Majlis persandingan Eleeza di kampungnya berjalan dengan suasana yang sungguh meriah. Kehadiran Mejar Nashrun Parsha bersama teman sepasukan yang lain menyempurnakan upacara lalu bawah pedang menarik minat tetamu. Penuh juga khemah dengan kunjungan teman-teman sepasukan Eleeza yang lain.
"Mie, kau okey?" soal Mejar Nashun Parsha perlahan.
"Aku okey je, Arsh. Bukan jodoh aku nak buat macam mana. Rezeki Nazim. Kalaulah aku tahu cara itu yang buatkan Eza terima aku dah lama buat macam tu," sengih Mejar Najmi.
"Siut. Jodoh tu datang dalam pelbagai bentuk Mie. Rasanya kalau kaulah yang buat macam itu. Mahu Eza panah terus, doktor tu bukan boleh pakai sangat kepala otaknya," gelak Mejar Nashun Parsha.
Memang gelak guling-guling bila Suhana menceritakan kisah bagaimana Eleeza boleh berkenalan dengan Nazim. Seingatnya jodohnya dengan Suhana saja yang luar alam. Rupanya jodoh Eleeza lagi melucukan. Mujurlah Nazim selamat hari itu, sebab terjadi di kampung. Kalau di KL mahu kena sepak atau kena panah dengan Eleeza.
"Selamat pengantin baru doktor," ucap Mejar Nashrun Parsha menghampiri Eleeza yang sedang berdiri melayan tetamu setelah upacara makan beradap.
"Terima kasih tuan, puan. Sudi datang dan bantu uruskan majlis ni. Besar hati saya," senyum Eleeza yang cantik dengan songket putih.
"Untuk doktor kesayangan mestilah saya bantu. Honeymoon ke mana?" senyum Mejar Nashrun Parsha.
"Tak sempat. Lusa lepas majlis di sebelah lelaki, saya terus terbang ke Holland selama dua minggu. Ada kejohanan memanah di sana. Cik abang pulak tak boleh cuti, ada operasi. Mujurlah lepas cuti kahwin ni je," senyum Eleeza.
Terkejut Mejar Nashun Parsha dan Suhana mendengarnya. Biar betul pengantin baru ni, kahwin sudahlah express tak menyempat. Sudah tu, sebaik saja majlis, pengantin perempuan sudah kena terbang.
"Laaa macam tu ke ceritanya. Habis tu?" soal Suhana mengeleng kepala. Macam-macam sungguh Eleeza ni. Memang mendengar cerita Eleeza buatkan Suhana geleng kepala. Sejak kenal orangnya lebih dekat, buatkan Suhana tabik spring pada Eleeza. Seorang anak yang taat pada orang tuanya. Akhlaknya terpuji, cuma jadual harinya cukup padat dengan tugas sebagai pegawai perubatan juga atlik skuad kebangsaan dalam acara memanah.
Selesai sudah majlis di rumah Eleeza. Esok majlis bertandang ke rumah Nazim pula. Mereka akan bersama rombongan pengantin perempuan bergerak ke kampung Nazim di Ipoh.
"Eza tak boleh ke ambik cuti sehari dua. Kitakan baru kahwin," pujuk Nazim pada Eleeza yang sedang menyusun pakaiannya dalam bagasi. Senang dia hendak berlepas dari Ipoh terus ke KLIA.
"Saya bukan pergi bercuti tuan. Hari tu lagi saya dah bagitahu. Tuan juga yg cakap tak kisah asalkan kita nikah cepat," Eleeza baling buah keras persetujuan tempoh hari pada Nazim semula.
"What did you call me?" muka Nazim sudah serius dan semakin mendekat menghampiri Eleeza.
Eleeza terdiam. Tangannya berhenti menyusun baju. Kepalanya mengeleng perlahan. Macam manalah pulak boleh terlupa akan persetujuannya tentang yang satu itu.
'Matilah aku malam ni, Matilah aku kena gulai,' bisik hati Eleeza.
Beg bagasi Eleeza di atas katil ditutupkan zipnya dan diangkat letak di tepi katil dengan selamba oleh Nazim. Eleeza hanya diam tunduk. Entah kenapa rasa malu menerjah dirinya. Malu berdepan dengan suami yang baru dinikahinya sehari yang lalu.
Inilah kali pertama mereka berdua setelah bergelar suami isteri dan kali kedua sejak mereka putuskan untuk mengikat diri dengan ikatan perkahwinan. Kali pertama di A&W dan kini di bilik pengantin Eleeza. Seram sejuk macam diserang penghawa dingin yang hilang butang mengawal suhu.
YOU ARE READING
SHE'S THE ONE
Roman d'amourSHE"S The One mengisahkan tentang insiden lucu ASP Nazim yang berlagak macho tanpa sedar tingkahnya buatkan Kapten. Eleeza terkejut hingga demam. Bila disedari khilaf diri, ASP Nazim ingin memohon maaf sekali gus ingin mengenal Kapten Eleeza lebih d...