Eleeza cukup selesa dengan jean biru dan t-shirt Nike putih. Itu memang menjadi pakaian rasmi Eleeza yang sukakan santai. Kedatangan Nazim menjemput Eleeza di depan rumah membuatkan Kapten Nurlisa pun turut berdiri di celah tingkap, nak tengok bagaimanalah rupanya tuan boxer crush yang kelakar tu. Senang nak membayangkan bagaimana wajah Eleeza waktu kejadian terjadi.
"Ohh! Wow hebatlah Eza," puji Kapten Nurlisa sewaktu mengintai di langsir tingkap.
"Woiii! Agak-agaklah nak skodeng tu. Tutup lampu dululah. Nanti dia nampak malu pulak," jelas Eleeza yang sedang menyarung sandal kulit.
"Macam ni punya handsome plus apa yang dah kau nampak. Rasanya lebih baik kau terima saja peminangan dia. Mana ada orang terus masuk meminang sebelum kenal hati budi pasangannya?" cadang Kapten Nurlisa yang memandang Eleeza memakai kasut.
Eleeza berfikir sejenak. Betul apa yang dikatakan Kapten Nurlisa. Mana ada orang masuk meminang sebelum kenal hati budi masing-masing. Hati Eleeza pun terdetik untuk mengenal Nazim lebih dekat. Namun cara Nazim yang sengal itu boleh buat hatinya tak berapa yakin tentang rasa hatinya. Pelbagai persoalan yang muncul. Lebih-lebih lagi pergelutan di minda samada ini keputusan yang tepat atau tidak?
"Eza makan?" soal Nazim lembut di kaunter pembelian.
"Apa yang tuan order itu yang saya makan," mudah balasan Eleeza. Nazim memandang Eleeza dengan pandangan mata yang nakal.
"Kalau saya order jus hati berulamkan cinta Eza boleh?" soal Nazim bersahaja. Mata Eleeza sudah kecil besar kecil besar memandang Nazim.
"Sekejap saya baca di menu ni, ada tak pilihan menu yang tuan minta tu?" balas Eleeza tak nak kalah. Tangan menarik menu di meja. Jari dimain-mainkan di atas menu seakan membaca. Nazim sengih lucu.
"Ada?" ucap Nazim perlahan di sebelah Eleeza
"Ada tuan. Set nombor 5, Dead Chicken sandwich," ucap balas Eleeza.
"Haah! Dead Chicken sandwich?" soal Nazim terus menarik menu di meja kaunter.
"Ya Allah tuan ni, mestilah ayam tu disembelih mati dulu. Baru boleh disiang ambilkan isinya untuk dijadikan sandwich," senyum Eleeza mengulum senyum.
"Kenakan saya ya," gelak Nazim halus.
"Make it two Dead Chicken sandwich, dik," ucap Nazim pada adik yang mengambil pesanan di kaunter.
"Yes, Sir. Anything else?"
"That's all," balas Eleeza lucu.
Nazim dan Eleeza duduk di meja di penjuru sebelah kiri di Restoran A&W tersebut. Malam di sini agak lengang sedikit. Banyak yang memilih untuk menjamu selera dengan konsep 'take away' di parkir sahaja. Gaya Nazim diteliti Eleeza dalam diam. Macam mereka sudah kenal rapat sebelum ini lagak Nazim. Keramahan, keceriaan juga gelak jenaka Nazim buatkan Eleeza tidak berasa canggung keluar pertama kali dengannya.
"Okey. Sekarang kita berbincang soal serius. Hidup dan mati. Bagaimana keputusan Eza dengan peminangan saya?" soal Nazim serius.
"Oohhh itu! Entahlah, saya tak kenal tuan. Maksud saya, ...saya tak kenal hati budi tuan. Saya tak tahu latar belakang tuan. Saya tak tahu apa kesukaan dan apa yang tuan tak suka. Saya pun tak tahu apakah kekurangan tuan nanti boleh saya terima dengan hati terbuka..," jelas Eleeza terus-terang.
Ini soal penting. Soal masa depan kehidupannya. Orang memang boleh mengatur siapa dan bila dia harus berkahwin. Namun keputusan penentu adalah ditangannya. Seorang wanita layak diberi kesempatan untuk memilih siapa yang patut melindunginya sepanjang hidupnya.
Nazim bangun berjalan ke kaunter pesanan. Tisu dan sebatang pen di pinjam dari adik yang bertugas di situ.
"Okey. Apa yang Eza nak tahu tentang saya. Biar saya tulis kat tisu ni, nanti senang Eza nak buat keputusan," ucap Nazim selamba.
"Tulis?"
"Iya. Saya jenis yang terus-terang. Eza mahukan fakta, jadi saya sediakan fakta depan mata. Saya tahu ini bukan kerja main pondok- pondok. Ini kerja main nak buat keluarga," ucap Nazim.
Eleeza mati kutu nak bercakap. Biar betul. Tak pernah lagi dia keluar dengan lelaki yang begitu berterus-terang macam Nazim ini. Siap nak tulis lagi.
"Eza, saya tak main-main nak memperisterikan Eza. Boxer crush itu kuncinya. Sikap malu dan kunci mulut Eza itu buatkan saya terfikir untuk merisik Eza pada Mak Long saya. Dapat pula bersembang terus dengan Mak Dara buatkan saya lebih tertarik untuk lebih kenal Eza... tentang saya,... saya anak bongsu dari tiga adik beradik. Abang dan kakak saya sudah berkahwin dan punyai anak. Anak buah saya tak ramai, lima orang semuanya. Ayah dan Mak saya tak bekerja, mereka menguruskan kedai makan di kampung..."cerita Nazim sambil tangan menulis di tisu.
"Ohh! Oooo..."
"Saya pula, bekas pelajar undang-undang di Universiti Malaya. Lepas habis belajar saya terus di terima masuk pasukan polis. Sudah lima tahun berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di IPD Petaling Jaya...dulu pernah ada kekasih. Tapi putus sebab tak ramai yang tahan bercinta dengan anggota polis ni. Waktu kerja kekadang tak sama macam orang lain. Nak pulak kalau banyak operasi...," cerita Nazim.
"Oooo..."
"Saya suka orang yang berterus-terang, berdikari, simple, mudah diajak berbincang, manis dan suka senyum macam Eza... pokoknya macam Eza lah. Saya tak suka yang cerewet, suka membazir dan memerintah saja kerjanya..."panjang lebar penjelasan Nazim.
Eleeza mendengar sambil gelak guling-guling dalam hatinya. Memang nampak sangat Nazim serius ingin memperisterikannya. Biarlah waktu bertunang nanti digunakan sebaik mungkin untuk saling mengenali. Secara luaran sikap Nazim tiada yang kurang, semuanya Eleeza selesa dan puas hati. Yang paling buatkan Eleeza cukup tertarik adalah sikap Nazim yang mendahulukan keluarganya sebelum membuat sebarang tindakan. Nak keluar dengannya, Nazim terlebih dahulu meminta izin dari Riduan di kampung. Sukar mencari lelaki yang sebegitu di Kota Metropolitan ini.
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
Jalan cerita dan watak tidak berkaitan denganmana-mana individu yang masih hidup mahupun yang telah pergi. Semuanya adalahrekaan dan imiginasi penulis semata-mata. Sebarang persamaan dari segi jalancerita, watak dan nama-nama yang digunakan adalah kebetulan sahaja.
YOU ARE READING
SHE'S THE ONE
RomanceSHE"S The One mengisahkan tentang insiden lucu ASP Nazim yang berlagak macho tanpa sedar tingkahnya buatkan Kapten. Eleeza terkejut hingga demam. Bila disedari khilaf diri, ASP Nazim ingin memohon maaf sekali gus ingin mengenal Kapten Eleeza lebih d...