AZP Nazim

589 34 1
                                    

"Zim, minggu depan kembara four way drive ke Benut di Pahang. Kau naik sekali dengan aku kan?" Soal Luqman.

"Tak kisah ke?" Soal Nazim mengusik Luqman.

"Kenapa pulak?" Soal Luqman tak faham dengan usikan Nazim.

"Laa... Cempaka pun ada sekalikan?"

"Tak ada hal-lah. Sarjan Nafisah dan Sarjan Letchumi pun sekali."

"Oooo... okey je. Ehhh! Aku blah dulu. Nak lari pergi court ni," ucap Nazim yang segak bergaya dengan seragam biru.

"Woooiii... aku tak habis cakap lagi ni," jerit Luqman melihat Nazim kelam kabut mengejar masa.

"Tak apa. Kau watsapp ke, telegram ke," balas Nazim yang berhenti di depan pintu balai.

"Aku nak dengar citer lucu kau tu. Dalam telefon hari tu tak puas," sengih Luqman.

"Kau, kalau tang bab nak gelakkan aku, bukan main suka lagi kau ya. Nantilah, aku balik court nanti kita minum. Kau tak ada apa ke hari ni?" Soal Nazim.

"Aku ada minum pagi dengan Cempaka je," gelak Luqman.

"Adios bro," gelak Nazim sambil mengelengkan kepala. Orang tengah angau macam itulah.

***********

Nazim menghala ke Mahkamah seksyen di PJ Stated. Soalan Luqman tadi mengingatkannya kembali pada Eleeza. Sudah hampir sebulan berlalu, dia masih belum berani menghubungi Eleeza. Walaupun nombor telefon Eleeza sudah lama berada di tangannya. Padahal, Mak Leha dah risik hatinya tentang Eleeza. Itupun masih tergantung, belum diputuskan walaupun ciri-ciri calon isterinya taklah secerewet mana. Tapi dia sendiri ingin mencari keserasian bersama.

Dia tak tahu banyak tentang Eleeza selain daripada cerita yang Eleeza sibuk dengan tugasnya sebagai pegawai tentera dan ahli sukan memanah kebangsaan. Dengar perkataan tentera je dah fikir Eleeza ni pasti kasar orangnya. Tapi bila dah berjumpa dengan orangnya, memang tak sangka dia tu pegawai tentera sebab nampak lembut dan ayu berbaju kurung. Secara tak langsung, hati lelakinya tercuit untuk mengenal Eleeza dengan lebih dekat lagi.

"Tuan, lepas ni nak minum dulu ke atau terus balik balai?" Soal Koperal Salim mematikan lamunan Nazim.

"Balik balai aje. Saya ada temujanji dengan ASP Luqman," jelas Nazim pada pemandu yang menghantarnya ke Mahkamah.

"Dengar minggu depan ada kembara ke Benut. Tuan pergi sekali ke?" Soal Koperal Salim yang ramah.

"Dato KP turun, takkanlah saya tak pergi pula. Nanti apa kata dia. Sudahlah aktiviti ini mengumpulkan semua pegawai kanan kontigen Petaling Jaya ni," senyum Nazim.

"Maknanya tuan tak dapat datanglah ke majlis perkahwinan saya kat Kuantan hari Ahad tu?"

"Ishhh... makan free mana boleh tolak. Insya-Allah saya datang, cuma lambat sikit. Saya pergi dengan ASP Luqman sekali nanti. Cepat betul kau nak kahwin ya Lim," gelak Nazim.

Koperal Salim berpaling memandang pada Nazim. Siapa yang tak kenal pegawai muda yang sorang ni. Rupa ada. Bergaya pulak tu. Tapi sampai sekarang masih belum ada pilihan hati.

"Hai, lain sangat bunyinya tu tuan," gelak Koperal Salim terhenti.

"Saya bukan apa. Terfikir aje. Berapa umur kau sekarang Lim?" Soal Nazim.

"Sudah nak masuk dua puluh lima tuan. Kenapa?"

"Saja nak tahu. Bakal isteri kau pulak?"

"Nak masuk dua puluh tiga, tuan," jelas Koperal Salim.

SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now