Bab 9

1K 124 7
                                    

LANGKAH Sharmima perlahan seketika menuju ke pintu pagar sekolah yang tidak jauh dari tempatnya sekarang. Kepalanya masih rasa berdenyut-denyut dan dia berasa sedikit pening ketika ini. Terasa seperti mahu pitam sahaja.

"Sha ? Kau ok tak tak ni ? Aku tengok kau jalan macam tak betul je," kata Mikael tiba-tiba ketika berada di sisi Sharmima.

"Eh,Mika ? Aku ok lah," bohong Sharmima. Dia terus berjalan perlahan-lahan. Tangannya mengurut bahagian atas kepala.

"Mika.. Aku sakit..." belum sempat Sharmima menghabiskan ayatnya. Pandangannya mula kabur dan gelap.

Melihat Sharmima yang hampir rebah, Mikael memegang belakang beg Sharmima agar menahan Sharmima daripada terjatuh.

"Sha ! " jerit satu suara dari belakang. Mikael berpaling melihat gerangan si pemanggil. Arfan orangnya.

"Wei ! Tolong aku panggil cikgu ! Sha pengsan,"pinta Mikael.

"Kau buat apa dekat dia sampai dia pengsan ?" tuduh Arfan tanpa bukti. Matanya menentang pandangan Mikael.

"Bukan aku lah ! Kau pergi lah tolong panggilkan cikgu," kata Mikael dengan nada tegas.

"Kenapa aku pula ? Kau lah panggil ! Biar aku tengokkan dia," bantah Arfan keras.

"Kau buta ke aku tengah pegang dia daripada jatuh tadi," kata Mikael pula.

"Dudukkanlah dia !" kata Arfan pula.

Setelah itu, Arfan mula berlari ke pintu pagar sekolah sepantas kilat. Arfan tahu yang ibu Sharmima pasti menunggu di luar sekolah untuk menjemput Sharmima pulang rumah.

2 minit kemudian, kelihatan pula Arfan bersama seorang wanita memasuki sekolah. Arfan

"Ya Allah, anak ibu ! Tolong panggil sesiapa untuk tolong acik papah Sha," kata Puan Suriana. Belum sempat Mikael ingin bangun, Arfan terlebih dahulu bangun dan memanggil perempuan yang boleh bantu memapah Sha.

"Erin ! Tolong aku jap, Sharmima pengsan" kata Arfan Yang kebetulan melihat Erin di kantin.

"Hah ? Pengsan ? Ok- ok," Erin terus mengikut langkah Arfan.

Puan Suriana dan Erin memapah Sharmima ke kereta yang diletakkan berdekatan luar pagar sekolah.

"Macam mana kau tahu ibu Sha ada kat luar sekolah ?" soal Mikael curiga namun masih kedengaran nada marah.

"Kau sibuk kenapa ?" kata Arfan tanpa melihat wajah Mikael. Kemudian tangannya mengambil sepucuk surat dan beg Sharmima namun Mikael pantas memegang beg tersebut juga.

"Aku nak  hantar beg ni," kata Arfan dengan nada bengis. Hatinya masih sakit mengenangkan Sharmima yang pengsan dan mungkin disebabkan Mikael.

"Biar aku yang hantar," kata Mikael ringkas. Arfan tersenyum sinis. Dengan pantas, beg Sharmima direntap kuat lalu membawa beg tersebut dalam pegangannya.

"Kau siapa nak hantar beg dia ? Aku ni jiran dia, kalau ibu dia dah gerak pun, aku boleh hantar beg ni dekat rumah dia. Kau tahu ke rumah dia ? Huh , tak kan ? " kata Arfan laju dengan memberi jelingan tajam. Mikael terkesima. Mengapa dia tidak tahu Arfan berjiran dengan Sharmima ? hatinya tertanya-tanya.

"Hei ! Kalau apa-apa terjadi dekat Sha disebabkan engkau, memang nahas kau !" kata Arfan berbaur amaran. Langkah diatur laju menuju ke luar sekolah.

Mikael hanya membiarkan sahaja Arfan membawa beg Sharmima untuk dipulangkan. Hatinya bengkak mendengar tuduhan Arfan. Dia memejamkan mata seketika. Peristiwa beberapa tahun lepas ibarat berlaku semula ketika ini.

"Woi ! Aku ingatkan kau dah balik sebab tergesa-gesa sangat tadi," kata Asy'ar apabila melihat Mikael belum pulang. Ikhwan turut berada di sisi Arfan.

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now