Bab 3

1.3K 133 8
                                    

MARAH. Itu yang dirasakan oleh Sharmima. Nasib baik mereka berada di tempat awam, jika tidak pasti dia akan memarahi mamat sengal yang berada di hadapannya ini. Namun dia hanya mendiamkan diri tidak mahu meneruskan perbalahan.
.
"Oi ! Oi ! Macam mana kau tahu nama aku ? Aku tak kenal kau pun. Kau ni stalker eh ? " tanya lelaki yang berada dihadapannya a.k.a Mamat Sengal. Dua kali dah lelaki itu bertanya.Sharmima hanya mendiamkan diri kerana malas menjawab soalan itu walhal petang tadi lelaku itu yang memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

"Aku tanya, dia diam pula dah. Sombong !" kata lelaki itu selamba. Nah ! Kan dah terkena lagi dengan kata-kata lelaki itu. Zapp ! Kata-kata itu memanah tepat ke arah hatinya.

"Cepatlah pizza siap ! Tak kuasa aku nak kena hadap muka mamat sengal ni," rungut Sharmima nada seakan berbisik.

"Kau cakap apa tu ? Aku tak dengar," kata lelaki itu apabila melihat mulut Sharmima bergerak-gerak seakan-akan mengatakan sesuatu.

"Diam boleh tak ? " kata Sharmima dengan nada tegas. Peduli apa lelaki itu lebih tua dua tahun berbanding dirinya.

"Gaya kau cakap ni, macam marah aku je. Aku ada buat salah ke ? Kita pernah jumpa ke sebelum ni ?  " soal lelaki itu pelik dengan kelakuan gadis itu.

" Huh ? Baru petang tadi jumpa, kau tanya pula yang 'kita pernah jumpa ke sebelum ni ?', hilang ingatan ke apa ?" perli Sharmima.

"Wait.. What ?  Kita jumpa petang tadi ?  Aku jumpa kau kat mana ? " soal lelaki itu berasa aneh. Mukanya aku pandang sekilas dan jelingan tajam diberikan. Tanganku menyeluk poket di hoodie kemudian mengeluarkan Iphone untuk menghantar mesej kepada abangnya, Shahrul.

" Weyh, aku tanya ni ! Oi, minah pizza ! Kau buat tak tahu je aku cakap dengan kau ? Haih, saja nak buat aku marah, " kata lelaki itu selamba dan mula duduk diam. Namun di benak fikirannya masih menyimpan persoalan tentang perempuan pelik di hadappannya. Bagaimana perempuan itu mengenalinya ? Benarkah mereka pernah berjumpa sebelum ini ? Persoalan yang sukar dihuraikan. 

20 minit kemudian. Namaku dipanggil untuk mengambil pesanan yang telah siap.

"Okay, terima kasih. " ucapku setelah dia membaca pesanan ku untuk kepastian.

"Aduhai, macam mana aku nak bawa makanan - makanan ni ? Itulah nak order banyak sangat, nanti naik motor aku jugak yang susah ! " bebelku sendirian.

"Nak aku tolong  ? " soal lelaki yang berada di sebelahku. Arghhh, dia lagi ! rungut Sharmima geram.

"Tak perlu." kata Sharmima angkuh. Di dalam hati, dia berasa ingin stapler mulutnya sendiri kerana berkata begitu walhal dia amat memerlukan bantuan. Lain yang hendak dikata, lain pula yang keluar ketika berbicara.

" Sombong ! Tapi tak apa, aku tolong kau sebab nak minta maaf malukan kau tadi. By the way, kau tetap ada hutang cerita dengan aku ! " katanya sambil mengambil plastik pizzanya dan plastik sup cendawan kepunyaan Sharmima. Sharmima kelu tidak bersuara . Hutang cerita ? Apalah nasib aku lepasni. Mereka berjalan keluar menuju ke tempat letak motor.

"Ambillah satu, aku bagi," kata Sharmima lantas menghulurkan sebekas sup cendawan kepada lelaki yang digelarnya mamat sengal.

" Aku tolong tak harapkan balasan. Lagipun, aku ada order tu juga tadi." kata lelaki itu selamba.

"Orang dah bagi tu ambil je lah ! Tak baik tolak rezeki," balasku tidak mahu mengalah sebagai tanda terima kasih menolongnya.

"Tak nak. Tapi kau ke yang bawa motor ni ? Boleh ke bawa bawa motor dengan pegang makanan sekali ? Umur kau berapa ? Ada lesen ke bawa motor ni ? " soal lelaki itu bertalu-talu . Perasaan ingin tahu menyelubungi fikiran.

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now