Bab 2 - Menyesal Gila

526 28 1
                                    

Nazim yang segak berbaju melayu tanpa sampin duduk bersama dengan Khalid dan Rostam. Mengekek semua orang dalam rumah ini mentertawakan Nazim yang berlagak selamba macho nak mengorat anak dara Mak Dara. Namun dia tak sedar seluarnya yang koyak terlebih dulu memainkan peranan.

"Malu siut. Apalah kau ni Zim," gelak Rostam tak reda lagi.

"Bukan aku sengaja. Kau oranglah, kesian dengan Mak Long tu. Dari subuh dia dikejutkan korang, suruh tolong kemas rumah. Boleh pulak korang membongkang aje dalam bilik. Aku yang baru sampai ni pulaklah yang terpaksa merajinkan diri mengemas rumah. Siapa tetamu sebenarnya ni?" Soal Nazim.

"Penatlah, Zim. Semalam bola sampai jam lima pagi tu," jawab Khalid yang tertawa lucu.

"Aku pun tengok juga bola. Melampau sungguh kau orang ni, patutlah Mak Long bising suruh kahwin," bebel Nazim.

"Amboi, bebelkan kita pulak. Yang kau tu? Ehhh! Kejab. Kita cakap pasal anak Mak Dara yang mana satu ni, yang debab ke, yang lonjong?" Soal Khalid.

"Ohhh! Mak Dara ada ramai anak daralah ya," sengih Nazim.

"Ada tiga orang. Yang lonjong tu dah bertunang dengan anak ketua kampung. Yang debab tu pun dengar citernya nak dekat bertunang. Yang kecik tu tak pasti, sebab jarang balik rumah," cerita Khalid.

"Jarang balik rumah kenapa?" Soal Nazim.

"Sebab yang kecik tu, ahli sukan. Selalu mengikuti kejohanan di luar negara," jelas Khalid.

"Ahli sukan? Menarik. Sukan apa?" Sengih Nazim. Panjang je akal nak korek cerita.

"Memanah kalau tak silap," senyum Khalid.

"Patutlah rasa tadi macam dah kena panah je," jenaka Nazim selamba.

"Cantik ke Zim?" Soal Rostam.

"Bolehlah tahan, adalah macam heroin filem Thorn tu," cerita Nazim dengan muka tak bersalah.

"Biar betul. Natalie Portman tu badan dia fuhhhh sedap tu siut," gelak Rostam.

"Haaa dah jangan nak mengada-ada. Aku dah dapat dulu, sudahlah termalu dengan seluar koyak. Dia mesti bertanggungjawab," ucap Nazim.

Oooo aku yang dapat dulu. Jangan nak mengada kacau daun. Minah tu kena menjawab dulu soal siasat aku ni. Ahli sukan ke tak ke, aku tak peduli. Dia kena bertanggungjawab. Tekad hati Nazim.

**********

Eleeza demam sejuk sebaik saja pulang dari rumah Mak Leha. Bila dibisikkan pada Eleena dan Emelda apa yang terjadi, semuanya pakat gelak guling-guling sampai jatuh katil. Nak pulak bila Mak Dara pun masuk sekaki mengusik Eleeza. Sudahnya, empat keping koyok ditempekkan di dahi. Pusing kepala jadinya.

"Dara, pergilah bawa Eza tu klinik. Nanti demam merebak susah pulak kita nanti. Sudahlah dia disuruh bercuti rehat sebab kaki dia tu. Hmmm..." suruh Riduan.

"Tak apalah, bang. Esok baiklah. Demam terkejut aje budak tu," gelak Mak Dara masih bersisa. Lucu benar hatinya mendengar cerita Eleeza tentang anak saudara Mak Leha yang ingin berkenalan dengannya tapi memakai seluar pendek koyak pulak tu. Subhanallah. Budak muda zaman sekarang macam-macam perangai.

"Macam mana pulak esok demamnya kebah. Cuba awak tengok dahi dia tu, kalahkan orang tengah tenat sampai dah tak nampak dahi ditampalkannya koyok tu," geleng Riduan. Risau hatinya melihat Eleeza terbaring lesu di ruang tamu.

"Insya-Allah, bang. Lepas kenduri nanti baiklah dia," senyum Mak Dara penuh makna.

"Ishhh, orang perempuan ni tak fahamlah saya. Benda yang mudah macam itu pun nak tunggu tunggu," marah Riduan.

Riduan bangun merapati Eleeza yang sedang berbaring di sofa mengadap television. Tangannya masih tidak lekang memicit kepalanya bertalu-talu. Selimut tebal ditarik sampai ke dada. Hati Riduan terus terusik untuk merasa kepala Eleeza. Tak panas pun. Diletakkan di leher, sama juga tak panas. Diselakkan kaki untuk merasa di kaki, sama juga tak panas. Riduan menolek memandang pada Mak Dara yang senyum memerhati.

"Tak demam pun. Eza kenapa ni?" Soal Riduan pelik.

"Eza terkejut sikit je ayah. Lepas tidur nanti hilanglah pening kepala ni nanti," alasan Eleeza tak nak buka cerita pada Riduan.

"Dah makan ubat?" Soal Riduan.

"Sudah ayah. Nak tidur aje," ucap Eleeza terus menarik selimut menutup mukanya.

Riduan geleng kepala. Ini mesti ada yang tak kena ni dimana-mana ni kalau tidak, tak pernah Eleeza bertindak sebegitu. Riduan tahu sangat perangai Eleeza yang lasak itu. Biar dululah, nanti pasti Eleeza akan bercerita dengannya.

"Anak awak kenapa?" Bisik Riduan pada Mak Dara. Sebaik saja soalan itu terpacul, Mak Dara pun terus bercerita perlahan di telinga Riduan. Terbeliak mata Riduan mendengarnya. Tak percaya!

"Haaa... begitulah kisahnya. Lepas balik dari rumah Mak Leha. Dia terus demam. Sejuk kaki tangan dia," senyum Mak Dara.

"Habis kita nak buat macam mana. Anak dara kita dah tengok..." Berubah rona wajah Riduan. Tak terfikir anak daranya melalui pengalaman sebegitu.

"Ya Allah, orang tua ni. Kita nak buat apa pulak. Kita buat bodohlah dulu. Bukan Eza buat apa-apa pun. Semua ini tak sengaja."

"Anak buah Leha yang mana satu ni?" Soal Riduan.

"Yang pakai kereta BMW tu. Kalau tak silap kerja polis tu," jelas Mak Dara yang sudah tahu siapa gerangan Nazim.

"Ooooo... budak tu. Hahahaha kesian anak dara kita. Baru ternampak dah demam..." gelak Riduan.

"Amboi ayahnya, dapat mengelakkan anak bukan main lagi," tegur Mak Dara manja.

"Apa taknya, awak dara awak tu bukan calang orang Mak Dara oooi. Siapa yang ta kenal dengan Kapten Eleeza. Duduk pulak dalam kem askar. Saya pun tak faham, takkanlah benda-benda macam kecik ini pun dia boleh demam," ucap Riduan.

"Benda kecik inilah yang paling bahaya ayahnya. Sudahlah, saya nak bersiap ke rumah Leha ni. Segan pulak nak datang makan aje nanti," ucap Mak Dara yang sudah menyarung tudung expressnya.

************

Notakaki Penulis

Terima kasih sudi baca. Harap dapat LIKE dan KOMEN bagi menyemarakkan lagi semangat penulisan KD untuk laju je sambung PM ini.

Jom tunggu sambungan seterusnya... Kesian Kapten Eleeza. Sampai demam terkejut dibuatnya 😊

************

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.

Jalan cerita dan watak tidak berkaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup mahupun yang telah pergi. Semuanya adalah rekaan dan imiginasi penulis semata-mata. Sebarang persamaan dari segi jalan cerita, watak dan nama-nama yang digunakan adalah kebetulan sahaja. 

SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now