" Vie!! Sudah ko sedia bekal bapa ko pigi kerja kah?'' tegur mama.
Subuh-subuh lagi sy sudah bangun masak untuk bekalan bapa sama adik-adik sy pigi sekolah.
" Sudah ma! Semua sudah ..sy sedia.." jawab sy!
" Bah!! ..oh ya ni hari nda payahlah ko ikut mama! ko di rumah saja lah..kesian juga mama tengok ko ni...!! kalau lah kita kaya kan bukan begini bah hidup kau Vie..."
Pagi-pagi lagi mama emosi....begitulah dia selalu kalau nda mengenang nasib nda lengkap tu aktiviti harian dia.
" Hishh sudah lah tu ma! nanti Vie sudah kaya nda payah mama sedih begini lagi.."
Sy Eviana, gadis kampung yang berkulit putih, rambut panjang ikal dan juga bertubuh langsing. Walaupun usia sy baru saja 15 tahun tapi bentuk badan dan wajah sy nampak matang sudah mungkin sebab sy sudah buat kerja-kerja macam orang dewasa buat kan.
Sy lahir di dalam keluarga susah, hidup miskin.Kamu percaya kah kalau sy cakap rumah sy tiada eletrik dan masih pakai lampu pelita. Begitulah kehidupan kami di perkampungan kecil yang serba serbi kekurangan.
Di sebabkan kemiskinan sy hanya dapat bersekolah sampai darjah enam saja lepas itu sy terpaksa berhenti sekolah untuk beri laluan pada dua orang adik sy si Max dan si Mark, dorang berdua ni sebenarnya kembar nda seiras lahir hari yang sama cuma berbeza minit saja.
Sejak sy berhenti sekolah sy tolong mama sy kerja ambil upah kasi bersih rumah orang. Tiada istilah zaman kanak-kanak bagi sy sepanjang sy membesar.Sebab masa sy cuma untuk membantu keluarga dan menjaga dua orang adik lelaki sy.
Bapa sy pula setakat kerja kampung, buat-buat rumah orang , kasih bersih kebun orang dan macam-macam jenis kerja lagi dia buat asalkan buli dapat duit dia bilang.
Memang sy kesian sama dorang, tapi apa kan daya sy juga sy hanya anak perempuan selain menjaga adik-adik sama tolong mama sy teda sudah kerja sy dapat buat di kampung kami.Tiada langsung peluang kerja, sebab itulah golongan muda yang ada di kampung sy semuanya pigi bandar cari kerja.
Bohnglah kalau sy bilang hati sy nda memberontak dalam diam bila sy tinggu kawan-kawan sebaya sy dapat buat apa yang dorang mau buat sedangkan sy?
Kadang-kadang sy pandai cemburu tinggu budak-budak sebaya sy yang duduk-duduk di perhentian bas sambil ketawa gembira pegang buku dan pakai baju seragam sekolah.Sy?hanya mampu memandang.
Sy juga selalu berangan-angan kalaulah sy salah seorang diantara dorang kan mesti seronok!! Bila? Sy hanya mampu berangan-angan.
Sy juga rasa cemburu bila nampak dorang lepak-lepak di pekan tanpa perlu memikirkan apa-apa hanya berseronok...!! boleh kah sy begitu? Sangat mustahil untuk sy sebab masa terlampau padat sama jadual yang di atur mama.Itulah nasib sy! sy hanya mampu berangan-angan. Kadang-kadang sy mempersoalkan kenapa sy di lahirkan dalam keluarga susah begini! Kenapa sy nda di lahirkan dalam keluarga kaya macam Jessica satu-satunya anak orang kaya di kampung kami.
'' Kak Viana...ada kawan kakak datang!!!'' teriak Max dari luar. Punya kuat suara dia teriak sy.
Sy tahu siapa yang datang mesti Rita.
" Suruh ja dia masuk kaka sini dapur.."balas sy.
Nda lama Rita kawan baik dan senasib sy muncul di dapur .
Petang-petang begini memang rutin kami dua berangan-angan di dapur rumah sy.Lepas berangan-angan kami ketawa!!
" huii Vi apa ko masak..." tegur Rita,senyum-senyum dia tinggu sy.
YOU ARE READING
SALAHKAH AKU
RandomEviana, berkhawin pada usia seawal 16 tahun dan pada usianya baru meningkat 20 tahun dia sudah bergelar ibu kepada tiga anak. Eviana yang pada mulanya datang ke bandar untuk mengubah nasib keluarganya.Tapi sayangnya dia tersalah langkah bila dia jat...