BAB 1

2.6K 180 12
                                    

SHARMIMA membuka peti aiskrim di dalam koperasi lalu matanya melihat semua jenis aiskrim yang menarik perhatiannya. Aiskrim Oreo menjadi pilihannya pada petang itu lalu peti aiskrim ditutup semula.

"Sha, cuaca sejuk macam ni pun kau beli aiskrim ? Orang kalau cuaca sejuk macam ni, makanlah makanan panas," kata Wawa kepada Sharmima sambil mengemas barang di dalam koperasi sebelum menutup koperasi.

"Makan aiskrim waktu sejuk lah best ! " kataku lalu mengangkat ibu jari. Duit aiskrim di letakkan di dalam bekas duit.

"Perangai kau memang pelik," komen Wawa lalu meneruskan kerjanya untuk refill air di dalam peti sejuk.

Setelah selesai mengemas barang dan mengumpul duit kutipan koperasi, mereka bergerak keluar dari koperasi lalu menutup koperasi.

"Pegang kejap aiskrim ni," pinta Sharmima lalu memberikan aiskrim kepada Wawa. Sharmia memegang segugus kunci lalu mencari kunci yang sesuai untuk dia mengunci koperasi.

"Jom ! " ajak Sharmima lalu mereka menghayun langkah menuju je bilik guru. Beginilah kehidupan mereka setiap hari Selasa. Sesi persekolahan mereka pada sesi pagi sebagai pelajar tingkatan 3 dan stayback pada hari Selasa untuk bertugas pada waktu petang.

"Assalamualaikum,cikgu ! " ucap kami setibanya di bilik guru. Senyuman manis mereka lemparkan kepada Cikgu Ita.

"Berapa jumlah hari ni ? " soal Cikgu Ita sambil tangan menyambut huluran duit daripada Wawa.

"RM 158," jawab Wawa ringkas.

"Terima kasih ya," ucap cikgu lantas senyum kepada kami.

"Sama-sama," jawab mereka serentak lalu beredar daripada bilik guru.

"Pukul berapa jam ? " soal Wawa kepada Sharmima sambil berjalan menuju ke pondok pengawal.

"Pukul empat setengah petang," jawab Sharmima lalu menikmati Aiskrim Oreo yang lazat. Hujan yang tidak henti-henti membasahi bumi diperhati oleh Sharmima seketika.

"Wa, kau balik pukul berapa ? " soal Sharmima lalu memandang ke arah Wawa.

"Sekaranglah sebab aku suruh ayah aku sampai tepat dekat sekolah pukul empat setengah," jawab Wawa dan berjalan laju ke pondok pengawal yang sudah hampir. Kami jalan beriringan.

"Sha, aku balik dulu. Tu, ayah aku dah sampai." kata Wawa apabila melihat ayahnya yang telah memakirkan kereta di tepi pondok pengawal. Hujan kelihatan semakin lebat.

"Kau nak tumpang aku tak ?" ajak Wawa apabila melihat tiada kereta Puan Suriana di kawasan sekolah.

"Tak apa, kejap lagi mama aku sampai," kata Sharmima menolak pelawaan Wawa lalu tersenyum.

"Bye, sayang !" ucap Sharmima sambil melambaikan tangan je arah Wawa. Dia membalas lambaikan Sharmima dan mengucapkan bye . Lama-kelamaan kereta ayah Wawa hilang daripada pandangan.

Sharmima memusingkan badan lalu terkejut dengan kehadiran seorang orang lelaki  berpakaian sukan yang mengambil tempat duduk di tepi bahagian pondok pengawal yang berbumbung serta menempatkan bangku sebagai tempat duduk. Sharmima mengambil tempat di bangku yang kosong. Jam pada tangan aku lihat seketika.

"Baru pukul 4.45 petang. Pukul 5 mama sampai kut," ucap Sharmima sendirian. Sementara menunggu Puan Suriana, Sharmima mengeluarkan buku latihan matematik dan kalkulator.

Sharmima merenung beberapa soalan yang telah disalin di dalam buku kemudian jawab sebahagian soalan yang mudah. Tidak lama kemudian, sifat kerajinannya untuk membuat latihan matematik berubah.

"Aduhai, kalkulator buat hal pulak ! Hishh ! Cikgu pun satu, lepas habis minggu exam ,terus bagi latihan banyak !" rungut Sharmima dengan perasaan geram.

"Nak pinjam kalkulator aku ?" soal suatu suara yang Sharmima rasa dekat dengannya. Sharmima memandang ke arah pemilik suara itu. Lelaki tadi. Dia terlupa pulak ada manusia lain yang duduk dekat sekitar pondok pengawal ni.

Sharmima hanya menggelengkan kepala tanda menolak pinjaman lelaki itu. Buku latihan dan segala alat tulis disimpan semula ke dalam beg. Aku terus menanti mama yang belum sampai. Hujan pula belum lagi reda. Guruh yang berdentum kuat membuatkanku sedikit gemuruh apatah lagi dengan kehadiran pelajar lelaki yang tidak ku kenali ini.

"Kalau nak berjaya, belajar kena ikhlas dan jangan asyik merungut. Nak tahu sebab apa ? Sebab nak dapat berkat belajar tu lah. Cikgu bagi latihan sebab nak bagi anak murid dia pandai dan berjaya." jelas lelaki itu panjang lebar.

Aku tersentap mendengar butir bicaranya yang bermakna. Cara percakapannya macam pelajar yang baik dan bijak.

"Setuju tak aku cakap ?" soal suara itu lagi. Mulut aku ingin mengiyakan katanya tapi hati tidak membenarkan. Aku menundukkan muka kerana malu dinasihatkan begitu. Serentak itu, lelaki itu memetik jari di hadapannya.

"Aku cakap dengan kau ni. Nak cakap bisu tapi kau merungut tadi. Nak cakap pekak, elok je berbual dengan kawan tadi. Sombong ! " komen lelaki itu. Hatiku menjerit kuat . Melampau lelaki ni ! Dia menarik semula katanya yang lelaki itu baik. Ternganga mulut Sharmima apabila melihat lelaki itu menuturkan kata kurang sopan.Azam dia tahun ni, tak nak gaduh dengan orang. Salah dia jugak tadi sebab buat tak endah akan lelaki itu. Tapi nak tegur sikit lelaki ni !

"Eh-eh ! Lasernya mulut dia, " bentakku geram.

Lelaki itu memberi jelingan tajam yang bisa menikam hatiku. Menakutkan !

" Apa jeling-jeling ? Aku salah cakap ke ? " kata Sharmima dengan perangai gelabah dan tak tentu arah. 

" Nama kau apa ? Form  berapa ?  "  tanya lelaki itu selamba. Tangannya mengambil sebotol air mineral dan diteguknya air itu rakus untuk menghilangkan kehausan.

" Kenapa tanya ? " soal Sharmima pula sambil matanya mengerling ke arah jam tangan di pergelangan tangannya.

" Saja tanya, tak boleh ke ? Nama aku Iz. Form 5. " soalnya lalu menunggu aku bersuara.

Oh, senior rupanya. Tahun lepas aku jumpa senior kerek versi perasan. Tahun ni aku jumpa senior kerek versi bijak bebicara. Aduhai, senior kerek ! desis hati Sharmima. 

"Aaa.. Mama aku dah sampai . Bye ! " ucapku pantas apabila kereta mama aku melintasi pondok pengwal. Sharmima langsung tidak memalingkan wajah. Laju kakinya menghayunkan langkah dan memasuki kereta. Hujan kelihatan semakin reda.

"Aduh, bosanlah aku kalau dia dah balik ! Aku nak borak dengan siapa ? Yang Asy'ar pula batang hidung pun tak nampak, jangan di lupa ambil aku sudah. Harap motor dah boleh ambil esok kat bengkel." rungut Iz sendirian. Sementara itu, kereta yang dinaiki gadis itu masih tidak bergerak lagi.

"Lambatnya mama sampai," komen Sharmima setelah duduk di dalam kereta. Nasib baik mama sampai, jadi tak perlulah dia menjawab soalan senior tadi. 

"Eh kejap ! Itu bukan anak Puan Raina, kawan mama ke ? Hmm.. Kenapa dia tak balik lagi,Sha ? " soal Puan Suriana tiba-tiba. Mamanya merenung ke arah luar tingkap kereta melihat ke arah seniornya itu.

Siapa ? Anak Puan Raina ? Huh.. Masalah dah datang ! rungutku dalam hati.

"Eh ? Mama salah orang tu, dia bukan anak kawan mama.Salah orang kut. Jom kita gerak," gesa Sharmima.

"Minggu lepas, baru mama terjumpa semula Puan Raina dengan anak dia dekat Gombak. Orangnya samalah. Tapi kenapa dia sekolah dekat kawasan sini ? Panggil dia, tanya balik naik apa ? Sebab mama nak tumpangkan. Manalah tahu rumah dia dekat dengan rumah kita, pergi cepat," arah Puan Suriana lalu memandang ke arah Sharmima.

Baiknyalah hati mama nak tumpangkan mamat tu ! desisku di dalam hati.

"Cik kak ! Cepat," panggil Puan Suriana lantas mematikan lamunanku. Aku keluar daripada kereta dan menuju ke arahnya dalam keadaan terpaksa. Terasa berat pula langkah dia kali ini. Janganlah aku ada kaitan dengan dia lagi selepas ni .



Bab Seterusnya ?
Cepat Komen & Vote kalau sudi ;)

SEKUEL ADUHAI,SENIOR KEREK !

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now