Bab 8

1.1K 105 13
                                    

HARI ini merupakan hari pertama latihan bola jaring untuk tahun ini dilaksanakan. Kantin menjadi destinasi Sharmima setelah selesai menunaikan solat zohor di surau. Air mineral harus dibeli sebagai bekalan semasa melakukan latihan bola jaring. Langkah diatur laju kerana hanya tinggal 5 minit sebelum waktu latihan bermula.

"Acik ! Air mineral botol kecik satu ! " kataku lalu memasukkan tangan ke dalam poket untuk mengambil dompet.

"Alamak, mana dompet aku !" kata Sharmima sambil tangannya dimasukkan ke dalam dua poket seluarnya. Tiada .

"Terlupa , dompet dalam beg ! Tapi beg dekat gelanggang ! Argh!" kata Sharmima lantas menepuk dahinya yang jendul.

"Sorry,acik ! Tertinggal dompet," kataku lalu tersenyum dan berpaling ke belakang. Apalagi, Sharmima terus bergerak pantas ke gelanggang. Bimbang juga jika terlambat dan dimarahi oleh Kak Erni yang garang seperti singa.

Sharmima menarik nafas lega apabila sesi latihan belum dimulakan. Dia mula mendekati kawan-kawannya yang sedang berbual-bual.

"Mana Kak Erni ?" soalku kepada mereka.

"Oh, Kak Erni ambil bola dekat stor sukan." jelas Wawa.

"Sha !" panggil satu suara. Serentak itu Sharmima dan kawan-kawannya berpaling.

" Aku panggil Sha je, yang kau orang semua pandang kenapa ?" soalan Arfan Izzan dengan nada agak kerek.

"Kenapa ?" soalku ringkas.

"Nah,air kau." hulur Arfan Izzan sebotol air mineral kepada Sharmima. Namun, huluran tersebut tidak disambut.

"Air aku ? Bila masa aku suruh kau belikan air mineral ?"soal Sharmima berasa pelik.

"Tadi kan kau.. Macam mana nak cakap eh ?" Arfan meraup mukanya seketika.

"Nak cakap pun susah," perli Wawa sekadar ingin bergurau.

"Ambil je lah," hulur Arfan lagi sekali.

" Tak nak !" kata Sharmima yang tidak seiring dengan hatinya yang menyuruh dia terima kerana kehausan.

Arfan yang ternampak beg Sharmima yang terletak berdekatan di situ terus meletakkan botol air miner tersebut di beg Sharmima. Kemudian dia bergegas ke tempat latihan bola tampar.

"Oi ! Aku tak nak lah !" laung Sharmima entah dengar atau tidak oleh Arfan yang mula hilang dari pandangan.

"Kalau tak nak, bagilah dekat aku. Aku malas nak gerak beli air jap lagi." kata Nisa pula dan tersenyum.

"Dia dah bagi, aku ambil jelah. Lagipun, aku sebenarnya tengah haus. Hehe.." kata Sharmima dan tersengih.

"Jual mahal rupanya tadi ! Mahu tapi malu," usik Ikin.

Sharmima mula membuka penutup botol air dan meneguk air dengan penuh nikmat walaupun hanya air mineral sejuk. Matanya meliar memandang sekeliling sambil meneguk air mineral. Tersentak tiba-tiba apabila terlihat Arfan sedang memandang ke arahnya dari satu sudut. Tersedak Sharmima dibuatnya. Pantas dia berhenti  minum dan menutup semula botol tersebut. Malu pula terasa apabila dia sendiri menolak pemberian Arfan tadi tetapi akhirnya dia minum pula di hadapan lelaki itu. Apabila Sharmima berpaling semula,lelaki itu tiada. Khayalan dia atau realiti ? Entahlah.

"Berkumpul cepat ! Buat bulatan !" arah Kak Erni dengan suara lantang. Pantas sahaja bulatan sudah tersedia dan mereka mula melakukan pemanasan badan.

Beberapa kumpulan telah dibentuk oleh Kak Dian dan Kak Isha untuk melakukan aktiviti kumpulan. Setelah itu, aktiviti berkumpulan mula dilakukan dan diikuti perlawanan antara kumpulan.

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now