum ke arah mereka lalu memandang ke arah tangga rumah kami yang kosong itu.
"Bagitau Miyoung oppa dia ni sayang sangat dia dan akan rindu dia." kataku lalu mengenyitkan mataku disambut oleh gelak tawa omma dan appa.
"Oklah, annyeong appa, omma. Baek sebulan je kat sana." aku mula menarik beg bagasiku keluar dari rumah dan berjalan ke arah kereta kawanku yang diparkir di depan pagar automatik rumah kami.
Aku memasukkan beg bagasi ku ke dalam bonet lalu masuk ke dalam perut kereta, tempat penumpang.
"Dah settle?" soal Chanyeol kepadaku. Aku hanya menjawab dengan sekadar anggukan. Chanyeol memandangku seketika lalu memandang ke arah jalan raya semula. "Adik kau amacam?"
"Macam tu lah. Tak suka dengan budak Taehyung tu. Katanya lelaki tu gila sex." kataku membuatkan Chanyeol ketawa besar. "Bahaya tu, hahaha."
"Hah kau jangan banyak mulut nak masuk campur hal keluarga aku kalau kau tak nak aku sumbat kasut aku dalam mulut kau." ugutku lalu menjelingnya menyampah.
"Hah yelah, mute je terus sampai airport." katanya membuatkan aku berdecit. Eleh kuat merajuk betul, macam perempuan.
..........
taehyung.
Aku menggosok mataku lalu memandang sekeliling bilik. Aku bangun dari baringku lalu mencapai telefonku yang aku letak di atas meja kecil tepi katil. Aku menghidup telefonku.
"Jam 9.38 pagi!?" jeritan aku membuatkan Miyoung disebelah terjaga. Matanya mamai memandangku. "Wae?"
"Saya dah late." kataku lalu melompat ke atas lantai lalu mencapai tuala dan aku lilit di sekeliling pinggangku dan segera masuk ke dalam bilik air.
Setelah habis bersiap, aku menuju ke arah Miyoung lalu aku memeluknya dengan penuh kasih sayang. Walaupun aku masih tidak sayangkan dia sepertimana aku sayangkan Sooyoung, tapi aku akan cuba. Kalau aku terus dengan Sooyoung, kesianlah Sooyoung. Aku terpaksa ikut apa yang appa aku suruh, kalau tak, makin bertambah masalah Sooyoung.
Aku masih sayang dia, tapi aku kena sembunyikan semua ni. Mianhae Sooyoung-ah.
Aku mencium bibir Miyoung lalu meleraikan pelukan. Tali leherku aku betulkan lalu aku tersenyum ke arahnya. "Oklah, saya nak pergi kerja dulu."
"Emm..." jawabnya lalu menuju ke bilik air.
Aku mengeluh lalu keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah.
"Taehyung, sarapan dulu." ajak omma kepadaku namunku menolaknya dengan gelengan kecil sambil tersenyum nipis. "Takpelah omma, Tae sarapan kat kafe dekat ofis Tae je."
"Oklah kalau macam tu, Minyoung dah bangun belum?" soal omma lalu mengheret kerusi lalu duduk di atasnya.
Aku mengangguk. "Dah bangun. Oklah omma, appa, Tae gerak dulu. Annyeong." aku mencapai kunci kereta ku yang bergantung di tempat penggantung kunci yang terletak berdekatan dengan rak kasut dan menekan butang tepi pintu utama.
Pintu dibuka dan aku pun mula menuju ke arah garaj dan menekan punat di kunci keretaku. Aku masuk ke dalam perut kereta lalu menekan punat untuk membuka pagar automatik itu.
Aku memandang ke arah tingkap bilik Miyoung lalu tersenyum hambar. Aku pun mula memandu keluar dari perkarangan rumah.
|t |b |c |
YOU ARE READING
Ⓒ lelaki gila sex ↬ taehyung bts
Fiksi Penggemar一Lelaki gila sex tu akan jadi suami aku, hah? That's insane! Kahwin paksa ni dah lama lah, dah lapuk. Kenapa masih wujud? Appa, kenapa appa bagi Junjye kawhwin dengan lelaki macam tu? Sebenarnya, Junjye tak kesah appa nak kahwinkan Junjye dengan sia...