Bab 10

963 116 7
                                    

SAMPUL surat koperasi yang diterimanya siang tadi dibuka perlahan-lahan lalu surat dia dalamnya dikeluarkan. Sharmima membaca dengan teliti isi surat tersebut. Senyuman kegembiraan terukir di bibir Sharmima apabila surat itu memaklumkan mengenai lawatan ke Kelantan secara percuma selama 3 hari 2 malam. Dia mula meneliti isi surat tersebut.

" Tak sabarnya nak pergi ! Baik aku isi terus maklumat, lepastu esok terus hantar ! " kata Sharmima dengan bersemangat. Sudah menjadi kebiasaan dia akan mengisi maklumat untuk apa-apa surat lalu surat tersebut hanya perlu ditandatangani oleh ibunya sahaja. Dua minit kemudian, surat tersebut telah dipenuhi beberapa maklumat penting.

Sharmima bergegas turun ke tingkat bawah bersama surat dan pen di tangan. Kegembiraan mengiringi setiap langkahnya.

" Jom makan," pelawa ibunya apabila dia tiba di ruang makan. Hidangan makan malam telah siap dihidangkan oleh ibunya.

" Ok !" cepat sahaja Sharmima mengambil tempat di meja makan. Surat bersama pen yang dipegang tadi, diletakkannya ke tepi.

Sharmima dan Puan Suriana menikmati makan malam dengan berselera. Namun, riak wajah gembira yang terpamer pada wajah Sharmima menimbulkan persoalan pada Puan Suriana.

Seusai makan, mereka berdua mengemas meja makan bersama-sama. Kemudian, dia mengajak ibunya ke ruang tamu untuk berbual seketika.

"Kenapa gembira sangat ibu tengok ni ? " soalan pertama Puan Suriana kepada puteri bongsunya ketika mereka di ruang tamu.

" He..he.. Sha ada lawatan koperasi pergi Kelantan ! Percuma tau ! " jawab Sharmima dengan penuh keterujaan sambil menghulurkan sepucuk surat dan sebatang
pen tersebut. Puan Suriana mula meneliti setiap maklumat dalam borang lawatan tersebut.

" Boleh tak Sha nak pergi ?" soal Sharmima sambil tersengih-sengih.

"Hmm.. Kalau ibu kata tak boleh ?" soal Puan Suriana kembali. Wajah anaknya dipandang. Senyuman Sharmima mati seiring mendengar persoalan itu.

" Kalau ibu kata tak boleh, Sha tak pergi lah," kata Sharmima sambil cuba mengukirkan senyuman.

"Ibu memang tak bagi Sha pergi ke ?" soal Sharmima menginginkan kepastian sambil bermain jarinya.

"Sha memang nak pergi ke ?" soal Puan Sharmima tanpa menjawab persoalan anaknya.

"Ibu ni... Sha tanya ibu tak jawab, lepastu ibu pula tanya soalan dekat Sha." rungut Sharmima dengan nada sedih.

"Kesian pulak ibu tengok Sha.  Ibu izinkan Sha pergi, tapi bersyarat. Ok ?" kata Puan Suriana. Riak wajah ibunya dipandang Sharmima seketika.

"Sebelum ni, tak pernah bersyarat pun ? " soal Sharmima berasa pelik.

" Ok, dengar ibu nak cakap ni. Kelantan tu jauh. Ibu risau dekat Sha, tau. Tahun lepas, ingat tak Sha masuk hospital masa dekat Cameron Highlands. Waktu tu, ibu risau sangat. Ibu takut perkara sama berulang." jelas Puan Suriana.Sharmima memegang erat tangan ibunya selepas mendengar penjelasan itu.

"Lepas ni, Sha janji akan jaga diri baik-baik dan tak akan buat ibu rasa risau. Oh ya, apa syaratnya ?" soal Sharmima.

"Syaratnya mudah. Pertama, ibu nak Sha hati-hati dekat sana. Kedua, jangan nakal-nakal. Ketiga, dengar cakap cikgu. Keempat, dengar cakap Arfan. Itu sahaja," kata Puan Suriana tenang.

Syarat yang terakhir membuatkan Sharmima berasa sangat terkejut ibarat terkena renjatan elektrik.

"Yang keempat tak setuju ! Kenapa kena dengar cakap dia ? Apa kaitan ?" soalku tidak puas hati.

"Dia cakap, dia boleh tengok dan jagakan Sha dekat sana. Kalau ada apa-apa dia terus bagitahu ibu. Lagipun, ibu percayakan Arfan sebab dia kan pernah jaga Sha dulu." terang Puan Suriana.

"Eh ? Kejap ! Arfan ikut ? Dia bukan pengawas koperasi ! " kata Sharmima tiba-tiba. Dia baru perasan yang Arfan ibunya kata Arfan akan menjaganya di sana.

"Bila masa Arfan pernah jaga Sha ? Sha baru kenal dia tahun ni, " terangku tidak puas hati.

"Lupalah tu, ingatlah balik ya. Ibu tak nak bagitahu. Lagi satu, dia tu tua dua dari akak. Panggil dia Abang Arfan. " kata ibu sekan serius.

"Dia bukan abang Sha . Lagipun gelilah, Sha tak suka dia," kata Sharmima ringkas.

"Panggilan tu tanda kita ni hormat pada orang yang lebih tua bukan tanda kita suka dia. " jelas ibunya lagi.

"Sha tak suka dia lah," kata Sharmima tiba-tiba sambil mencebikkan bibirnya.

"Ibu tak cakap pun Sha suka dia ? Ke Sha memang suka dia? " sakat ibunya dan tertawa kecil melihat ekspresi muka anaknya sudah merah seperti tomato.

"Tak !" tegas Sharmima penuh yakin. Mereka berdua meneruskan perbualan mengenai lawatan tersebut.

PINTU bilik Arfan diketuk beberapa kali oleh Asy'ar. Namun tiada tanda-tanda pintu bilik ini akan dibuka kerana berkunci dari dalam. Perasaan gelisah memenuhi setiap ruang dalam dirinya. Sudah tahukah abangnya mengenai punca Sharmima pengsan ? Persoalan itu bermain di mindanya ketika ini. Dia berpaling ingin berlalu ke biliknya tetapi ada tangan yang memegang bahunya dari belakang.

"Ada apa ? Aku dalam bilik air tadi," kata Arfan ringkas tetapi bernada serius.

"A..Aku.. Tak ada apa-apa lah," kata Asy'ar lalu ingin mengorak langkah tetapi ditahan oleh abangnya.

" Are you sure ?  Better you tell me now, before I ask you about..." belum sempat Arfan menghabiskan ayatnya, Asy'ar terlebih dahulu memohon maaf.

"Sorry ! Aku tak sengaja buat buah hati kau sakit. Bola aku tersasar kena dia tanpa sengaja. Sumpah ! Aku tak tipu !" jelas Asy'ar bersungguh-sungguh dengan jujur.

" Ouh, ok" balas Arfan lalu mengangguk faham.

"Ouh, ok ? Ouh,ok je ke ?" soal Asy'ar pelik. Tak marah pun ? desis hatinya. Arfan memberi jelingan tajam seketika.

" Haih ! Kau yang makan kek red velvet aku dalam peti kan ?" soal Arfan dengan nada serius tiba-tiba. Bengkak hatinya apabila sepotong kek yang dibelinya di Secret Recipe telah hilang sekelip mata ketika lepas maghrib tadi.

" Kek kau ke ? Sorry lagi sekali ! Esok aku ganti balik," kata Asy'ar sambil mengangkat tangan seperti berikrar.

" Hmm..." balas Arfan ringkas tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Asy'ar hanya mendiamkan diri.

" Sharmima dah ok ke ? " soal Asy'ar sedikit gementar.

Sharmima. Mendengar sahaja nama itu, Arfan terimbas kembali peristiwa yang berlaku petang tadi. Mengapa dia mengambil berat tentang gadis itu ? Sedangkan dia boleh sahaja buat tidak tahu dan biarkan Mikael yang membantu gadis itu. Entah. Atau aku suka dia ? solat hati kecil Arfan. Namun, dia segera menepis perasaan itu.

"Macam manalah aku boleh tolong dia sampai ke rumah ? " kata Arfan tanda sedar.  Persoalan itu menerjah fikirannya. Keprihatinnya sama seperti yang dia lakukan ketika mengenali Eisya, gadis pertama yang pernah disukainya dahulu.

"Rumah siapa abang ? " soal Asy'ar sambil menampar pipi Arfan. Serentak itu, Arfan tersedar dari lamunan.

"Eisya !" kata Arfan tiba-tiba.

"Hah ? Kau ok tak abang ? Aku tanya, kau mengelamun. Tersenyum tiba-tiba. Lepastu  sebut nama arwah.." kata-kata Asy'ar terhenti apabila melihat abangnya meraup wajah dan mengeluh.

" Ok lah, aku  nak balik bilik. Cuma nak tanya sekejap, kau suka Sharmima ke ?" solat Asy'ar selamba. Mungkin sebab Sharmima, abangnya sudah dapat menerima semua orang termasuk perempuan, kata hatinya.

" Tak !" jawab Arfan penuh yakin. Pintu bilik ditutup kasar tiba-tiba. Kenangan lalu mula menerjah fikirannya. Move on !  jerit hatinya kuat. Beberapa minit kemudian, hujan yang turun ketika itu ibarat memahami duka yang kembali. Namun, selimut kedinginan malam telah memeluk tubuhnya membuatkan dia terlena.

~

Sudilah vote & komen ya ^^ ❤

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now