Dua hari mereka berkonvoi dengan kembara four-way drive ini memasuki kawasan hutan, akhirnya selesai sudah segala penat lelah mempraktikkan semangat berpasukan yang gitu. Selesai makan tengahari mereka semua boleh berehat sebentar di Air Terjun Benut.
Di sini anggota polis mengambil peluang untuk memperkasakan kecekapan menembak mereka. Padang sasar khas untuk aktiviti menembak bersebelahan dengan ladang kuda jauh di pinggir hutan.
"Zim, jom tunggang kuda dalam hutan. Sini kuda memang terlatih untuk aktiviti lasak meredah hutan," pelawa Luqman.
"Boleh juga jom. Cempaka tak ikut sekali?"
"Dia penat. Nak rehat aje," ucap Luqman yang baru memperlawa Cempaka tadi. Namun ditolak Cempaka dengan alasan dia penat.
"Okey je."
Mereka berdua berjalan masuk ke pagar kayu. Di tengah padang sana sekumpulan sepuluh orang pemanah sedang berlatih menunggang kuda sambil memanah ke sasar. Lima lelaki bersama empat orang perempuan, bersama tiga orang jurulatih. Dari pakaian mereka menunjukkan mereka ini professional dan pernah mewakili Negara. Di T-shirt ada lambang bendera Malaysia dan tag nama di depan.
"Wahh, ada orang berlatihlah," ucap Luqman.
"Ini pertama kali aku tengok orang memanah sambil menunggang kuda. Selalu tu baca dalam buku sejarah Islam atau menonton cerita purba Inggeris aje. Bukan mudah nak kena sasar sambil mengawal kuda serentak," komen Nazim yang berteleku di pagar kayu menyaksikan kumpulan itu berlatih.
Seorang wanita yang berpakaian seluar jopper putih bersama t-shirt kecil mengikut bentuk badan. Alatan memanah meletak di badannya. Gaya seperti seorang pahlawan yang mahir melepaskan mata panah.
"Kau tengok tu Zim. Aku sendiri pun tak pasti aku mampu lakukan ke tidak. Kuda tu laju tu. Dia boleh tegak berdiri untuk memanah. Hebat. Hebat," puji Luqman.
"Aku rasa macam pernah tengoklah perempuan tu," kata Nazim yang masih ragu dengan matanya.
Eleeza cukup puas dapat melepaskan giannya memanah sambil menunggang kuda setelah sebulan setengah direhatkan dari sesi latihan. Semua teman latihannya bertepuk tangan memberi sokongan bila Eleeza yang berjaya menunjukkan peningkatan yang sangat bagus.
"Doktor ni, kalau dapat kuda Herry ni memang berapi. Mujurlah pakai jopper, kalau pakai baju puteri macam hari tu, boleh dikatalah sebiji macam bidadari turun dari langit," usik Peter.
"Lepas gian. Sudah lama rehatkan. Coach macam mana?" Soal Eleeza yang masih duduk di atas kuda.
"Perfect for today, doktor," ucap Coach.
"Kalau macam tu, saya nak lepas gian dululah ya. Nak dating dengan Herry," senyum Eleeza puas.
"Hati-hati, doktor baru pulih. Kalau jatuh sekali lagi, alamat tak berpeluanglah nak ikut kami ke Holand dua bulan lagi."
"Insya-Allah, tak jatuh. Handsome let's go," ucap Eleeza sambil membelai pipi kuda yang ditonggangnya.
Eleeza menunggang laju melepasi Nazim dan Luqman yang terjatuh rahangnya melihatnya. Dalam hati Eleeza macam pernah nampak salah seorang daripada lelaki yang sedang memandangnya. Terus tali kuda ditarik sedikit minta Herry memperlahankan lariannya. Eleeza menoleh ke belakang. Senyuman Nazim buatkan dia berpatah semula ke belakang dan menghampiri Nazim.
"Tuan ada di sini?" Soal Eleeza cukup ramah.
"Hai... kami ada kembara four way drive di air terjun tu," cerita Nazim ringkas.
YOU ARE READING
SHE'S THE ONE
RomanceSHE"S The One mengisahkan tentang insiden lucu ASP Nazim yang berlagak macho tanpa sedar tingkahnya buatkan Kapten. Eleeza terkejut hingga demam. Bila disedari khilaf diri, ASP Nazim ingin memohon maaf sekali gus ingin mengenal Kapten Eleeza lebih d...