Bab 13

1K 120 10
                                    

PAGI Ahad Sharmima diluangkan untuk membuat kek red velvet. Bahan-bahan membuat kek red velvet telah disediakan oleh Sharmima di atas meja. Resepi membuat kek tersebut dibaca sekali imbas sebelum memulakannya. Buat kek memang sudah menjadi salah satu kemahirannya. Cakap sahaja kek apapun, pasti Sharmima mampu buat. Sementara ketiadaan ibunya di rumah, Sharmima menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan keknya.

Sharmima mula membuat adunan kek tersebut dengan teliti dan penuh kasih sayang. Dia fokus membuat kek red velvet itu mengikut resepi yang telah dicatatnya. Sedar tidak sedar, adunan kek tersebut telah pun siap diisi di dalam loyang. Kemudian, loyang tersebut diletakkan di dalam oven.

Sharmima duduk seketika menunggu keknya masak. Sharmima tidak menjangka yang dia tiba-tiba rajin membuat kek pada pagi ini. Kek red velvet kesukaan Arfan pula tu. Arfan ? Ah, lelaki itu buat dia rasa bersalah ! Perkara yang berlaku malam tadi terimbas kembali di kotak fikirannya.

Ketika Sharmima melihat pelbagai manisan di atas meja, dia terlihat kek red velvet yang menarik perhatiannya yang tinggalse potong sahaja. Nampak sedap ! Itu katanya. Dia mengambil sepotong kek tersebut lalu diletakkan di atas pinggannya.

" Ala ! Dah habis. Kongsi sikit boleh ?" soal Arfan yang kebetulan berada di situ sambil memegang pinggan kosong.

" Blah ! Padan muka, lambat !" ejek Sharmima spontan dan berlalu pergi.

Sharmima mula mengambil tempat di mejanya yang bersebelahan Nisa. Sebenarnya meja bulat yang menempatkan lima orang itu diduki oleh Sharmima, Nisa, Hafidz, Arfan dan Asy'ar. Puan Suriana mengambil tempat bersama kawan-kawannya.

"Sedap kek tu, aku dah rasa ! " kata Nisa sebaik sahaja Sharmima duduk disebelahnya dengan tangan membawa pinggan berisi sepotong kek red velvet.

Asy'ar yang turut berada di meja itu hanya menikmati hidangannya tanpa mengambil tahu hal sekeliling kerana dia lapar ketika itu. Hafidz pula tiada di meja makan kerana sedang mengambil minuman. Sharmima mula merasai kenikmatan kek red velvet tersebut.

"Kek coklat strawberi ? Bukan kau nak ambil kek red velvet ke tadi ?" soal Asy'ar yang pelik melihat abangnya tidak mengambil kek red velvet. Teringat pula kisah semalam yang dia dimarahi Arfan hanya kerana sepotong kek red velvet.

Pertanyaan Asy'ar telah menarik perhatian Nisa dan Sharmima yang sedang menikmati hidangan.

"Erm, tinggal sepotong je tadi. Ingat nak ambil, tapi orang tu dah ambil dulu. Semalam beli kek red velvet pun, ada orang ambil tapi tak ganti lagi hari ni. Tak apa lah, esok aku belilah sendiri kat kedai." kata Arfan lalu meneguk air dicawannya.

" Oi ! Terasa aku, nanti aku gantikanlah esok." kata Asy'ar. Kata-kata Arfan tadi menghiris hati dia yang sedang makan. Zap ! Pedih sekali kata-kata itu.

" La... Terasa ke ? Aku tak sebut nama kau pun," kata Arfan selamba lalu menyuap sesudu kek coklat strawberi ke dalam mulutnya. Boleh tahan sedap, pujinya dalam hati.

Pandangan Asy'ar beralih pada pinggan Sharmima yang mempunyai kek red velvet.
Dia ke yang ambil ? soal Asy'ar di dalam hati. Sharmima yang perasan keknya dilihat oleh Asy'ar, dia mula bersuara.

" Apa pandang-pandang ?" tegur Sharmima garang.

"Alah minah pizza ni, aku tengok kek tu je. Bukan tengok kau. Kesian abang aku, kau buat macam tu. Dari semalam dia nak makan kek red velvet tau." kata Asy'ar lalu menyambung semula menikmati makanannya. Sharmima memandang Nisa sekilas yang sedang makan.

" Entah. Tak tahu." kata Nisa tiba-tiba apabila dia dipandang oleh Sharmima.

"Lama pula Hafidz ambil air, tercekik aku nanti. Biar aku pergi cari dia. Ambil air ke buat air ? Lambat betul," kutuk Nisa lalu bangun dari tempat duduk. Tinggallah dia, Arfan dan Asy'ar di meja itu.

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now