Bab 11

911 103 2
                                    

SHARMIMA berasa terganggu mendengar deringan telefon bimbitnya. Namun, gangguan itu tidak diendahkannya. Selimut ditarik sehingga menutup keseluruhan kepalanya. Telefon bimbitnya kembali berdering lagi. Sharmima merungut geram. Dia mula bangun dan turun dari katil.

" Ya, nak apa ? " kata Sharmima yang masih mamai sambil telefon dilekapkan di telinga. Deringan itu kuat pula di telinganya.

" Ya allah ! Ini bunyi alarm  bukan orang call ! " kata Sharmima sebaik sahaja melihat skrin telefon. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Serentak itu , pintu biliknya pula dibuka dari luar.

"Akak , jom sarapan ! " ajak Puan Suriana ketika membuka pintu bilik. Terkejutnya dia apabila melihat anaknya belum bersiap. Patutlah dia berasa pelik Sharmima tidak turun lagi ketika ini.

"Sorry ! " kata Sharmima ringkas dan melangkah laju menuju ke bilik air. Puan Suriana hanya mengelenggkan kepala dan menutup semula pintu. Pergerakan Sharmima begitu pantas pagi itu. Namun, kekemasan tetap menjadi keutamaan.

Setibanya di sekolah, pandangan Sharmima terhadap sekeliling terasa lain. Dia memegang mukanya. Tiada. Cermin matanya tiada.

" Alamak, cermin mata aku !" kata Sharmima lalu pantas menoleh ke belakang. Kereta ibunya sudah bergerak ke tengah jalan. Satu keluhan dilepaskan.

Sharmima berpaling ke depan dan terus berjalan tetapi dia tersentak seketika kerana terlanggar seseorang. Susuk tubuh seseorang sedang berdiri di hadapannya dengan rapat. Dia bergerak ke belakang dan mendongak. Eh ? Arfan atau Asy'ar ? Dia lupa perbezaan mereka. Entah mengapa dia menjadi pelupa pagi ini.

" You look different ," kata lelaki itu dan tersenyum.

Sharmima buat tidak endah lalu bergerak ke kanan namun dihalang. Bergerak ke kiri, juga begitu. Stress pula dengan lelaki ni. Dia memandang lelaki itu.

" Cute ! " kata lelaki itu apabila Sharmima memandangnya. Senyuman yang manis dihadiahkan kepada gadis itu. Kemudian lelaki itu meninggalkan Sharmima yang kelihatan terpinga-pinga.

" Apa ? Dia kata aku cute ? Buang tabiat ke apa puji aku pagi-pagi ?" bebel Sharmima sendirian. Baru dia sedar, lelaki itu Asy'ar kerana lelaki itu sahaja yang nakal mengusiknya.

Semua yang dilakukan oleh Sharmima tidak kena pada pagi itu. Ketiadaan cermin matanya membuatkan pergerakannya terbatas. Paling dia benci apabila dia paling lambat menghantar buku kerana terpaksa menyalin apa yang ditulis oleh rakannya dahulu. Dia rabun jauh, jadi apa yang ditulis di papan kelihatan kabur sahaja.

" Sha, bagilah borang koperasi kau. Aku tolong hantarkan sekali." kata Ikin yang sedang mengemas barang sebelum keluar rehat.

"Eh, tak apa ! Biar aku yang tolong hantarkan sebab kebetulan nak hantar buku ni sekali." kata Sharmima sambil menunjukkan buku nota Komsas .

" Jangan silap bagi cikgu pula," pesan Ikin sengaja mengusik Sharmima yang tidak memakai cermin mata.

"Aku tahulah ! Bye !" kata Sharmima lalu menyambung tugasnya setelah Ikin pergi.  Tidak lama kemudian, seorang lelaki cina menegurnya.

" You tak boleh duduk dalam kelas . Sekarang waktu rehat." kata lelaki cina itu. Sharmima memandang gerangan yang menegurnya.

"Oh, Alvin ! Sekejap ya," kata Sharmima nak menyambung lagi dua ayat dalam notanya. Siap !

" Okay, I pergi dulu." kata Sharmima dan berlalu keluar kelas. Dia memandang sekilas jam di tangannya. Dia perlu menghantar buku dan borang segera. Barulah boleh rehat.

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now