Bab 12

945 100 4
                                    

SUASANA malam yang mendamaikan tidak mampu mewujudkan emosi tenang kepada Sharmima. Hari cutinya terasa berlalu begitu cepat. Sedar tidak sedar, esok sudah Ahad. Lusa pula Isnin yang merupakan hari aku pergi ke Kelantan. Paling meresahkan dia ketika ini, dia perlu mengikuti ibunya untuk makan malam bersama kawan.

"Nak pakai baju apa ? Tudung apa ? " soal Sharmima sendirian. Jiwanya resah. Gelisah. Tinggal lagi 20 minit sahaja untuk bersiap. Pantas sahaja Sharmima mencapai dress berwarna biru gelap yang menarik perhatiannya. Tudung warna merah jambu disuaikan dengan dress labuh tersebut.

"Beautiful and perfect ! " puji Sharmima ke atas dirinya sendiri. Selendang yang telah dililitkan di kepalanya, dikemaskan dengan teliti.

"Make up ?  No !  Pakai bedak dengan lipbalm sahaja dah cukup," kata Sharmima sambil mencapai bedak dan lipbalm. Wajahnya dilihat di cermin meja solek. Cantik ! Puji Sharmima sendiri. Telefon bimbit di atas meja solek dicapainya lalu dia berjalan keluar bilik.

"Amboi, lawanya !" puji Puan Suriana apabila Sharmima sudah menuruni tangga.
Sharmima hanya tersenyum manis. Mereka berdua mula keluar dari rumah dan memasuki kereta. Dalam perjalanan, Sharmima berbual-bual dengan ibunya untuk menghilangkan kebosanan.

" Kita nak pergi rumah kawan ibu yang mana satu ? " soal Sharmima ingin tahu.

"Kalau ibu cakap pun, Sha tak kenal." jawab Puan Suriana sambil fokus pada pemanduannya.

" Mesti nanti Sha bosan sebab ibu dengan kawan-kawan, Sha nanti seorang-seorang." kata Sharmima dengan nada tidak ceria.

" Ramailah yang datang rumah kawan ibu tu, Sha mesti ada kawan punya nanti. Hah ! Baru ibu teringat, Nisa pun ada sekali." kata Puan Suriana.

"Ibu... Ma... Siapa lagi ?" soal Sharmima teruja kerana ada teman di sana nanti.

"Hafidz ada. Lepastu, anak Puan Raina tu, ibu tak ingat nama." kata Puan Suriana dan memberi reaksi tidak ingat.

"Puan Raina ? Macam pernah dengar." kata Sharmima dan berfikir sejenak.

"Alah... Yang ibu pernah tumpangkan naik kereta dulu," kata Puan Suriana memberi penjelasan.

" Ouh... Lelaki tu. Apa ? Arfan ! Seriuslah ! Ibu tahu tak, dia..." belum sempat Sharmima memberi penjelasan ibunya sudah menyampuk.

" Ish, kamu ni ! Abang Arfan. Salah panggil Arfan , Sha ingat dia kawan Sha ke ?" soal ibunya sambil membuka tali pinggang kereta.

"Erm... Ya lah," balas Sharmima dengan suara mendatar. Tidak puas hati kerana kena memanggil Arfan sebagai abang . Abang aku seorang je, Abang Rul ! jerit hati Sharmima.

"Jom turun, dah sampai." kata Puan Suriana ringkas lalu turun dari kereta.

"Banyaknya kereta," komen Sharmima apabila melihat banyak kereta di sekitar kediaman kawan ibunya. Kereta ibunya hanya kereta Alphat sahaja. Kira mewah juga kan ? soal hatinya.

Ramai tetamu yang memenuhi laman rumah kawan ibunya. Suasana yang sungguh meriah. Semuanya dari golongan yang kaya pada pandangan matanya. Namun tidak dinafikan, dia juga sebahagian dari golongan itu. Keterujaan Sharmima melihat persekitaran telah membawa dirinya hanyut dalam keriuhan malam.

" Hei, Mima ! " kata seseorang dari arah belakang.Sharmima berpaling apabila merasakan suara itu dekat dengan telinganya.

" You look so beautiful tonight ! " puji Mikael jujur dari hati.

" Err.." Sharmima rasa janggal seketika kerana Mikael memujinya. Senior kerek puji aku ? Mimpi ke realiti ni ? Kenapa dekat luar dia nampak lain daripada dekat sekolah ?soal Sharmima dalam hati.

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now