miyoung.
Aku rasa tidak sedap hati. Aku mula memandang sekeliling kawasan gelap dan sunyi itu. Aku menggaru kepalaku lalu mengangkat bahu. "Perasaan aku je kot."
Tiba-tiba,
Buk!
Kepalaku terasa amat pening. Aku memegang kepalaku dan melihat tanganku. Darah.
Dan semuanya perlahan-lahan mula gelap selepas aku dapat dengar suara ketawa seseorang.
Suara perempuan.
..........
"Kau main tipu kan, hah ambil kau!" perempuan itu mencucuk tanganku menggunakan sesuatu yang tajam membuatkan aku terjaga.
"Ahh!" jeritku kesakitan. Aku memandang ke arah tanganku yang koyak itu. Aku mendongakkan kepalaku dengan perasaan marah untuk memandang perempuan itu. Mataku berkaca akibat menahan peritnya tanganku yang mula mengalirkan darah itu.
Perempuan itu tersenyum sinis. Dia mula mendekati aku lalu ditepuk-tepuk lembut pipiku. "Ottae? Sedap? Atau nak tambah lagi? Ishhh!" perempuan itu mula menampar pipiku dengan kuat. "Aku rasa nak je bunuh kau sekarang!"
"Andwae! Jebal jangan! Ka-kau yeojachin Tae-taehyung kan?" soalku gagap. Aku mula rasa lemah. Kepalaku aku tundukkan. Serius aku sangat lemah sekarang ni.
Perempuan itu ketawa sinis dengan amat kuat sekali. Rambutku ditarik untuk aku mendongak memandangnya. "Kenapa? Kau nak bagi aku Taehyung? Kau ingat, senang je begitu? Hmm!?"
Pisau yang berada di tangannya didekatkan denganku. "Nak aku koyakkan mana lagi? Pipi? Like why not?"
"Psi-psiko..." suasana mula sunyi beberapa saat sebelum perempuan itu ketawa seperti seorang yang histeria. Diangkat daguku lalu dipandangnya penuh dendam. "Ya! Ya aku psiko sebab Taehyung! Kau nak tau lagi?"
Aku hanya mampu berdiam. Aku tidak mampu untuk lawan dia. Aku terlalu lemah sekarang ni. Aku cuma mampu berharap ada seseorang dapat membantuku sekarang ni.
"Weh! Bosanlah macam ni. Kau terlalu lemah untuk dilawan." katanya lalu sambung ketawa seperti seorang yang gila. Pipiku ditorehnya sedikit. Pipiku mula mengalirkan beberapa titik darah ke atas lantai. "Ha-haha.. Hahahaha!"
Pang!
Pintu ditendang kuat dari luar. Dengan itu, kami berdua serentak memandang ke arah pintu. "Aku dah agak dah."
"O-oppa..."
"Taehyung..."
..........
Flashback ↩️↩️↩️
taehyung.
"Saya dah balik!" aku tersengih melihat omma dan appa yang sedang bermesra di depan televisyen. Auw so sweet haha.
Seperti biasa, aku melangkah ke arah tangga dan mula memijak anak tangga untuk ke tingkat atas. Tak sabar nak tengok wajah Miyoung.
"Miyoung, saya dah balik!"
...
Hanya bunyi air-con yang berbuka kedengaran. Apa ni? Membazir elektrik betul. Kalau tak de kat dalam bilik, matikan jelah. Tetiba jadi budak skema pula aku.
"Miyoung?" aku cuba mencarinya di sekeliling bilik. Tiada. Dalam bilik air? Tak berkunci. Aku memulas tombol pintu bilik air lalu masuk ke dalam. "Miyoung?"
Masih tiada. Rasa risau mula menguasai. "Mana pula dia ni? Takkan tak balik dari kerja lagi? Dia kerja sampai petang je kot."
Tanpa berlengah lagi, aku berlari menuju ke tingkat bawah. Soalan omma dan appa aku terpaksa abaikan. Aku terlalu risaukan Miyoung!
Aku berfikir sebelum memulakan panduanku. Tanganku aku letak atas stereng. "Kafe? Tak mungkin. Tempat kafe dia bekerja buka sampai jam 6 petang je. Sekarang dah jam 8 setengah malam.
Tempat mana lagi dia selalu pergi?
Rumah Seolli?
Aku mengeluarkan telefonku dari poket seluarku lalu mendail nombor telefon Seolli.
Tutt... Tutt...
"Yubeoseyo?"
"Seolli-ah, Miyoung ada dengan kau tak?"
"Takde, kena-"
Kenapa aku rasa yangMiyoung ada dengan Sooyoung sekarang ni?
..........
"Macam mana oppa boleh tau chagi ada kat sini?" soal Sooyoung. Wajahnya ditahan untuk tidak kelihatan ketakutan. Aku berdecit sinis. Aku mula mendekatinya dan pantas mencapai pisau yang berada di genggamannya.
"Kau jangan jadi psiko lah bodoh."Sooyoung memandangku tidak percaya. Dia kemudian memandang Miyoung yang terduduk lemah di atas lantai itu. Dia pantas mendekati Miyoung lalu dicekik Miyoung sambil memandangku dengan pandangan mengugut. "Kalau awak datang dekat, saya cekik dia dengan lebih kuat!"
"Jangan main ugut-ugut lah perempuan gila!" aku berlari untuk mendapatkan Miyoung lalu kakiku menendang tubuh kecil Sooyoung dari mencekik Miyoung. Ikatan di tubuh Miyoung aku buka. "Miyoung sayang, awak okay?"
Miyoung mengeluh perlahan dan cuba untuk bangun. "A-ah!"
"Awak, hati-hati!" aku mula mendukung Miyoung bridal style dan membawanya keluar dari rumah Sooyoung.
..........
sooyoung.
"Shit! Plan aku gagal lagi!" aku meramas rambutku geram. Pasu di depan mataku aku capai lalu aku ketuk kepalaku menggunakan pasu tersebut. "Ah! Fuck!"
Darah yang mengalir dari kepalaku aku abaikan. Yang sakit sekarang ni, bukan kepala aku.
Tapi hati aku.
"Shit kau perempuan. Aku kena bertindak pantas ni!" kataku sambil menggenggam kuat penumbukku. Bibirku aku ketap sekuat hati. Biarlah berdarah, tak kesah pun!
"Apa lagi kau nak buat hah perempuan?" jantungku seolah-olah berhenti berdegup selepas mendengar suara seseorang yang amatku kenal.
"Wu-wuhjyun..." mataku terarah ke arah dua lagi lelaki yang berada di tepinya. "Leeron, Hyunjae..."
Lelaki itu tersenyum sinis sambil menjongket keningnya ke atas. "Kau dah bersedia disumbat masuk penjara belum?"
Aku ternganga. Genggamanku terbuka. Lututku bergetar. "Apa ka-kau cakap ni?"
"Aku dah ada banyak dan cukup bukti untuk sumbat kau ke dalam penjara yang membosankan tu. Kau sedia belum? Kalau belum sedia, aku bagi masa." katanya sinis lalu memandang Leeron dan Hyunjae bersilih ganti sambil tersenyum sinis.
"Ka-kau... Kau bersubahat dengan Taehyung ke?" aku mula mendekati mereka bertiga. Mata Wuhjyun aku tenung lama. Air liur ku teguk berbatu. Dia mengangkat bahunya lalu mencebik. "Molla."
"Shit!" carutku kuat dan berlalu ke tingkat atas. I will make sure bukti mereka bertiga hilang. Hilang supaya aku dapat bersama Taehyung semula selepas aku lenyapkan perempuan bernama Miyoungsial tu.
HAHAHA!
|t |b |c |
YOU ARE READING
Ⓒ lelaki gila sex ↬ taehyung bts
Fanfiction一Lelaki gila sex tu akan jadi suami aku, hah? That's insane! Kahwin paksa ni dah lama lah, dah lapuk. Kenapa masih wujud? Appa, kenapa appa bagi Junjye kawhwin dengan lelaki macam tu? Sebenarnya, Junjye tak kesah appa nak kahwinkan Junjye dengan sia...