" Eddy keluar pigi mana tu? " Kak Annie tanya sy.
"Entahlah kak malas sy mao tanya...." Sy jawab pun malas-malas.
Memang sy malas mao tahu dia pigi mana.
" Kenapa ni? Gaduh lagi kah?'' tanya Kak Annie lagi sambil kasi hulur segelas sy Milo panas.
" Hermm...risau pasal Bella...'' sy bilang selamba...sebenarnya sy sendiri pun sama.
" Kenapa dengan Bella...?''
" Kak tahu kan selama ni Bella manja sama siapa? "
" hemm..kesian Bella...!kalau kamu dua rasa susah biar kaka saja lah yang jaga dia..?''
Sy tersentak dengar kata-kata yang keluar dari mulut kak Annie.
" Eh kakak kan kerja? Lagipun kalau kaka jaga dia siapa yang mahu jaga abg di sana?"
Bingung sy maksud kak Annie...tapi dalam hati macam sy gembira.
" Kakak bawa dia balik rumah kaka lah... di sana kaka ada orang gaji! ''
Sy pandang dia, serius kah kak Annie ni?
" Maksud kaka, bawa Bella balik sana? .."
" Iya... biar kaka kasi besar dia...jangan risau bukan kaka ambil dia Cuma kaka kasi besar dia saja! Lagipun kamu dua kan kerja. Kalau kamu hantar dia pigi rumah pengasuh kesian dia..."
Ada betulnya kata-kata kak Annie sebenarnya, dari Bella lahir sy memang kurang perhatian sama dia. Hanya mentua sy sama Kak Annie saja yang banyak ambil peduli sama dia.
Hati sy sikit pun nda rasa risau bila Kak Annie bilang mahu bawa Bella balik rumah dia. sebaliknya sy rasa gembira sebab sy nda perlu lagi fikir pasal penjaga Bella lepas ni.
Tapi sy nda bagi apa-apa jawapan sama kak Annie, sy mahu tanya Eddy dulu walaupun sy tahu Eddy mesti setuju.
**************************************
Selesai sudah kenduri hari ke tujuh mendiang mentua sy. Dua hari lagi kak Annie sama abang Ray akan balik. Sy belum lagi kasitau Eddy pasal rancangan Kak Annie mao bawa Bella balik sama dorang. Sy belum ada peluang mao bincang sama dia.
Hari ni mesti sy mao kasitau dia juga,selesai sy tolong mengemas di dapur sy bawa Bella masuk bilik.
Sy masuk saja Eddy sana tilam rilex dia baring –baring tekan-tekan handphone.Penat mungkin seharian buka kem sama kasi clear semua barang-barang bekas kenduri.Sy kasi duduk Bella atas katil sebelah dia.
" Hi anak dady..." bilang dia sambil cium pipi Bella. Lepas tu dia fokus balik sama handphone dia.Itu handphone lagi penting dari anak dia.
" Dy..." Sy panggil dia perlahan saja suara sy.Tiada respon!
" Eddy...." Sy panggil dia sekali lagi tapi sy kasi kuat sikit suara sy,baru dia respon tapi nda pun dia toleh sy dia kasi angkat kening saja.
" Abang Ray ada cakap apa-apa kah Dy pasal Bella..." Sy bilang dia.
Eddy tinggu sy.
" Maksud?''
" Nda bah..gini hari tu Kak Annie ada bagitau dia mahu bawa Bella balik.."
" Balik mana? Rumah dorang?''
" Iya!..."
Eddy diam sekejap! Entah apa yang dia fikir tapi dia pandang Bella! Lama dia renung Bella.
" Nantilah sy fikir!" bilang dia, terus keluar dari bilik.
Tinggallah sy terbinggung! Sy pun pandang Bella...sy renung wajah putih comel Bella. Jauh di sudut hati sy..sy sayang Bella Cuma rasa sayang sy terbatas di sebabkan pelbagai godaan dunia. Sy belum puas.. dan kehadiran Bella seakan satu kesusahan dan halangan untuk sy bergerak bebas.
Lamunan sy bila Bella tiba-tiba menangis.
Cepat-cepat sy dukung dia tapi dia meronta-ronta nda mahu sy dukung berguling-guling sudah dia di tilam, tangisan dia makin kuat..puas sy cuba kasi diam dia tapi dia tetap menangis.Sy cuba lagi pujuk dia..mungkin dia lapar! Sy kasi buat dia susu, Bella nda mahu juga.Sy jadi bingung! Tiba-tiba sy jadi stress dengar tangisan dia yang nda mao berhenti.
" Vie...!! Kenapa Bella nangis tu? " Suara Kak Annie dari luar sy dengar.
Dia ketuk-ketuk lagi pintu bilik.
Sy dukung Bella, bawa dia keluar dari bilik.Bila dia nampak Kak Annie terus dia buka dua-dua tangan dia minta dukung Kak Annie! Bella dia dalam dakapan Kak Annie!!
" Nda apalah Vie..biar kaka yang pujuk dia saja.." bilang Kak Annie,air muka dia sedikit berubah.Mungkin dia serba salah sebab Bella terus diam bila dia dukung. Sy akui itu ...
Kak Annie masuk sudah dalam bilik dia bersama Bella, sy masih lagi berdiri depan pintu bilik.
" Kenapa Bella tu?'' tegur satu suara dari belakang dari belakang! Terhinjut bahu sy sedikit sebab terkejut.
Bila sy toleh, senyum kambing Kak Jenny tinggu sy.Macam pelik sy rasa dia tiba-tiba tegur sy dengan suara lembut begitu. Sy balas juga senyuman dia, sy bukannya jenis ambil hati pun lagipun dia kakak Ipar sy mana sy layak mao melawan dia.
" Entah lah kak..! tapi kak Annie dukung dia diam pula dia.."
" Hermmm..betullah ko mni masih budak-budak!'' Kak Jenny bilang sy.
Sy nampak dia jalan pigi masuk bilik Kak Annie!
Sy masuk semula dalam bilik, hanya bau kayu putih Bella saja yang tinggal. Sy humban badan di katil! Sy pandang syiling. Bosan!! Sy cari handphone ..tapi sy buang balik tiada yang sy boleh buat sama tu phone bukan macam Eddy punya. Canggih!!Nda lama sy dengar pintu kena buka, sy kasi biar saja! Sy tahu itu Eddy.Pura-pura sy tidur! Nda lama sy rasa macam ada tangan pi peluk pinggang sy.Sy kasi keras juga badan sy...lepas tu sy pura-pura buat bunyi kagarook! Teda mood sy mao layan dia ni malam.
" Nda payahlah pura-pura tidur! " bilang dia sana, sengaja lagi dia jalan-jalan jari dia di belakang sy.
Sy tetap diam-diam! tapi sy nda tahan ketawa...pecah juga ketawa sy.
" Kenapa? Apa masalah ?'' bilang sy pura-pura marah
" Teda, saja mao minta sayang!.." bilang dia sambil buat muka kesian! Bila dia buat muka begitu, cairlah hati sy!
Terlupa sudah kami dua tentang Bella!!
YOU ARE READING
SALAHKAH AKU
RandomEviana, berkhawin pada usia seawal 16 tahun dan pada usianya baru meningkat 20 tahun dia sudah bergelar ibu kepada tiga anak. Eviana yang pada mulanya datang ke bandar untuk mengubah nasib keluarganya.Tapi sayangnya dia tersalah langkah bila dia jat...