Bab 4

1.3K 136 8
                                    

KANTIN sememangnya menjadi persinggahanku sebelum menuju ke Dataran Wawasan. Langkah diatur seperti biasa namun terasa ada sekelompok senior yang tidak jauh daripadaku sedang memandang tepat ke arahku. Aku ? Atau aku sahaja yang perasan mereka memandang ke arahku ? Biar sahajalah, aku peduli apa ? Janji aku dapat apa yang aku inginkan di kantin iaitu air kotak soya.

"Acik, air kotak soya satu," pintaku sambil tangan mengeluarkan duit daripada dompet.

"Air soya kotaklah, itu pun tak tahu !" kata seseorang di sebelahku sambil tangannya mengambil air yang ku pesan di hadapanku.

"Hei ! Air aku lah ! " kataku geram sambil mendongakkan sedikit kepala untuk melihat wajah lelaki yang tinggi lampai ini. Iz ?

"Acik, bagi satu air susu kotak ! Ni duit untuk dua air kotak !" katanya dan membuat pembayaran.

"Nah budak," katanya sambil menghulurkan air susu kotak kepadaku.

"Budak ? Hei ! Bagi air aku ! " kataku dengan nada geram. Dah lah tinggal 1 kotak tu je air soya, desis Sharmima.

"Susu sesuai untuk tumbesaran kau yang aku rasa pendek," katanya dan kelihatan seperti ingin beredar.

"Jap, aku tak kenal kau pun sebelum ni. Jangan cari pasal boleh tak ? " kataku sambil membesarkan mataku di hadapannya. Air susu di tangannya aku jeling seketika.

"Kau fikir cute lah buat macam tu ? Salah oranglah nak buat macam tu ! Orang dah belanja tu, ambil je lah. Lupa nak cakap, malam tadi bukan aku yang kau jumpa. Itu kembar aku. " katanya dan menghulurkan sekali lagi susu itu kepadaku.

"Terima kasih," ucapku ringkas lalu menyambut hulurannya tanpa banyak cakap kemudian berjalan menuju ke dataran dengan pelbagai perasaan yang bersatu di dalam jiwa.

" Dia cakap malam tadi bukan dia yang aku jumpa, tapi kembar dia ? Dia saja nak main-mainkan aku ke ? " bebelku sendirian .

"Selamat Pagi ! Akhirnya, jumpa kau lagi !" ucap seorang lelaki yang berada di sebelahku. Riak wajahnya yag ceria membuatku berasa pelik. Wajah orang disebelahku dipandang seketika.

"Air soya tadi mana ? " soalku sekadar ingin bertanya dengan langkah menuju ke dataran.

"Huh ? Bila masa pulak aku beli air kotak soya ? " soal lelaki itu kembali berasa pelik.

"Tadi kan kau beli dengan aku, nyanyuk ke ?" kataku dengan sinis.

"Sejak bila pulak aku beli dengan kau ? Peliklah kau ni ! By the way, aku dah cerita dekat Arfan yang aku jumpa kau malam tadi," kata lelaki itu tiba-tiba dan tersengih.

"Habistu tak kan hantu pula yang belanja aku air ni ? Siapa pula Arfan ?' soal Sharmima pelik.  Sharmima menghayun langkahnya lebih cepat kerana tersedar yang dia baru sahaja jalan beriringan dengan lelaki itu serta ada mata-mata yang memerhati mereka.

"Asal laju sangat jalan ? Aku baru nak borak dengan kau. "kata lelaki itu lantas ingin melihat tanda nama perempuan yang belum dikenali sepenuhnya itu. Nasib tidak menyebelahinya apabila perempuan itu spontan menutup tanda nama dengan tangan.

" Tak perlu tahu !  Oh ya, nah duit air kotak yang kau bayarkan tadi. Aku tak nak ada apa-apa hutang dengan kau, Iz. Jadi, semuanya dah selesai ! Jangan kacau aku," kataku sambil menghulurkan wang kepada lelaki yang kelihatan blur dihadapanku. Dia ni dah kenapa ? Semalam bukan main lagi cakap nama aku sama macam adik dia ! Sekarang nak tahu nama aku lagi ? Huh! Bagus jugak dia lupa nama aku ! Kutukku di dalam hati.

Dia tercengang seketika sambil tangannya menerima sahaja duit itu walhal dia langsung tidak memahami apa yang dibicarakan oleh perempuan itu. Tak faham.

Kau, Secret Admirerku !Where stories live. Discover now